Pages

agoda.com INT Lazada MY

Jangan Mudah Terpedaya Dengan Masakan Yang Enak2x

Jangan Lupa 22 Okt 2011 ni. Ditayangkan di Astro Ria Saluran 104

Dalam kita teruja dengan rancangan reality masakan paling popular didunia yang bakal ditayangkan versi Malaysia pada 22 Okt 2011 nanti, eloklah kita serba sedikit mengambil maklum akan kepentingan menjaga tahap kolesterol dalam darah kita. Kalau kita lihat, masakan2 yang sedap2 ni boleh mempengaruhi kita untuk berlebihan makan. Dan hasilnya, tahap kolesterol anda mungkin akan meningkat dan seterusnya menyebabkan anda semua mengalami masalah kolesterol yang tinggi dalam (darah)badan anda. Itu sebab kita perlu bersederhana, jangan sampai bila tgk masakan yang sgt2 la delicious, anda balun sampai 3 pinggan. Kadang kala masakan itu jika dimakan hanya satu pinggan, mungkin adalah makanan yang sihat bergantung kepada kandungan lemak, karbohidrat, gula dan garam yang telah di catu dan disemak. Tetapi jika kita masih makan secara berlebihan, kandungan tadi akan menjadi double, triple or quadruple bergantung kepada bilangan pusingan anda makan. So, berhati-hati dalam menikmati makanan.

HIPERKOLESTEROLEMIA FAMILIAL
Apa benda tu? Nah, word pertama ada 3 suku kata, Hiper = Tinggi , Kolesterol = lemak, Emia = Darah . Jika disambungkan, bermaksud = Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah la. Mudah kan? Word Familial merujuk kepada keturunan. Itu sebab mereka yang ada keturunan penghidap penyakit ini berkemungkinan besar akan menghidap penyakit yang sama jika tidak dikawal cara pemakanannya.
Kanak-kanak dan remaja boleh mengalami paras kolesterol yang tunggi kerana faktor keturunan tadi. Anda mungkin berasa sihat dan tidak sedar akan masalah ini sehinggalah anda melakukan ujian saringan untuk kolesterol. Jika kita ada keturunan yang menghidap  masalah ini, kita mungkin akan mengalaminya dan simptom2 mungkin mula ditunjukkan oleh badan sewaktu kita semakin dewasa. Pendek kata, semakin kita meningkat dewasa, semakin tinggilah paras kolesterol dalam darah dan ini boleh menyebabkan
·        Strok (Angin Ahmar).
·        Serangan Jantung.
·        Arterisklerosis
Pembentukan Arterisklerosis

Ujian saringan boleh dilakukan dengan 2 cara mudah iaitu dengan menitiskan setitis darah kepada kertas khas(penunjuk) dan dimasukkan ke mesin kiraan untuk melihat nilai bacaan paras kolesterol anda. Yang kedua dan yang paling tepat adalah dengan mengambil darah anda (lebih kurang 5 ml) dan dihantar ke makmal untuk saringan yang lebih tepat.
Semua klinik atau hospital kerajaan ada menyediakan perkhidmatan ini, makmal persendirian seperti BP, Gribbles dan lain-lain mampu untuk buat saringan ini. Kedai-kedai Farmasi juga kebanyakkannya menyediakan ujian kolesteriol yang ringkas tadi.
Sekadar hiasan

Contoh mesin semak tahap kolesterol anda

Apakah dimaksudkan dengan keputusan yang tidak baik?
Nilai paras kolesterol dinilai dalam unit millimols setiap 1 liter iaitu mmol/l:
  • Sekiranya keputusan di bawah 5.2 mmol/l bermakna keputusan darah anda di tahap selamat
  • Sekiranya keputusan darah antara 5.2 hingga 7.5mmol/l, bermakna paras kolesterol anda tinggi dan perlu diturunkan
  • Sekiranya keputusan di atas 7.5 mmol/l, ini menunjukkan paras kolesterol adalah sangat tinggi dan keadaan ini dikenali sebagai Hiperkolesterolemia Familial

Apabila jumlah kolesterol dalam darah tinggi, doktor akan membuat ujian kolesterol semasa berpuasa Paras kolesterol ketika berpuasa. Ujian darah ini akan menunjukkan secara terperinci jenis kolesterol di dalam darah anda.

Apakah yang perlu saya lakukan jika kolesterol saya tinggi?
Anda perlu menurunkan kadar kolesterol ke paras yang rendah dan selamat, dan ini boleh dicapai secara:
  • Mengambil makanan yang mengandungi kurang lemak
  • Mulakan program senaman harian
  • Pastikan anda mempunyai berat badan unggul
  • Berjumpa doktor mengikut temu janji yang ditetapkan. Doktor akan membuat ujian darah kolesterolketika anda berpuasa. Anda akan dinasihatkan mengambil ubat untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah anda
Kolesterol Baik dan Jahat

p/s : Sama-samalah kita menjaga tahap kolesterol dalam darah sambil menonton Rancangan Masterchef yang akan ditayangkan di Saluran 104 Astro Ria pada 22 Okt 2011 ini.
p/s/s : Nilai paras kolesterol juga boleh dinilai dalam unit  mg/dl.

No comments:

Post a Comment