Pages

agoda.com INT Lazada MY

Puasa dan Ubat : Tips untuk anda.




* Esok Pose ..ye ye esok pose.

Puasa yang disyariatkan di dalam Islam ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari. Oleh itu, tempoh mengambil ubat semasa bulan puasa menjadi pendek iaitu di antara waktu selepas berbuka dan bersahur.


Seperti sedia maklum, ubat-ubatan yang diambil melalui mulut akan membatalkan puasa. Ubat-ubat ini biasanya perlu diambil di antara sekali hingga empat kali sehari. Adalah lebih baik sekiranya ubat-ubat yang perlu diambil empat kali sehari ditukarkan kepada ubat yang kekerapan pengambilannya adalah kurang dari itu. Perkara ini boleh dibincangkan dengan doktor yang merawat. Bagi ubat-ubat yang boleh diambil sekali , dua atau tiga kali sehari, masa pengambilannya lebih mudah disesuaikan.

Jika Arahan Mengambil Ubat…..
Anda boleh
Sekali sehari sebelum atau selepas makan
Ambil sebelum atau selepas bersahur

Kalau ingin mengambilnya semasa berbuka:
Jika arahan sebelum makan, berbuka dahulu dengan air dan buah tamar dan ambil ubat. Ambil makanan utama selepas 20 hingga 30 minit kemudian.

Jika arahan selepas makan, ambil ubat selepas berbuka. Adalah digalakkan untuk berbuka dengan air dan buah kurma, rehat atau solat maghrib dahulu, baru makan makanan utama dan ambil ubat 20 hingga 30 minit kemudian.

Amalkan masa yang sama setiap hari  semasa mengambil ubat dalam bulan Ramadhan.

Dua kali sehari selepas makan

Ambil ubat sekali  semasa  bersahur dan  sekali sehari selepas berbuka.

Dua kali sehari sebelum makan

Ambil ubat sebelum sahur dan berbuka dahulu dengan air dan buah kurma dan ambil ubat. Selepas itu, baru makan makanan utama. (Makan ubat sebelum mengambil makanan utama dalam selang masa
satu- setengah jam).

Tiga kali sehari selepas makan 
Ambil ubat selepas berbuka, sebelum tidur sekitar pukul 12  tengah malam dengan minuman dan selepas bersahur.

Tiga kali sehari sebelum makan

Sama seperti di atas tetapi sebelum makan
Setiap lapan jam

Kalau tiada pilihan dan penyakit anda tenat atau tidak stabil, patuhilah arahan doktor anda




Antara Kemusykilan yang sering diajukan oleh pesakit tentang batal puasa mereka sekiranya menggunakan ubat-ubat seperti berikut :



Jenis Ubat
Batal/ Tidak batal puasa
Ubat titis mata
Tidak batal
Ubat titis telinga, hidung
Batal
Ubat sapu pada kulit (krim atau jel), koyok tampalan kulit
Tidak batal
Supositori dan pesari
Batal
Segala jenis suntikan (suntikan otot, sendi, kulit dan pembuluh darah)
Tidak batal
Pengambilan oksigen dan gas pelali
Tidak batal
Spray atau semburan mulut (inhaler)
Tidak batal
Kumuran
Tidak batal
Ubat yang diletakkan di bawah lidah
Batal



Namun begitu, terdapat perbezaan pendapat tentang perkara ini dan tidak ada satu panduan secara rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berwajib tentang perkara ini. Pengubahsuaian waktu pengambilan ubat boleh dilakukan atas nasihat doktor atau ahli farmasi serta pandangan atau nasihat pihak berkuasa agama boleh didapatkan sekiranya terdapat kesangsian  terhadap perkara ini.


 * Time pose pun kene makan ubat jugak..

Puasa pada bulan Ramadan difardukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah akil baligh dan ketiadaan uzur syar'i.Tetapi apabila seseorang itu tidak sihat dan berpuasa boleh memudaratkan kesihatannya, disarankan baginya untuk berbuka. Biasanya doktor akan menasihati seseorang itu bila ia tidak digalakkan berpuasa. Lazimnya, ini berlaku apabila seseorang itu menghidapi penyakit yang tidak stabil dan memerlukan rawatan rapi, intensif dan pengambilan ubat dengan lebih kerap serta kaedah rawatan yang boleh membatalkan puasa seseorang pesakit.





Contoh keadaan penyakit yang lazimnya tidak dibenarkan berpuasa adalah :



1.      Pesakit lelah atau asma di mana lelahnya tidak terkawal dan memerlukan ubat sedutan (inhaler) yang kerap dan berkala.



2.      Pesakit kencing manis yang kerap memerlukan suntikan insulin dan sering mengalami keadaan gula kurang dalam darah (Hipoglisemia) bila berpuasa.



3.      Pesakit jantung yang perlu mengambil ubat mengikut jadual yang kerap dan tepat.



4.      Pesakit ulser perut peptik (gastrik) yang teruk dan ada komplikasi.



5.      Penyakit cirit-birit hingga menyebabkan berlakunya kekeringan/dehidrasi (kehilangan air) dan memerlukan rawatan.



6.      Wanita mengandung yang mengalami keadaan muntah-muntah yang teruk.





Selamat menunaikan ibadah puasa dalam keadaan sihat sejahtera

 p/s: Entri ini diambil semasa aku bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor

7 comments:

  1. wah,bagus info ni!! boleh x kite amik info ni and masukkan dalam blog CeritaSensasi.com? nanti link ke sini.

    ReplyDelete
  2. Boleh..silakan..mmg tujuan untuk semua kan..x gitu.. lagi ramai tau lg bagus.. :)

    ReplyDelete
  3. ubat ikut rongga memang batal. maih ramai yg confuse... info yg bagus ni. musim puas dah terasa.

    ReplyDelete
  4. Yup..cuma kadang2 kita selalu rasa was2 byk sgt..itu yg buat kita selalu xpasti apa yg perlu dibuat

    ReplyDelete
  5. nice info. selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  6. Thanks..selamat berpuasa kembali :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete