Telemarketing Yang Menyakitkan Hati

Kisahnya bermula apabila menerima panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali.  Telefon diangkat dan terus diperkenalkan dengan produk-produk insuran dari agen-agen ini. Memanglah kedengaran macam menarik produk-produk tu cumanya cara dia approach yang tidak kena tempat.

Katanya, 'Oleh sebab abang telah menggunakan kad kredit untuk tahun kedua, abang layak diberikan insuran personal yang returnnya RM 150k termasuk kemudahan elaun wad dan sebagainya'

Aku jawab, ' Bila masa pulak saya baru pakai kad kredit Maybank tu 2 tahun, dah lebih 5 tahun kot'

Agen mula gugup, ' Er, bukan abang, abang baru je renew kan kad kredit tu, baru je masuk tahun kedua renew, memang saya tahu abang dah pakai lebih dari 5 tahun'

Terus aku rasa jelak, 'Saya tak tahupun bila sign up kad kredit boleh dapat benefit insuran peribadi ni? Tak pernah pula pegawai Maybank maklumkan pada saya waktu daftar dulu'

Agen jawab, ' Memang bang, abang terpilih sebab nombor kredit kad abang naik dalam sistem kita, itu sebab tawaran ini saya tawarkan pada abang'

Aku tanya lagi, ' Saya kena bayar ke untuk terima produk ini?'

Agen jawab, 'Tak perlu bang, free of charge'

Aku jawab, 'Takpe, nanti saya call Maybank saya'

Selang beberapa minit, supervisor dia pulak call.

Supervisor, 'Hello en Halif, en Halif setuju ker dengan produk yang ditawarkan oleh teman saya sebentar tadi'

Aku jawab, ' Saya dah confirmkan dengan pihak Maybank memang diorang takde tawarkan benda-benda ni, so saya taknakla. Lagipun mana ada benda free sekarang. Saya tak percaya yang produk kamu free of charge'

Supervisor, ' Oo, kawan saya tak terangkan lebih lanjutla tu, sebenarnya untuk tahun pertama memang free of charge, tapi tahun kedua dan seterusnya dikehendaki bayar yuran sebanyak RM 300 setahun'

Aku terus naik angin, ' See, you all ni betul-betul tak beretika, hanya janjikan yang manis-manis dan baik-baik sahaja, sebenarnya ada hidden cost walaupun you all tak declare. Hanya tahu nak close deal sahaja.  Lagi satu mana kamu tahu hp number saya ni? Cuba bagitau?'

Supervisor, ' So abang taknak la ni?'

Dengan serius, ' Saya taknak terlibat dengan produk kamu'

Aku terus ke Maybank Jalan Maktab untuk rectify perkara ini dan aku pun basuh pada pegawai bank kat situ sebab aku suspect diorang yang beri maklumat peribadi pada agen-agen tertentu dengan bayaran tertentu.  Sakit hati aku.  Walaupun diorang menidakkannya, mana mungkin maklumat peribadi kad kredit aku boleh third party tahu sedangkan setahu aku hanya aku dan Maybank sahaja yang berurus niaga.  So, Logik akal ada kat situ?

Ker ada banker yang boleh rectify perkara ini? Walaupun korang nak buat extra cash dengan jual maklumat peribadi tu, at least maklumkanlah.. dan janganlah ada pulak term and condition yang tulisannya halus yang bagi kebenaran benda-benda ni dilakukan.  Tolonglah ada integriti sket. 

Makan Malam Dengan Sifu-sifu Popular di Pullman Hotel

Bertempat di Pullman Hotel, Putrajaya tempoh hari pada 29 April 2013 sempat juga aku luangkan masa menghadiri makan malam dengan blogger-blogger sifu hartanah yang cukup sinonim dengan niche masing-masing.  Antara yang hadir adalah abangensem.com, denaihati.com dan zarulumbrella.com.  Makan malam ini ditaja sepenuhnya oleh abangensem.com yang memilih aku sebagai pemenang dalam satu contest yang dianjurkannya.
 
Zarul Umbrella la

Meja Bulat. Meeting apa tu?

