Pages

agoda.com INT Lazada MY

Tahniah Animonsta! Tabik Spring pada korang.

Cute  tak kitorang?? Terbaekk.

Suka tgk Upin dan Ipin ? Itu keluaran Les Copaque. Tapi ada satu lagi animasi cilik, comel dan TERBAEKK buatan tempatan yang popular iaitu Boboi Boy. Mula2 dengar macam poyo je kan. Lepas kawen dan dah ada anak baru korang tahu  yang kartun ni amat membantu dalam menjaga anak korang. Sebagai contoh, asal anak korang buat ragam je, korang pasang la Upin dan Ipin. Takpun bukak Channel 611 sampai 615 Astro. At least ada la sket masa utk korang mengemas ke, memasak ke, lipat baju ke or apa2 je la. So, sebagai bapa, sedikit sebanyak memang terpengaruh jgk ngan animasi2 ni. Lebih2 lagi bila animasi seperti ini menonjolkan banyak nasihat, pengajaran dan teladan utk anak2 kita. Sape setuju? Tolong komen ek lepas ni. Ceh main tipu.  
Aliya minat Ipin!
Seperti contoh animasi Upin dan Ipin, cikgu kat sekolah tadika dan rendah boleh mengambil/mencuba teknik mengajar Cikgu Jasmin dalam mendidik murid2. Banyak yang boleh diaplikasikan. Dan US rasa ianya akan lebih mudah jika murid2 sekolah tadi juga menonton animasi tersebut. Mesti diorang pikir, 'Eh, macam dalam citer Upin & Ipinla' So, diorang pun akan mudah nak berinteraksi dan belajar. US rasala. Cikgu2 kat luar sana boleh cuba kut. Nanti tinggalkan komen ek. Ceh main tipu lagi. 

Citernya adalah nak bgtau yang pembuat/pereka animasi Boboi Boy juga bakal melebarkan sayap bisness/pengalaman ke arena antarabangsa bilamana mereka juga mendapat review dan komen yang baik dari pihak luar negara terutamanya Disney Channel. So, tahniah buat mereka. US rasa yang pekerjaan sebagai juruanimasi di negara ni bakal berkembang dengan pesat sebab kita juga dah mampu nak hasilkan animasi berkualiti setanding luar negara dan mana tahu satu masa, animasi tempatan seperti Upin dan Ipin dan Boboi Boy menjadi kegilaan orang diluar, di Europe, Asia dan Afrika. Ini akan buat negara kita untung. Yerla, setakat nak harapkan citer hantu nak pasarkan kat pasaran luar negara, kirim salam je la.

Lebih baik kita tumpukan pada animasi sebegini kerana ianya sarat dengan nilai2 moral yang tinggi selain menghiburkan. Saper setuju? Tinggalkan komen ek.. hehe . Asyik nak main tipu je.
Semoga Upin dan Ipin dan Boboi Boy berjaya ke persada antarabangsa. 
 
p/s : Info lanjut berkaitan Animonsta membawa Boboi Boy ke persada antarabangsa. SINI
p/s/s : Info pasal animasi boleh doktrinasi tolong anda. SINI

No comments:

Post a Comment