Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kepimpinan: Perlu ke?

Dalam suasana hampir Pilihan Raya ni, banyak ragam dapat dilihat di media massa dan media cetak tokoh-tokoh politik mula mengatur strategi untuk mengumpul kepercayaan dan sokongan rakyat dalam memberi mandat kepada mereka. Salah satu yang ketara adalah Debat di antara Dato Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng. Walau apa pun topik yang mereka nak debatkan, bukan itu yang aku nak sampaikan disini. Ini hanyalah sekadar mukadimah. hehe


Dalam hidup manusia ini perlu ada sifat kepimpinan. Jika tiada sifat ini, kita bolehlah dianggap sebagai layang-layang yang terbang tanpa arah tuju. Tiada 'tali' yang dapat mengatur gerak ketinggian layang-layang tadi. Jika tidak, manakan dalam agama Islam ada konsep khalifah untuk kita mendalami dan memahaminya.

Kepimpinan ada didalam diri kita, sedar ataupun tidak, ia ada. Cuma masalahnya adakah kita benar-benar faham dan mengenalinya. Seorang suami perlu ada kepimpinan, supaya dapat membawa keluarga ke arah yang ingin dituju, seorang guru perlu ada kepimpinan, supaya dapat mendidik anak bangsa seperti yang diperlukan, Cakaplah apa sahaja, daripada seorang Tukang Kebun kepada Bangsawan, semuanya perlukan kepimpinan. Sebab apa, sebabnya itulah lumrah manusia. Manusia yang diciptakan tuhan untuk at least dapat memimpin diri sendiri.

Setelah bejaya memimpin diri sendiri, barulah kekuatan untuk memimpin yang lain akan ada sedikit demi sedikit bergantung kepada kejayaan kita memimpin dan mengekalnya.  Terasnya adalah diri sendiri, kemudian barulah mereka disekeliling dalam ruang lingkup yang dekat dan seterusnya yang jauh. Jika didalam diri ada sifat kepimpinan ini, nescaya kita dapat membina negara ini dengan lebih baik dan makmur. So, semaikanlah sifat kepimpinan yang baik agar kita semua dapat jadikan Malaysia ini negara yang lebih selamat, aman dan makmur.


No comments:

Post a Comment