Pages

agoda.com INT Lazada MY

'Bertemasyalah..setelah kau berusaha'

Salam kepada blog US yang sudah lama aku tinggalkan tanpa sebarang coretan, salam kepada semua reader yg masih sudi membaca artikel lama-lama di sini. Aku bukannya apa, bermula dari bulan 12 tahun 2011 aku terpaksa menanggung kerja seorang peg yang cuti bersalin sehingga sekarang. That's means banyak kerja kena aku buat dan banyak masa aku terpaksa habiskan untuk tugasan seharian. Ini belum mengambil kira jumlah Outstation aku tahun ini. At least dalam sebulan, mesti ada 2 kali Outstation.

Seperti tajuk di atas, ada makna disebalik bait lirik sebuah lagu Ramli Sarip tu. 'Bertemasyalah-setelah kau berusaha'. Ianya cukup memberi kesan dan maksud mendalam kepada aku dan semua yang memahaminya. Yup, kadang-kadang hidup ini tidak menentu, ada waktunya kita ada sibuk dengan kehidupan, sibuk dengan kerjaya dan sibuk dengan urusan peribadi. Sampai ke suatu tahap, kita akan rasa tiada makna langsung hidup ini. Yerla, hari-hari buat benda yang sama. Hari-hari buat benda yang rutin. Semacam robot pulak rasa diri ini.

Kenapa kita berasa begitu? Salah satunya, kadangkala kita terlupa untuk bersyukur, Yup, banyak cara untuk bersyukur. Antaranya sujud menyembahNYA tidak ditinggalkan. Ini adalah perkara yang basic. Tapi kadang kala kita terlupa dan mungkin tertinggal. Aku cuba nak nyatakan disini, diwaktu aku tersangat sibuk bekerja dan bekerja, aku cuba menikmati setiap saat yang tuhan berikan kepada aku. Yerla, walaupun sibuk, tentu ada masa untuk 'diri sendiri'. Yang hanya aku dan diri aku yang tahu. Ini lebih kepada cara kita memahami badan kita dan kehendak spiritual kita. Di waktu sibukpun boleh ceria. Bagaimana?

Contoh yang mudah, jika outstation. Waktu drive ke tempat yang dituju, kita boleh menikmati suasana permandangan ciptaan tuhan sepanjang perjalanan, Jika aku dari Lumut ke KL, aku pasti akan lalu kawasan Kuala Selangor. Bukan hanya permandangannya yang indah, jika kena gayanya, lebih cepat sampai pulak tu menggunakan LATAR. Salah satu cara lagi, sepanjang perjalanan, boleh juga memasang radio mendengar lagu kegemaran atau celoteh juruhebah yang kita minat. Walaupun dua cara ni rasanya seperti biasa, jika kita ada perasaan bersyukur di atas nikmat tersebut, benda yang simple seperti ni pun kita akan rasa happy. It's just how your think about it and from what perspective. Percayalah, untuk mereka yang sibuk seperti aku, cuba fahami diri dan appreciate little things yang ada disekeliling untuk buatkan kita rasa 'manusia' dan bukannya robot.

Kerja adalah satu hal yang lain, kita perlukan kerja untuk dapatkan keperluan asas yang lain. Dengan gaji yang diberikan, tentu akan ada expektasi tertentu. Daripada kita terus melara merasakan dunia ini tiada makna, cuba fikirkan kembali. Seperti bait lirik lagu Ramli Sarip. 'Bertemasyalah-setelah kau berusaha'. All the best to you all. :)

2 comments:

  1. bawa kereta waktu stress best. tapi janganlah bawa laju2. bawa santai2 je. pandang keliling kejadian Allah. macam2 ragam manusia pun ada. belajarlah ;)

    ReplyDelete