Pages

agoda.com INT Lazada MY

Resepi! Cara nak buat poached egg

Chef Ryan tengah demo nak buat Poached Egg
Tetiba je nak buat N3 pasal poached egg ni apsal?? Kan aritu US dah janji nak share kan cara2 buat poached egg yang US terima waktu join contest INI . N3 yang penulis janji nak share tu di SINI . Ok cara nak buat die just ikut step di bawah ni ok:

Sekadar Hiasan

Bahan2 yang perlu ada : 1. Cuka 2. Kuali 3. Lu tgk pastu lu pikirla sendiri
Telur yang dituangkan tadi beransur2 pejal di luar dan cair di dalam
  1.  Tuangkan air mineral dalam kuali korang. Tinggi air biarlah cukup nak tenggelamkan telur yang akan kita akan poached kan tu. Kenapa air mineral? Chef Ryan kata ianya untuk memastikan kebersihan poached egg disamping ada mineral yang boleh menghasilkan rupa poached egg yang cantik setelah bercampur dengan cuka.
  2. Sediakan cuka. Sedikit cuka akan digunakan. 
  3. Panaskan air mineral yang ada dalam kuali tadi. Setelah itu, tuangkan sedikit cuka kedalam. Jika gunakan sudu, aggaran 2 sudu cuka. Jika nak cepat didihkan/panaskan air tadi, Chef Ryan kata, tambahkan garam sedikit. Jangan letakkan terlampau banyak cuka, nanti masam poached egg tadi. Cuka ni digunakan untuk berikan rasa dan mencantikkan tektur telur supaya ianya tidak berderai setelah kita tuangkan ke dalam pusaran air mineral dalam kuali tadi. Apa?? Pusaran?? 
  4. Ya, ada pusaran yang korang kene buat untuk dapatkan hasil poached egg terbaek (bunyikan macam Boboi Boy buat) :)
  5. Ok, setelah dicampurkan sedikit garam dan air pun dah mendidih, ingat..jangan panas sgt. Tutupkan api kuali anda.
  6. Pecahkan telur ke dalam cawan (pastikan telur yang digunakan adalah segar). Campurkan sedikit lagi cuka. Goyang2kan cawan berisi telur + cuka tadi sedikit agar cuka tadi menggauli telur tadi hingga rata. Chewahh..ayat tak boleh blah. 
  7.  Gunakan pengacau telur/sudu/senduk  untuk hasilkan vortex/pusaran air panas anda tadi. Kacau sehingga putaran terbentuk sekata dan constant.
  8. Tuangkan telur anda ke dalam pusaran tadi. Tips rahsia dari Chef Ryan: Waktu tuangkan telur tadi, pastikan bibir cawan anda terendam sedikit dalam air tadi. Jangan campak je, nanti berderai. Pasal apa kena rendamkan sedikit, supaya telur tadi masuk melurut cantek dan terbaek (bunyikan macam Boboi Boy buat). Barula tak pecah. 
9.  Lepas dah tuang, telur pun dah terendam, biarkan selama 4 minit. Kenapa 4 minit??? Korang tanya la Chef Ryan. Banyak sangat soalan korang. Dengar, Faham dan Buat je la.. hehe.. takdela, masa 4 minit diperlukan supaya telur menjadi separuh masak. Tektur luarnya akan menjadi pejal sambil telur kuning masih cair tetapi cukup sterilitynya untuk dimakan. Kalau nak cepat, tutupkan kuali anda tadi tu. 

10. Cukup 4 minit je, bolehla angkat dan hidangkan bersama sos Thousand Island or sos2 lain kegemaran anda. Oh Ya, jangan lupa tambahkan sedikit black pepper or ladah sulah untuk menambahkan kesedapan poached egg anda.  

Selamat mencuba!
Sebelah kiri masih berbalut, sebelah kanan yang dah dipecahkan, cair beb kuning telur tu. Slurpp!!

p/s: Chef Ryan psycho kitorang aritu yang katanya dia pun practice 100 biji telur untuk jadi benar2 mahir, aku tau dia cong ktorang je. Kalo korang tak caya, korang try cara yang diberitahu kat atas. Tiada rahsia yang tidak diberitahu. Korang buat 100% ikut apa yang US habaq, for sure 90% jadinyala poached egg korang tu. hehe. 
p/s/s : Oh Ya, jangan lupa saksikan Masterchef Malaysia yang akan ditayangkan di Astro bermula 22 Oct 2011 ni. Detail program seperti dibawah ni.




                                                         Show title – MasterChef Malaysia 
Program Details: – MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
 Program channel – Astro Ria (Channel 104)

Maklumat lanjut boleh layari di :

1 comment: