Pages

agoda.com INT Lazada MY

Malaysia perlukan lebih ramai Pegawai Farmasi!

  
Pagi-pagi lagi dah keluar beli breakfast untuk famili. Sambil tunggu roti telur dan roti bom disiapkan, aku belek surat khabar Kosmo! untuk perkembangan berita terkini dalam Malaysia. Page depan memang menarik perhatian. Tragedi 11.11.11!!! Kisah kemalangan yang meragut 4 nyawa di Behrang.

   Aku belek lagi dan lagi, terpandang satu berita khusus untuk orang-orang seperti aku atau yang masih tak tahu hala tuju selepas SPM. Bidang apa nak ambil di IPTA nanti. Menurut Kosmo! hari ni, negara memerlukan seramai 14,000 ahli Farmasi menjelang 2016. Ini adalah langkah untuk mencapai nisbah seorang ahli Farmasi untuk 2,000 orang penduduk.

   Sekarang hanya ada 8,917 ahli Farmasi yang berdaftar. Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Eisah A. Rahman, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM sewaktu pelancaran Wisma Persatuan Farmasi Malaysia di Puchong baru-baru ini.

  Melihatkan keadaan negara yang semakin mengorak langkah ke negara maju, sememangnya negara perlukan lebih ramai ahli Farmasi supaya kualiti penjagaan kesihatan penduduk Malaysia semakin baik dan berkualiti seperti di negara maju.

  Sehubungan dengan itu, adalah wajar untuk anda memilih bidang ini kerana peluang pekerjaan yang sedia menanti dengan jaminan kenaikan pangkat dan gaji yang semakin terjamin. Sekiranya anda meminati bidang Farmasi, teruskan minat anda. Bukan saja boleh bekerja dengan kerajaan bahkan anda juga boleh kerja dengan industri farmaseutikal.

  Sekiranya anda bekerja dengan kerajaan, jaminan untuk anda memegang jawatan pangkat U54 amat cerah setelah hanya bekerja selama 14 tahun. Katakan anda grad degree Farmasi pada usia 22 tahun seperti penulis, anda boleh merasai gaji U54 hanya pada usia 36 tahun. Muda lagi bukan? Itulah keistimewaan peluang yang kerajaan berikan kepada Doktor, Doktor Gigi dan Ahli Farmasi.

  Rebutlah peluang ini selagi masih ada. Jika anda bekerja di sektor swasta anda mungkin merupakan pereka ubat terbaru dipasaran atau ubat utk penyakit yang belum ada ubat. So, bayangkan jika andalah pionner dalam sesuatu rekaan ubat. Besar jasa untuk manusia, negara dan agama.

Aku seru pada yang masih nak pikir nak jadi apa besar nanti supaya memilih bidang ini. OK? :) Gud Luck semua.

5 comments:

  1. alamak macam mana ni dah terjebak bidang kejuruteraan , dah agak jauh perjalanan ni . maybe boleh syorkan kat adik2 untuk cuba nasib bidang ni . nice sharing ! ^^

    ReplyDelete
  2. dududu: takpe, apa2 bidang pun ada rezeki masing2.. yang penting jangan memilih kerja sangat. kena sentiasa upgrade diri sendiri supaya marketable.

    ReplyDelete
  3. bukan sng nak jd ahli farmasi...dan kena hati2 bagi ubat. huhu!

    ReplyDelete
  4. dulu pernah nak jadi juga, tapi sebab exam tak berapa nak bagus.xyah lah.hahahaha

    ReplyDelete
  5. nurul hanis: senang je kot kalau dah biasa. alah bisa tegal biasa kan kata orang. hehe :)

    Lizz: hahaha.. rezeki di mana2

    ReplyDelete