Pages

agoda.com INT Lazada MY

Carilah duit! by 'Kurang Satu Ringgit (OBS)'

Pernah dengar nama band punk rock One Buck Short tak? Dulu waktu zaman belajar di UiTM selalu layan lagu-lagu diorang, walaupun lirik tak semegah mana, tapi cara diorang main instrumen muzik memang di tahap terbaekk!!!! Antara lagu yang mantap dari OBS ni seperti Fast Times, Kelibat Korupsi. Pada siapa-siapa yang tak pernah dengar dan layan group ni, cuba la dengar salah satu lagu di atas. Memang best.

OK, tu zaman dulu time bujang, memangla segala jenis muzik aku layan, cakap jela,  dari dangdut hingga ke nasyid semua aku minat. Aku suka musik. Tapi lepas dah kahwin ni takkan nak layan band-band rock ni kan, macam tak kena la pulak bila dah ada anak dan masih nak berperangai hippi tak tentu arah macam dulu. 

Sekarang ni bila dah semakin dewasa mula beralih arah layan musik yang menguji vokal macam lagu Anuar Zain, Pop Balada yang lebih matang dan dewasa. Maher Zain pun layan jugak. Cewah. OBS mula terpinggir dari menerjah gegendang telinga aku ini. Tapi waktu aku drive ke Seremban dan balik ke Lumut, aku pasang X.fm. Yang putarkan lagu-lagu Malaysia terkini. Satu suara dalam lagu yang aku rasa macam aku kenal ini suara siapa.. Sangkaan ku tepat. OBS dah keluarkan single terbaru. Tajuk : Carilah duit!!!

Aku tak boleh kata apa dah, lirik yang sgt catchy, gaya pembawaan yang bersahaja, gorengan instrumen muzik yang pro buatkan aku kembali mengimbau kenangan lampau. Antara bait lirik Carilah Duit yang aku tak tahan dan tak boleh blah.. seperti ni:


Korus;

Carilah duit
(Lari-lari kita cari rezeki)

Manalah duit
(Tonggang langgang kita buat bini happy)

Buatlah duit
(Lari-lari kita nyawa berjudi)

ku ada duit
(Tak penting kalau hidup tak bererti)


Sereusnya korang layan jerla official video klip diorang k. Layan

p/s: Lepas layan ni cuba dengar Kelibat Korupsi pulak. Banyak pengajaran dalam lirik! seriously awesome.






No comments:

Post a Comment