Pages

agoda.com INT Lazada MY

Bagaimana Diabetes boleh menyebabkan serangan jantung dan strok?

Salam semua, entri kali ni just nak share info ringkas bagaimana penyakit diabetes ataupun kencing manis boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok. Ada atau tidak ahli keluarga anda menghidap kencing manis? Sekiranya ada, entri mungkin bermanfaat untuk anda. 


Seperti yang anda semua maklum, penyakit kencing manis ini adalah penyakit yang mana keadaan paras gula dalam badan seseorang itu melebihi tahap normal dan ianya dikategorikan berlebihan. Paras gula yang berlebihan ini boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok (lumpuh).

Bagaimana proses ini terjadi?

Paras gula yang berlebihan dalam saluran darah badan anda boleh membuatkan saluran darah anda rosak. Saluran darah atau arteri yang rosak boleh mengakibatkan terbentuknya pemendakan plak (plaque) yang mengandungi bahan-bahan lemak seperti kolesterol.

Selepas pembentukkan berlaku, ruang saluran darah semakin mengecil dan boleh menyebabkannya tersumbat. Bila saluran tersumbat darah yang mengalir ke kawasan tertentu terganggu dan berkurangan. Ini mengakibatkan jantung mengepam dengan lebih kuat lantas tekanan yang tinggi terjadi. Sekiranya perkara ini berterusan, serangan jantung dan strok boleh terjadi.

Sama-samalah kita membendung risiko-risiko ini dengan mengamalkan diet seimbang dan senaman. InsyaAllah jika semuanya dibuat, dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit diatas. Happy managing your health!

2 comments:

  1. salam ,

    saya baru remove iklan untuk semua hari ini , terima kasih ye kerana menyewa tapak iklan tersebut :)

    ReplyDelete
  2. Arwah ayah dulu diabetes. dia perokok tegar. perghhh memang masaklah masa sakit tuh attack jantung.

    ReplyDelete