Pages

agoda.com INT Lazada MY

SEMBELIT.

 *Isk..Isk
 
Entri kali ni saya nak cuba berkongsi pengetahuan pasal sembelit. Ramai yang ambil mudah akan perihal sembelit ni. Jika tidak dibendung, mungkin akan memudaratkan kesihatan anda.
Kita semakin hampir untuk menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia akan datang. 

Selepas itu akan sama2 meraikan Hari Raya Aidil Fitri. Perihal sembelit ni ramai terjadi masa hari raya dan puasa. Mungkin disebabkan pemakanan kita yang berubah ketika itu. So, kita layan je la entri kali ni ek...

OK, tajuk entri kali ini adalah sembelit. Mungkin ada yang mula mengalami masalah ini sekarang. Apakah itu sembelit?

Sembelit merupakan kepayahan dalam membuang air besar atau membuang air besar yang tidak kerap dan tidak sempurna (complete). Selalu rasa masih ada lagi yang mahu dibuang tetapi payah. OK, kebiasaanya pesakit yang mengalami masalah ini selalu merasakan najis mereka keras, terasa sakit ketika proses pembuangan dan selalu merasakan incomplete feeling of passing the stools.

Simptom lain yang mungkin dialami oleh pesakit adalah kembung perut dan tidak selesa.

*Sembelit ke period?
Siapa yang boleh ter'kena' sembelit?
Perlu diingatkan disini bahawa maksud sembelit ini mungkin bervariasi dan mengikut individu. Ini bermakna, ada org yang merasakan keadaan kembung perut dan tidak selesa itu normal. Dan ada yang tidak pernah mengalami kembung perut dan merasakan itu adalah simptom sembelit. Mana satukah yang betul? mari kita memahimnya lagi...

Sembelit berbeza untuk orang yang berbeza. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit jika tidak terdapat pergerakan usus mereka setiap hari. Walaubagaimanapun, tiada satu bilangan yang tepat untuk menentukan pergerakan usus yang normal. Pergerakan usus yang normal kebiasaanya adalah bermula daripada 3 kali sehari sehingga 3 kali seminggu bergantung kepada fisiologi manusia.

Sembelit adalah masalah sistem penghadalam yang biasa. tetapi lebih banyak dialami oleh perempuan, kanak-kanak mahupun orang tua. Lebih-lebih lagi orang tua berumur 65 tahun keatas dan perempuan mengandung.

* Nape payah na nak kuar..
Sebab-sebab kenapa anda dan saya pernah kena sembelit?

  • Diet rendah fiber.
  • Kekurangan bendalir dalam badan. (tak cukup minum air la ni...)
  • Corak permakanan yang berubah.
  • Ubat-ubatan.
  • Kekurangan senaman. (ini masalah sejagat ni.... :))
  • Perubahan fisiologi badan seperti penuaan dan mengandung.
  • Immobility (Cth: pesakit kronik yang hanya duduk atas katil sepanjang masa)
  • Sikap tidak endah akan pentingnya pergerakan usus sendiri. (takkan usus orang lain pulak ye tak...:))
  • Penyalahgunaan ubat julap.


Rawatan kendiri (self care lah ni...)

Sembelit yang tidak disebabkan oleh penyakit boleh diubati dengan ubat-ubat OTC (over the counter) yang boleh didapati di Farmasi dan tidak memerlukan preskripsi doktor, ubah cara pemakanan dan kehidupan.


1.      Diet

  • Tingkatkan pengambilan fiber dalam makanan (20 hingga 35 grams setiap hari). Ini boleh membantu melembutkan najis disamping menormalkan pergerakan usus yang sekaligus dapat mengembalikannya kepad normal.
  • Makanan yang tinggi fiber adalah seperti sayur-sayuran, cereals, oats dan buah-buahan. Pengambilan makanan tinggi fiber i ni perlu berperingkat-peringkat untuk mengelakkan kembung perut dan kentut.
  • Paling penting. Pengambilan fiber ni kena dengan minum air yang banyak.

   
2.  Ubah cara hidup.

  •  Ubah cara hidup boleh merawat dan mencegah sembelit. Minum air dengan banyak dan bendalir lain sebagai contoh: Jus buah-buahan, Sup, buah-buahan dan Jus sayur-sayuran.

  
3.   Senaman

  • Senaman yang tetap boleh mengembalikan pergerakan usus yang normal. Bagi pesakit yang selalu terbaring dan duduk diatas kerusi tolak, mengubahkan posisi badan secara kerap juga amat penting untuk mengaktifkan pergerakan usus.

  
4.  Ubat-ubatan

  •  Penggunaan julap ataupun enema tidak digalakkan untuk sembelit yang sederhana tahap keseriusannya. Julap dan enema hanya digalakkan kepada mereka yang dah cuba buat 3 cara diatas tetapi tiada perubahan.
  • Julap (laxative) digunakan untuk merawat sembelit. Boleh didapati dalam bentuk tablet, sirup dan capsule. Penggunaan julap yang bersesuaian haruslah mendapat nasihat dan bimbingan doktor atau ahli farmasi.  

Huh...cukup dulu setakat untuk kali ini. Sebarang komen mahupun pandangan amatlah dialu-alukan. Saya akan cuba untuk menghantar entri 1 kali seminggu. InsyaAllah..  

3 comments:

  1. dulu,ade orang ajar petua sembelit ni tp tulah.lupeeeee

    ReplyDelete
  2. takpe..same2 belajar..manusia..memang mudah lupe

    ReplyDelete