Pages

agoda.com INT Lazada MY

Mata Merah Satu dan Dua. Akibatnya????

Ko tenung Ko kena!!!!
Conjunctivitis 

Apa ke benda nya Conjunctivitis ni??? Tak Pernah dengarlah... ala, takkan korang tak pernah sakit mata. Selambak taik mata lepas korang bangun tdo.. Mata berat berair dan merah mcm Cyclop citer X-Men..nasib tak keluar laser beam je...Kawan2 korang pun xnak kawan ngan korang bila kena...korang kena pulau dan pasti korang dapat cuti dari doktor bila kene benda ni...hahaha..

Maksud ia yang paling mudah adalah radang selaput mata. Selaput mata atau Conjunctiva (nama omputih dalam medical) adalah selaput lutsinar yang melitupi mata putih dan kelopak mata. Apa jadah radang selaput mata pulak? Radang selaput mata ni adalah selaput mata yang sakit, merah dan mengganggu kehidupan normal anda (penglihatan) dan ia mungkin disebabkan oleh sang bakteria dan virus bukan virus2 cinta tau ataupun alahan.

Macam mana nak kenal tanda dan gejala???
a)                 Mata anda kemerah-merahan. Bukan sebab korang pakai contact lense warna  
                     merah.
b)                 Kelopak mata melekat..Taek mata banyak.. bahasa pasar..
c)                 Start satu mata dulu dan berjangkit mata sebelah pastu mata kawan ko, pastu 
                     mata org tgk ko..tu sebab korang dipulaukan.
d)                 Biasanya berlarutan dalam seminggu.
e)                 Mata sedikit berair2 (jangkitan virus)

Eeiii bencila kena ni.. Macam mana nak rawat haa??

Apa lagi pegi jumpa doktor n dapatkan antibiotik. Ubat titis mata atau sapu dibawah kelopak mata. Cth seperti gambar.
Yang Ni biasanya sapu bawah kelopak. Eye Ointment


Cara nak cegah macam mana pulak???
  • Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti
  • Kerap mencuci tangan terutamanya setelah menyentuh mata
  • Elakkan tempat yang sesak atau menghantar anak ke sekolah / pusat penjagaan kanak-kanak selagi mata anak anda masih merah atau berair
  • Jangan berkongsi tuala muka / kosmetik / ubat titis mata
  • Buang semua ubat titis mata setelah anak anda sihat
p/s: Bukan sakit mata sebab mata terjojol tgk awek hot pakai sendat macam yang Lizarazak komen bagai ni. Jaga mata dan pandangan anda ok. :)

1 comment:

  1. hehe saya sakit mata tapi lain kot.. bukan sakit mata pesen nih , memang merah je 24 jam ..

    ReplyDelete