Ucap Selamat pada Founder Denaihati.com

abangensem in action
Aku datang awal kut tunggu sifu-sifu sampai.  Orang kedua sampai adalah blogger dari Putrajaya iaitu dkna.my.   Katanya menggantikan pemenang kategori wanita.  Boleh juga kenal dengan blogger yang sudah lama berkecimpung dalam bidang media sosial atau alternatif ini.  Makan malam di Pullman ni macam tak berapa nak kick pun, maybe sebab tak ramai pengunjung maka pilihan makanan agak terhad.  Tapi yang paling penting adalah sesi berborak dan bertukar-tukar pendapat.  Sebab itu pun aku gagahkan juga hadir.  Kalau nak diikutkan rasa sedap makanan, masakan kat rumah aku lagi sedap gamaknya.

Buat-buat macam tak teruja sangat..maintain cool
Walaubagaimanapun, aku tetap nak ucapkan ribuan terima kasih kepada abangensem yang telah memilih aku.  Rasa termacam sedikit popular pulak apabila berjumpa dengan mereka ini. Sifu denaihati juga seorang yang humble rupanya, tak sangka beliau berkelakuan seperti remaja sedangkan usianya sudah agak senior kot.  Sempatlah juga meraikan hari lahirnya disana. Anyway, thanks again for the oppurtunity. Nak tengok gambar lagi banyak, boleh baca entri INI.

Konsep Setia dan Taat di PRU 13

Walaupun ramai yang masih mencemuh meronta parti yang disokong kalah mahupun menang tanpa majoriti besar, kita seharusnya sedar yang tugas kita sebagai rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan telahpun berakhir.  Tugas kita berakhir apabila kertas undi telah dimasukkan ke dalam peti undi.  Jangan pula masih berbahas tentang kesahihan pilihan raya ini kerana semua cerita boleh direka dan ditimbulkan oleh semua pihak dan setiap parti yang bertanding mahupun individu yang ingin menangguk di air yang keruh.
 
Sewaktu hampir waktu pengundian kita asyik dimomokkan dengan betapa penjawat awam adalah mereka yang tidak bersyukur dan tidak taat dan setia apabila menyokong pembangkang.  Benarkah begitu?  Apakah yang kita faham erti taat dan setia? Apa yang aku hendak kongsikan ini adalah sedikit ilmu yang aku timba dari mereka yang lebih bijak pandai dari aku tentang pentadbiran kerajaan.
 
Cuba lihat gambarajah di atas dan baca contoh definasi setia dan taat dalam konotasi seorang isteri kepada suami seperti dibawah:
 
1. Setia - Seorang isteri dianggap setia apabila masih terikat dengan perkahwinannya dengan suami sehinggalah si isteri itu curang atau mencari kekasih lain selain suaminya. 
 
2. Taat - Seorang isteri dianggap taat jika menuruti suruhan suami dan tidak taat sekiranya tidak menuruti suruhan suami.

Contoh:

1.  Si suami baru balik dari kerja dan menyuruh si isteri membuatkan air untuknya lantas si isteri melakukannya tanpa banyak soal.  Ketika ini si isteri adalah taat tetapi tidak pasti kesetiaanya.  Jika si isteri tidak mempunyai lelaki lain dan membuat semua perkara yang disuruh oleh si suami dengan syarat perkara itu dibenarkan, dibolehkan dan tidak bertentangan dengan agama dan undang-undang, maka si isteri boleh di anggap Setia dan Taat.
 
2.  Lain pula jika si isteri melakukan perkara yang salah seperti melacur untuk suaminya atas arahan dan desakan suami.  Ketika ini si isteri adalah juga setia dan taat kepada suami tetapi BERDOSA kerana melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang Islam.  Dan sekiranya si isteri menolak dari melakukan pelacuran untuk suaminya, maka si isteri di klasifikasikan sebagai Setia tetapi Tidak Taat dan tidak pula berdosa.  Contoh 2 ini adalah kedua-dua isteri tidak mempunyai hubungan dengan lelaki lain atas kerelaan masing-masing. Maka kedua-duanya setia.

