Pages

agoda.com INT Lazada MY

Biar Betul?? Jantung Terbakar!!!

Entri ni saje je aku publish sebab biasala bulan pose pun nak dekat dah n habit korang yang aku rasa sama macam aku adalah makan secara berleluasa time berbuka. Semoga artikel ini menginsafkan kita agar jangan asyik melantak sampai lupa diri time berbuka nanti..ahaks..

HEART BURN

Heartburn ialah keadaan atau perasaan terbakar yang kebiasaannya berlaku dibahagian atas abdomen sehingga ke bahagian tengah dada disebelah dalam tulang rusuk yang kadangkala menjalar sehingga ke tekak @ ringkasnya PEDIH ULU HATI. Walaupun namanya Heartburn yang kalau kita translate ke Malay ‘Jantung Terbakar’ adalah bukan penyakit yang ada hubung kait dengan jantung tetapi ianya adalah lebih kepada masalah system pencernaan badan kita.

Keadaan ini berpunca daripada asid yang berada diperut bergerak ke bahagian esophagus anda. Tgk gambar kat mana esophagus anda untuk lebih pemahaman.




Antara Penyebab heartburn ini termasuk:

1. Makan secara berlebihan.
2. Habit makan yang buruk (Cth: Makan secara tergesa-gesa, tidak mengunyah makanan betul2… ikutla sunnah nabi k tentang adab cara makan..beautiful Islam).

3. Makan makanan tinggi lemak euuww ataupun terlampau pedas…suke pedas!
4. Merokok.
5. Minum minuman beralkohol dan bergas.
6. Gangguan emosi.
7. Pengambilan kafein yang berlebihan cth: Kopi kawwww punya.
8. Kesan sampingan ubat-ubatan.
9. Pakai pakaian ketat disekitar abdomen.
10. Asyik terbaring je.. (ni masalah common sebab lepas makan kenyang2 suka terlentang)
11. Muntah2 lepas makan. Erk...anaroksia ke.
12. Keadaan2 kesihatan seperti Hiatus Hernia (angin pasang), mengandung dan otot esofagus lemah.

Simptom dia ape?

• Asyik sendawa tak sudah2.

• Rasa pahit dan masam di dalam mulut.
• Batuk yang berterusan.

Tips mencegah

• Mengambil jumlah makanan yang sedikit (berpada2), makan secara berhemah (tak slow n tak laju sgt) dan kunyah betul2.
• Makan makanan yang ada diet seimbang dengan kurang lemak dan tak pedas sgt.
• Kekalkan berat badan yang sihat. Kurang berat badan jika berlebihan atau Obese.
• Kurangkan pengambilan alkohol (kalau muslim – jangan ambil langsung) dan minuman bergas, kopi atau teh.
• Elakkan merokok.
• Elakkan memakai pakaian yang ketat sangat.
• Belajar cara nak atasi kemurungan dan cegah stress seperti berblog yang merupakan terapi bagi aku...hahaha
• Jangan bongkok, bring dan angkat benda berat sejurus selepas makan.

Rawatan-rawatan yang boleh diberikan.

1. Antacid (Bahasa pasarnya ialah anti acid)
• Dengar namanya pun dah paham cara bekerja si antacid ni. Contoh antacid yang popular kat Malaysia adalah Gaviscon (popular sebab ada pakcik bomba dalam saluran pencernaan hehe).


2. Anti ulcer agent (Bahasa pasarnya ialah egen pencegah ulcer)
• Ini digunakan untuk mengelakkan daripada perasaan sakit akibat asid yang mengakis di saluran pencernaan sebelah atas badan kita. pH asid dalam perut adalah 2 dan ianya mengakis.

3. Proton-pump inhibitor
• Yang ini lebih komplicated kalau nak terang, biasanya bila dah teruk sgt keadaannya doktor akan beri kumpulan ubat yang ini. Cth : Nexium®, Controloc® , Prevacid®. Biasanya ubat kumpulan ini memerlukan preskripsi doktor untuk dibolehkan membeli di farmasi.