Pages

agoda.com INT Lazada MY

Bajet 2012: Bonus Lumayan atau naik gaji??

Terbaek!
 Salam semua. Satu isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah tentang pembentangan bajet 2012 yang akan diumumkan oleh our beloved prime minister pada 7 Okt 2012 akan datang. Salah satu isu yang akan jadi perhatian adalah bayaran bonus atau kenaikan gaji yang mungkin kakitangan awam terima. Seperti di berita oleh pihak Malaysian Insider ini. Ini memang suatu yang amat menggembirakan sekiranya terjadi kerana jarang kakitangan merasai bonus melebihi 1 bulan gaji. Yang lepas hanya setengah bulan sahaja. Ura2 mengatakan yang maybe kerajaan mempertimbangkan pemberian 1 bulan setengah gaji kepada semua penjawat awam. Bagi penulis, walaupun ada pihak mengatakan ini taktik ketika hampir pilihan raya atau memancing undi, itu adalah perkara no 2 sebabnya sudah sampai masanya kerajaan mempertimbangkan dan mengiktiraf jasa penjawat awam yang banyak membantu kerajaan dan rakyatdalam urusan harian mereka. 

Betul ke tarikh PRU akan datang?

Tak kira cikgu, doktor, tukang kebun, kerani, attendan atau budak opis sekalipun berhak merasai nikmat kekayaan hasil ekonomi Malaysia dengan lebih baik lagi. Jika dibandingkan dengan sektor swasta terutama industri pembuatan dan perbankan, saban tahun purata pemberian bonus tak kurang dari 3 bulan gaji. Bayangkan mereka ini dapat mengecapi nikmat keuntungan syarikat atau bank dengan kadar yang sewajarnya. Kawan penulis yang juga Engineer Produa pernah merasai 6 bulan bonus sewaktu ketika dulu ketika penjualan MyVi meletop2. Di pihak bank pula at least akan ada bonus lebih dari 2 bulan gaji. Bonus sebegini yang akan membuatkan pekerja kita lebih bersemangat untuk bekerja lagi. Masalahnya ialah kerajaan adalah bukan profit maker organisation, walhal yang penulis nyatakan tadi adalah profit maker organisation, tentulah mereka boleh memberikan bonus yang tinggi mengikut keuntungan yang diraih. Bank juga begitu. Salah satu keuntungan bank adalah daripada loan2 yang dibuat oleh kakitangan kerajaan. Biasala, kakitangan kerajaan memang mempunyai pendapatan tetap tetapi tidaklah semewah kawan yang di sektor swasta. Oleh sebab itu, ramai kakitangan kerajaan akan membuat pinjaman untuk kegunaan dan keperluan mereka dan pihak meraih keuntungan dengan faedah atau interest yang dikenakan terhadap peminjam. Saban tahun tiada bank yang umum mengalami kerugian, saban tahun untung sahaja. Sebab apa, sebab loan dan other factors. So, wajarla kakitangan kerajaan menerima habuan ini sebagai tanda penghargaan daripada kerajaan. 
Is a good initiative and strategy
 Persoalannya: Pemberian bonus lagi menguntungkan ke atau kenaikan gaji? Sama2la kita tunggu 7 Okt 2011.

p/s: BTW, thanks PM sebab pemberian gaji dan laluan kerjaya yang sgt menarik untuk doktor, dentist dan pharmacist.

7 comments:

  1. pada saya, lebih baik naik gaji daripada dpt bonus :-)

    ReplyDelete
  2. saya pun setuju mcm tu, cuma nak kene tgk jgk berapa peratus kenaikan? rasanya gov akan bagi bonus instead of naik gaji. sebab kos yg akan ditanggung gov lebih byk

    ReplyDelete
  3. lebih baik naik gaji kan .. byk sikit yng boleh dibuat..

    ReplyDelete
  4. harap² hado kan. leh gak en. tunang zie dpt n leh gak zie terkena tempias cikit. miahahaha :D

    ReplyDelete
  5. ha'ah pn bee.. bonus sekali je rasa sekaligus, naik gaji berterusan

    ReplyDelete
  6. itula zie, tp gaji polis mencanak2 naik dah..huhu

    ReplyDelete
  7. kami mahu naik gaji dan bonus sekali..
    boleh ke..hehe

    ReplyDelete