Maka rakan-rakan pembaca yang diraikan, tidaklah salah kalian menyokong parti pembangkang sewaktu pilihanraya yang lepas walaupun kalian adalah seorang penjawat awam. Ini kerana undi itu hak anda dan anda di BENAR kan mengundi sesiapa sahaja yang anda ingin pilih. Namun harus diingat, kegagalan kerajaan untuk mentadbir urus dengan baik adalah kegagalan penjawat awam itu sendiri yang gagal mengimplementasikan pendekatan 'good governance' seperti yang diarahkan.  Dan disebabkan kegagalan inilah, persepsi rakyat terhadap effisyensi kerajaan menjunam jatuh.
 
Ayuh penjawat awam sekalian.  Sekiranya anda seorang yang professional, hendaklah anda melaksanakan segala arahan dan perintah yang disuruh dengan sepenuh hati asalkan arahan itu tidak bercanggah dengan Islam. Kita tidak mampu memaksa orang lain setuju dengan penilaian kita terhadap sesuatu kerana nilai itu bersifat subjektif.  
 
Diharapkan agar orang Melayu jangan lagi berbalah tentang isu gaji haram dan tak bersyukur sebab tak sokong kerajaan ataupun sebaliknya, marilah kita lebih mengutamakan pencapaian dan prestasi masing-masing dahulu sebelum menghukum orang membuta tuli sahaja.

Fahamilah makna zalim, adil dan ihsan.  Semoga nilai yang kita hendak pupuk dalam diri adalah nilai-nilai yang positif.  InsyaAllah. :) Jika ada yang nak aku ulas makna zalim, adil dan ihsan dalam konteks pengurusan, insyaAllah akan dikongsikan jika ada yang hendak.

Hanya Dapat RM 0.03 sen daripada Nuffnang

Tidaklah pula aku faham apakah itu Cost-per-unique-visit (CPUV) dalam erti kata yang sebenar dan mendalam disebabkan tidak pernah aku terima tawaran ini daripada Nuffnang.  Oleh sebab dah lama jugak tak tengok akaun NN, terkejut juga aku bila ada 1CPUV yang masuk.  Nilainya bukan banyak tapi 3 sen je.  Hehe.  Layan je la. Alhamdulillah.  Lepas ni mungkin lebih banyak lagi kut. Tak mengharap sangat pun cuma teruja ada perkembangan yang positif.  Itu sahaja.
 
 

Tragedi Orang Melayu di PRU 13

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tuhan semesta alam.  Akhirnya hidup ini dapat diteruskan tanpa caci maki, umpat dan fitnah. Yang selalunya terbit dari media sosial seperti FB dan twitter.  Bukan kesemuanya terhindar dari semua unsur negatif tersebut.  Ianya masih berleluasa cumanya dalam keadaan yang tidak jelas zahirnya.  
 
Rakyat Malaysia sudah selesai mengundi.  Mengundi untuk kesekian kalinya untuk memilih kerajaan.  Pelbagai sentimen yang dimainkan oleh semua pihak.  Manifesto dan janji ditabur untuk memenangi undi rakyat.  Detik 6 Mei 2013 menyaksikan Barisan Nasional berjaya mengekalkan penguasaan dalam dewan parlimen dan rakyat.  Ini bermakna majoriti rakyat Malaysia ingin kerajaan yang ada sekarang mengekalkan agenda transformasi yang dipelopori oleh Perdana Menteri kita.
 
Perdana Menteri kita?  Mungkin ada yang tidak bergitu setuju dan tidak mengiktiraf Dato Sri Najib bin Abd Razak sebagai PM.  Itu hak anda.  Tetapi keputusan majoriti rakyat Malaysia inginkan lagi, dan dahagakan transformasi yang ingin dijana oleh beliau.  Jika anda tidak bersetuju pun, sabar dan tunggulah Pilihan Raya ke 14 nanti untuk tunjukkan siapa pemimpin pilihan anda. 
 
Berbalik kepada tajuk entri.  Aku ingin kongsikan pendapat dan rasa sedih aku terhadap kelakuan bangsa aku sendiri.  Bangsa yang terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santun.  Semacam ada sesuatu yang membezakan kita sebenarnya walaupun kita majoritinya beragama Islam.  Disebabkan agama Islam lah kita ini bersaudara.  Kerana Iman dan Islam kita sepatutnya berganding bahu membantu sesama kita dalam konteks yang lebih konkrit dan dinamik.
 
