Pages

agoda.com INT Lazada MY

My Happiest Moment

Menunggu kekasih hati

Setiap insan tentu ada saat-saat yang terindah dalam diri mereka. Dan sebagai manusia, kita juga takkan terlepas dari perasan duka dan lara. Walaubagaimanapun, kita sebagai insan haruslah akur dengan ketentuan takdir yang telah diputuskan oleh tuhan. Jika ada perasaan duka dan lara yang membantutkan kehidupan kita, eloklah jangan dikenang, TAPI jika ada kenangan terindah yang boleh membuatkan anda terus hidup dan berjalan di muka bumi ini. Tentunya ia perlu diingati. Sebab apa, kehidupan didunia ini hanyalah sementara, jika anda perasan, anda akan buat perkara yang sama berulang2 kali, setiap hari. Kadang2x sahaja anda melakukan perkara yang luar dari kebiasaan anda. Sebenarnya, itu juga adalah peluang yang diberikan tuhan untuk anda pastikan yang hari anda pada hari ini adalah lebih baik dari semalam. Tuhan bagi ruang dan peluang untuk kita cuba buat hari esok jadi lebih baik dari hari ini. 
Never forget this moment

So, jika kita ada kenangan yang boleh bantu untuk kita terus hidup di dunia ini, eloklah kita peringati kenangan2x tersebut. Bukannya apa, jika kita asyik teringatkan perkara yang negatif sahaja,  lambat laun kita akan jadi orang yang berfikiran negatif. Tapi jika kita selalu fikirkan perkara positif, InsyaAllah kita akan jadi orang yang positif sepanjang hidup kita. Pernah dengar tak konsep ' Daya Tarikan' daripada minda kita?? Yang umumnya memberitahu, kita akan jadi seperti apa yang kita fikir. Pernah tak tgk dokumentari bertajuk 'The Secret'. Kalau belum, beli dan tontonlah. Sgt2x boleh memotivasikan diri anda. Banyak juga buku2 tentang The Secret ini terjual di kedai2 buku popular di Malaysia. Tinggal lagi anda kena cari dan baca. Macam mana orang2 hebat sepanjang zaman dahulu menggunakan hukum 'daya tarikan minda' untuk kuasai ilmu pengetahuan dan kekayaan pada ketika itu. Dan konsep ini masih digunapakai oleh cerdik pandai zaman sekarang. 

Berbalik kepada memperingati kenangan-kenangan terindah ini juga, kita berpeluang untuk merasai nikmat menghargai detik-detik indah itu dalam sanubari. Tidak perlu orang mengetahuinya, cukuplah sekadar anda puas dan bersyukur kerana dapat menikmati salah satu kenikmatan yang tuhan telah berikan itu. Untuk penulis pula, kenangan terindah buat diri penulis adalah sewaktu hari pernikahan/perkahwinan penulis. Penulis rasa sangat2x bersyukur akan rahmat tuhan pada diri ketika itu sehinggalah sekarang. Mana tidaknya, dapat mengahwini insan yang penulis cintai dan juga kasihi. Isteri adalah cinta pertama penulis dan bukanlah yang terakhir dalam era berumah tangga. Penulis juga ada cinta yang kedua. hehe.. Itula kenangan terindah penulis.
Love this moment

Nak tahu kenangan cinta kedua penulis? Biarlah penulis ceritakan kenangan cinta pertama dahulu ya. Penulis menikahi isteri penulis pada 19/12/2008 (harap2x betulla, kalau tak kena pancung dengan isteri, nak kenali isteri penulis SINI) hehe. So, majlis pernikahan kami berlangsung disebuah masjid di Taman Melati, KL. Majlis resepsi sebelah isteri diadakan di Restoran Nelayan Tasik Titiwangsa. Oleh kerana penulis juga seorang anggota tentera, penghormatan acara perkahwinan silang pedang penulis berikan ketika resepsi sebelah isteri.
Di sebelah Taiping

Pada tanggal 28/12/2008, resepsi perkahwinan di adakan disebelah pihak lelaki di Taiping. Penulis suka dengan pakaian pengantin ketika itu sebab warna ungu adalah warna kegemaran penulis. Saat indah ini lebih bermakna kerana tarikh tersebut adalah tarikh lahir penulis. Jom tgk gambar2 yang penulis ada ni. 
Mensyukuri nikmat yang ada
Ibu aku dan isteri



Okla, ni pula cinta kedua penulis. Hasil perkahwinan penulis dengan isteri. hehe :P

Aliya Nuha, Girlfren baru i.. hehe

Setiap insan pasti ada kenangan seperti ini. Kenangilah ia dengan sepenuh jiwa. Terima kasih kerana sudi baca.



p/s : Sama2lah kita raikan kenangan terindah milik kita. :)

6 comments:

  1. alololo...comeinyerrrrrr....grm la tgok..^o^

    ReplyDelete
  2. :) sweet pulak abg ni...thanks syg..semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat :)

    ReplyDelete
  3. cantik baby tu.gebu muka dia!!hehehehehe. semoga berkekalan ya sampai ke akhir hayat.kim salam wife ;)

    ReplyDelete
  4. suweeeetnye!
    mak dan ayah sy juge berkhwin gini
    (peg tentera juge)

    ReplyDelete
  5. Lizz : InsyaAllah. Thanks doakan.
    embun aRoRa : Hah! Apa lagi, kawen ngan peg tentera jugakla ye nanti. hehe

    ReplyDelete