Pages

agoda.com INT Lazada MY

Tips menulis blog dengan menarik

Blog US ni baru berusia 3 bulan tapi dah nak cakap pasal tips blogging.. Ahaks. Tak salah rasanya kalau kita berkongsi ilmu. Macam tagline blog Tun Dr Mahathir , 'Blogging to unblock'
Terimalah tips yang saya dapat daripada saudara Zaki Yusof daripada geng bengkelblog.com

1. Tulis Judul / Tajuk yang menarik

Tahukah anda? Kebanyakan pengunjung blog malas membaca artikel
yang kita tuliskan. Mereka biasanya melihat tajuk dahulu baru
membaca artikel kita. Anggapan pertama mereka, kalau judul tak
menarik maka isinya pun tak menarik. Jadi, pilihlah tajuk yang
menarik ya.



2. Menulis Dengan Hati Yang Tulus dan Ikhlas.


Jangan mengharapkan apa-apa daripada pengunjung apabila anda
menulis artikel di blog. Teruskan menulis dan berkongsi sesuatu
dengan pengunjung walau tiada komen atau maklumbalas daripada mereka.



3. Tulisan Yang Bermanfaat Kepada Pengunjung.

Pengunjung selalu memikirkan apa manfaat untuk mereka? Jadi tulis
lah sesutu yang bermanfaat untuk mereka. Isunya bukan kecil atau
besar, hatta sesuatu perkara yang kecil pun jika ia memberi
manfaat sudah tentu pengunjung akan datang ke laman blog anda lagi.



4. Komunikasi Dengan Para Pembaca

Apapun tulisan anda sebaiknya wujudkan komunikasi dengan pembaca.
Contohnya anda boleh menuliskan tentang kisah peribadi,
inspirasi, motivasi untuk dikongsi dengan pembaca. Ini akan
merapatkan lagi hubungan anda dengan pembaca.



5. Gunakan Bahasa yang Mudah Difahami

Gunakan bahasa yang mudah difahami. Bahasa yang 'straight-forward'
orang kata. Tak perlulah bahasa yang berbunga-bunga...sampaikan
tak faham apa maksud yang nak disampaikan. Ingat!... pembaca
sebenarnya 'malas' membaca, jadi bahasa mudah ni penting sangat.

2 comments:

  1. Biasa la.. yang bagi tips ni pun org otai .. aku post balik je

    ReplyDelete