Berikut adalah pengamatan aku yang menyebabkan aku rasa jelek dengan amalan politik demokrasi orang Melayu:
 
1.  Penyokong parti mengandaikan Allah hanya memihak kepada parti mereka sahaja.  Mengandaikan hanya mereka yang betul dan terus-terusan melabel parti yang satu lagi tidak Islamik tetapi sekular.
 
- Dalam Islam sendiri kita diajak untuk berunding sekiranya terdapat perbezaan pendapat baik dari segi agama mahupun masalah kehidupan seharian.  Jangan la kita menganggap bahawa Allah hanya menyebelahi sebelah pihak sahaja hanya kerana anda menyokong parti Islam.  Ya, memang parti anda terang-terangan ada perkataan Islam di situ tetapi tidak bermakna yang parti satu lagi ini tidak Islamik.  Darjat manusia disisi Allah adalah berdasarkan tahap taqwa bukannya parti mana yang anda sokong.  Apabila pemimpin disebelah sana tidak menampakkan Islamik seperti keupayaan memimpin penyokong berdoa atau bertaaruf, kita tidak berhak mengatakan dia daif dalam hal Islam sedangkan beliaulah yang berusaha memberikan suasanan kondusif untuk syiar Islam terpelihara dan berkembang.  Aku faham perkembangan itu mungkin tidak meluas seperti sesetengah penyokong parti islam impikan.  Tapi ia masih tidak boleh menjustifikasikan parti yang memerintah tidak Islam.  Ingat, mereka juga berusaha ke arah kebaikan syiar Islam.
 
- Jadi tidak usahlah kalian meletakkan status di FB seolah-olah Allah hanya di pihak anda.  Allah itu maha kuasa.  Jika Allah berkehendakkan sesuatu pasti ianya akan berlaku.  Tetapi, parti yang dituduh tidak Islamik itu jugalah yang masih dipilih dan dikekalkan oleh rakyat.  Pasti ada hikmahnya.  Pasti Allah lebih tahu niat dalam hati pemimpin parti berkenaan.  Adakah mereka sudah berubah 100%?  Mungkin Ya dan mungkin Tidak.  Tapi kelakuan kita sebagai umat Melayu Islam yang meluahkan perasaan pada FB seperti seolah-olah Allah dipihak sebelah sana amat menyedihkan, menjelekan dan memalukan.  Jika hendak menyedapkan hati sekalian pun tidak perlu sampai ke tahap sebegitu.  Kadang kala Allah hendak tunjukkan kepada kita semua siapa yang lebih baik di kalangan kita, kita berdoa dan bertahajud.  Tapi kita mengungkit semua itu.  Adakah kita benar-benar tahu yang parti satu lagi itu tidak pernah berdoa dan bertahajud?  Kalau pun tidak, adakah semua penyokongnya sebegitu? Entah-entah penyokongnya berdoa dan bertahajud bersama pemimpin parti Islam tapi mendoakan yang sebaliknya.  Mungkin.
 
2.   Sikap extremis yang keterlaluan dan melampau.
 
-  Tragedi Flashmob di Ipoh adalah salah satu contoh.  Disebelah pihak mengatakan yang insiden itu berpunca daripada penyokong UMNO.  Sehinggakan ada rakaman yang menunjukkan penyokong UMNO memukul penyokong PR dengan kayu bendera dan helmet.  Tapi tidakkah kita sedar yang provokasi yang dimulakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab membiakkan rasa dendam dan sakit hati dikalangan orang Melayu.  Tidakkah kita malu.  Lalu di sebarkan ke media sosial akan insiden tersebut.  Habis satu Malaya sudah tahu 'kejahatan' penyokong UMNO.  Benarkah? Siapa yang mulakan dahulu bukan persoalannya. Tetapi kerapuhan kematangan minda kita yang terlalu beremosi menyebabkan kita bergaduh sesama sendiri.  Siapakah yang untung?  Yang kalah jadi abu, yang menang jadi bara.  Buanglah yang keruh dan ambil yang jernih.  Itulah sebabnya,  kita jadi sakit hati dengan sesuatu puak disebabkan kecelaruan informasi dan pendekatan yang digunakan melampau.  Pada aku insiden ini merupakan tragedi Orang Melayu yang sepatutnya lebih matang dan tidak bertindak dengan terburu-buru.  Baik dari penyokong PR mahupun UMNO.  Berjabat sahaja tangan dan mohon maaf sesama kita.
 
