Pages

agoda.com INT Lazada MY

Antara ILMU dan INFORMASI. Manakah lebih berkuasa?

Aku bukan nak burukkan blogger lain. Tapi aku sedikit frust bila content dalam sesuatu blog lebih kepada unsur negatif seperti gosip artis dan kisah cinta pasangan kekasih yang belumpun diijabkabul. Yes, akan ada blogger yang akan kata aku ni tak open minded dan apa yang orang lain buat adalah hak mereka. Kalau tak suka tak perlu baca. Itula  sikap yang akan ditunjukkan kelak.

Tapi dek kerana nak dapatkan income, ramai yang bertungkus lumus membuat entri yang just hanya entri tanpa menitikberatkan isi kandungan yang boleh memberi manfaat kepada blogger lain. Kalau diikutkan, blog tumbuh umpama cendawan. Ramai yang ingin menjadi blogger terkenal yang boleh buat income riban-riban. Tapi apa yang ditonjolkan dalam blog mereka adalah kisah peribadi yang lara, gosip artis sana sini yang tiada penghujungnya, dan informasi yang tidak bermanfaat. Rasa terkilan juga bila ada diantara kita yang sanggup menjadi blogger/wartawan terjun untuk cover kisah-kisah artis. Daripada masalah disiplin artis hinggakan hal rumahtangga diorang. Apa dah takde perkara lain ke yang hendak dibincangkan?

Itulah sebab pentingnya ilmu, biarlah blog yang dibina dapat memberikan sumber maklumat yang berguna sekaligus sama-sama membina suasana yang lebih baik. Ilmu adalah sesuatu yang ilmiah yang boleh dibuat rujukan. Ia juga adalah informasi. Tapi informasi itu sendiri berbagai-bagai, ada informasi tentang gosip, hal peribadi, cinta cintun sana sini  dan sebagainya yang kadangkala bermanfaat dan ada yang menjengkelkan.

Yang aku tak tahan, ada seorang blogger ni yang suka gunakan tajuk kebaboom bajet boleh tarik SEO la, tapi apa yang disampaikan adalah sebaliknya. Dan ada juga yang gunakan tajuk 18sx semata-mata nak tarik pembaca sampaikan sanggup edit gambar porno dan bila baca entri hanya nak tengok berapa ramai lelaki hidung belang yang sanggup taip perkataan lucah di enjin carian. Tak beretika langsung just dengan alasan nak praktik ilmu SEO. WTH!! 

Aku memang anti dengan blog yang sebegini, tajuk macam best tp isi kureng. Menyakitkan hati. Apa yang diorang nak hanyalah trafik. Biar seberapa ramai yang jenguk blog mereka. Dengan harapan adala sorang dua klik iklan yang dipaparkan. Taktik kotor lagi tidak baik. Jika benar, biarlah entri yang dibuat berilmu yang boleh dirujuk dan memberi manfaat kepada pembaca. Bukan hanya nak dapatkan trafik. 

Entri ini bukanlah aku kondem 100% blog peribadi, ada blog peribadi yang bermanfaat seperti contoh yang sertakan resepi masakan, tips perlancongan, kesihatan dan dsb. Cuma yang aku alergik blog yang jiwanya kosong. Korang fikir-fikirkanla.

7 comments:

  1. jap, nak selak balik entry2 lama.hahahaha!!! dulu, ada juga letak gosip artis. tp now tak dah cuz bila fikir2kan balik buat apa kita nk cr dosa free dengan menyebar menda xelok kan? lagipun, kawan2 sy ada yg artis..so xelok tikam belakang ;)

    pasal blogger yg suka buat tajuk gempak2 tp isi zero tu mmg sy xrespek. tapi, terpulanglah. diorang puas dengan cara macam tu agaknyer.

    ReplyDelete
  2. itula sebabnya, suka sangat gosip sana sini. Kalau salah tak pasal2 jadi fitnah. letak pulak gambar artis tak tutup aurat. kan dah maksiat. Memang orang suka tgk perkara yang macam tu. Tapi berbaloi ke?

    ReplyDelete
  3. menarik... nak jemput anda ke blog saya n komen entri2 atau apa2 je kat blog saya tu...

    kadang2 pelik gak kenapa org suka sibuk hal org lain, buat entri info yang boleh menambah ilmu pembaca kan lagi bagus ye x? saya pernah terkena sekali ngan sorg blogger ni, no wonderlah die kata trafik die setengah juta sebulan, sbb kat innit.nuffnang die letak tajuk lain, isi??? totally berbeza n xbest langsung...

    jemput ke blog saya ye...

    ReplyDelete
  4. alongxp: Yep, akan aku singgah. Thanks sebab sekepala.

    ReplyDelete
  5. Yups, sokong.Kadang2 ada yang tulis ntah apa2.tak berfaedah untuk dibaca.=.='

    ReplyDelete
  6. gosip artis tk de , sinopsis banyak sgt .. sama juga suka blog yg ada ilmu sikit2 , tk kisah lah tips apa pun janji tips ..

    ReplyDelete
  7. hmm.itula. janji ada kebaikan yang nak disampaikan.

    ReplyDelete