Pages

agoda.com INT Lazada MY

Nasihat Imam : Tentang Tarawih



Alhamdulillah, dapat jugak tunaikan solat sunat tarawih td di Masjid Besar Seri Manjung. Kata orang, sampai2kanla perkara kebaikan walaupun hanya sepotong ayat. Apa yang aku nak kongsikan disini bukanlah asing bagi pembaca semua (kut) , tapi mmg asing bagi aku yang dah lama tak dgr tazkirah kat masjid. Teringat time aku matrik dulu selalu dgr tazkirah setiap kali selesai solat fardhu. Apa yang aku nak share ni adalah tazkirah dari imam masjid tersebut.

Selepas sahaja solat Isyak berjemaah, imam besar memberikan tazkirahnya untuk muslimin dan muslimah yang hadir. Berikut adalah nasihat imam berkenaan perkara-perkara berikut:

1.         Sejarah Solat Tarawih.
*      Menurut beliau, berpandukan sejarah dulu, solat sunat tarawih tidak dibuat secara berjamaah semasa zaman nabi. Ketika itu, para sahabat hanya ikut sahaja apa yg Nabi Muhammad S.A.W lakukan semasa malam-malam di bulan Ramadhan. Ketika itu ada yang bersolat di penjuru kiri, kanan bahkan merata2 tempat secara bersendirian. Waktu tu Saidina Umar ada mengintip @ memerhatikan nabi untuk mengetahui berapakah jumlah sebenar solat yang dilakukan nabi kerana di masjid, nabi hanya melakukan 8 rakaat sahaja. Saidina Umar mengintip nabi di rumah dan apabila diselidiki dari pengamatannya, Saidina Umar mencampurkan rakaat yang nabi buat di masjid dan rumah adalah lebih kurang 20 rakaat. Menurut imam tadi, di zaman Saidina Umar bermulanya solat sunat tarawih secara berjamaah.

Moral of the story : Imam ada mengatakan bahawa kebelakangan ini ada di antara kita yang memerli orang yang laksanakan 8 rakaat dan 20 rakaat. Orang yang buat 8 rakaat  kata yang buat 20 rakaat hanya nak menunjuk2, yang buat 20 rakaat kata yang buat 8 rakaat tak kuat iman. So, sepatutnya tidak timbul isu rakaat yang dilakukan. Jika kita mampu buat 20 rakaat, laksanakan. Jika 8 rakaat, tidak bermakna kita lemah iman. Allah S.W.T jua yang menilai diri kita.

2.         Perihal Solat Sunat Tarawih di Masjid
*      Imam ada mengatakan bahawa hendaklah kita datang ke masjid dengan niat untuk bersolat wajib  terlebih dahulu (Cth; Isyak) sebelum sunat tarawih. Sebab solat wajib adalah yang dituntut lebih dari yang sunat. Aku tersentak bila ustaz@imam tu cakap begini. Mmg benar aku dtg nak solat sunat tarawih lebih dari solat isyak. Kita kena dahulukan yang wajib sebelum yang sunat.

Moral of the story: Niat hendaklah betul. Niat kedua2nya dibolehkan. Jgn ada niat selain beribadah dan bukannya nak cari jodoh atau tunjuk alim.

3.         Perihal Darjat Lelaki dan Wanita.
*      Menurut imam dalam Hadis Muslim (darjat Hadis Muslim ini adalah kedua tertinggi selepas Hadis Bukhari) ada mengatakan (aku translate terus dalam bahasa melayu...jika korang nak tau yg arab boleh tanya ustaz)
o       Darjat seseorang kaum Adam (lelaki) itu adalah tinggi sekali di saf yang pertama dan yang rendah sekali adalah yang duduk di saf terakhir.
o       Manakala darjat wanita yang paling tinggi sekali adalah mereka yang duduk di saf terakhir dan yang yang terendah adalah mereka yang duduk di saf pertama wanita.

Moral of the story: Aku terkejut dengar hadis pasal ini lebih2 lagi hal wanita, yg pasal lelaki tu adala pernah dengar dulu. Menurut imam, Kaum ibu dan wanita tidak dituntut untuk berjemaah di masjid sepertimana kaum lelaki. Ini adalah kerana jika kaum wanita hendak juga ke Masjid, mereka hendaklah  menjaga aurat dengan sebenar-benarnya. Jika hujan atau lecak, jgn diselinsing kain sehingga nampak tumit. Jika ada anak rambut terkeluar dari tudung hendaklah dielakkan kerana hukumnya haram. Dikhuatiri daripada sepatutnya dapat pahala, dapat dosa pula pada lelaki dan perempuan. Itu sebab darjat wanita menurut Hadis Muslim tu mengatakan yang paling tinggi di belakang sekali sebab yang didepan adalah paling rapat dengan lelaki yang disaf belakang. Walaupun ada tirai, takut2 ada yang menjeling juga. So, kaum ibu dan wanita, aurat anda hanya untuk suami dan muhrim anda sahaja. Jika tidak dapat elakkan dari perasaan ada orang tgk anak rambut atau tumit kita, bersolat sahaja dirumah. Menurut penjelasan imam lagi, Solat Sunat Tarawih itu yang dituntut dan bukannya solat jemaah. Solat Jemaah adalah sunnah nabi sahaja. So, untuk aku yang isteri kadangkala on-call di hospital, tak perlula aku risau tak dpt berjemaah di masjid. Di rumah pun boleh.

4.         Perihal Solat Witir bersama Imam yang bertarawih
           
*      Menurut imam, kita dibolehkan untuk buat solat witir 2 rakaat mengikut imam walaupun imam td masih buat solat sunat tarawih. Cth: Imam buat 20 rakaat, kita nak buat 8 rakaat sahaja, untuk rakaat ke 9 dan 10 imam untuk tarawih td, kita boleh follow dengan niat witir. Selepas itu, baru bangun meninggalkan jemaah dan buat 1 rakaat lagi secara bersendirian.

Moral Of the story: Ilmu baru yang aku terima, ingatkan terus kene asingkan. Rupanya dibolehkan ikut imam kerana khasiat solat itu adalah sama.

5.         Selepas Witir Bole Tahajjud Tak?
           
*      Menurut imam, ada yang mengatakan bahawa selepas witir tak boleh buat solat sunat lagi kerana witir adalah penutup solat sunat. Memang benar witir penutup solat sunat seperti contoh, selepas sunat tarawih kita buat witir, so. Witir tadi penutup solat sunat tarawih tadi. Maknanya jika kita terbangun dimalam hari dan nak buat solat sunat tahajjud atau hajat, kita memang boleh laksanakan tanpa khuatir memikirkan bahawa witir selepas tarawih tadi dah menutup segala kebolehan nak laksanakan solat sunat yang lain.

Moral of the story : It’s very clear kan..so jgn ragu2 lagi jika kita beranggapan yang witir tadi penutup solat sunat yang lain, tidak ke kita terpikir yang org arab di Mekah mahupun Madinah tak buat solat tahajjud atau solat sunat lain selepas witir tadi di malam hari?. Ini disebabkan org arab kebiasaannya selepas tarawih akan buat witir.

So, apa yang disampaikan ini adalah dari tazkirah di masjid tadi. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah.

p/s : Buat 8 je td. :)

1 comment:

  1. Good info...tq..boleh dipanjang2kan benda yg baik ini.

    ReplyDelete