3.  Umpat dan Fitnah yang berleluasa.
 
- Terus-terusan berkongsi dosa fitnah di media sosial.  Maklumat tidaklah betul dan sahih, terus-terusan meng'share' kan tanpa peduli kredibiliti maklumat itu.  Satu contoh adalah penyebaran kad pengenalan yang namanya cina tetapi rupanya seperti India.  Langsung dikatakan pengundi hantu dan SPR serta JPN terlibat dalam konspirasi.  Setelah diselidik, rupanya orang tersebut adalah lahir dari ibu berbangsa India dengan ayah berbangsa Cina.  Tidakkah ini memalukan kita?  Menyebar berita tanpa usul periksa.  Taksub dengan maklumat yang mengatakan SPR tidak telus.  
 
- Jika kita berbual tentang sesuatu perkara buruk dan ianya betul maka ia dinamakan umpatan manakala jika tidak betul ianya adalah fitnah.  Dan kedua-duanya penyebab dosa sahaja.  Dan fitnah itu lebih bahaya daripada membunuh.  Tolonglah sedar wahai Melayu Islam.  Banyaknya dosa kita dalam pilihan raya ke 13 ini.  
 
4.  Sikap tidak mahu terima kekalahan.
 
-  Prejudis dengan keputusan lantas secara sarkastiknya mengucapkan tahniah kepada parti yang dipilih seperti ;
 
'Okay, let fill ur pocket with money, Gud Luck BN'
'Tahniah, lepas ni boleh semua rakyat merasa kenaikan harga barang'
'Dah menangkan, cepatlah turunkan harga kereta'
 
- Sangatlah tidak matang bila kita mengucapkan sesuatu sebegini.  Walaupun kalah itu pahit dan tidak dapat diterima.  Cubalah ucapkan tahniah itu dengan lebih ikhlas.  Kan ianya lebih manis barulah menunjukkan yang anda kalah cara terhormat seperti yang kalian katakan.  Ini tidak pun terjadi, terus mengkritik tidak kena tempat.  Sikap sebegini hanya menunjukkan yang kalian adalah fanatik dan tidak boleh menerima kenyataan yang majoriti tidak menyokong perjuangan parti anda.  Itu saja.  Anda sanggup mengatakan yang adanya undi hantu seperti di Lembah Pantai dan Pandan yang dimenangi calon PR.  Adakah pengundi hantu tu yang memenangkan calon tersebut?? Putar belit pengundi hantu ini masih jadi tanda tanya.  Entah-entah pengundi hantu Bangladesh tu memangkah PR.  Siapa tahu? Tapi hujah ini adalah lemah dan dangkal.  Maka tak usahlah fanatik sangat.
 
5.   Tidak berbaik semula amalan hina.
 
-  Pilihan raya 13 sudah pun tamat, banyak yang perlu dilakukan oleh Orang Melayu khususnya.  Biarlah kita bergaduh tentang isu-isu nak memandaikan anak bangsa.  Belajarlah dari kesilapan masing-masing.  Manusia tidak terlepas dari kesilapan.  Kedua-duanya ada kelemahan.  Maka berbaikla semula mengikut lunas Islam.  Bergaduh sampai mati pun takkan habis.  
 
- Contohilah pertandingan di Parlimen Putrajaya.  Akhirnya kedua-dua penyokong dapat mengambil gambar bersama.  Bukan ke molek macam ni?
 
Sehingga berjumpa lagi di GE ke 14. InsyaAllah. Dan jangan biarkan sikap diatas menjadi parah yang akhirnya mengundang tragedi kemusnahan sifat bangsa Melayu.  
 
p/s:  Ini adalah pendapat peribadi admin sahaja.