Pages

agoda.com INT Lazada MY

The White Rajahs

Raja Sarawak kedua: Charles Brooke

Kata 'orang' kalau nak memahami subjek sejarah, pergilah melihat tempat dan suasananya sendiri. Ada kebenaran juga kata-kata tersebut. 'Orang' yang aku maksudkan tu adalah cikgu Sejarah aku dulu. Sebab subjek ni perlukan kebolehan mengingat fakta-fakta. Sama ada fakta tu betul atau salah, tu lain cerita. Yang penting time belajar dulu, nak lulus exam je. Lepas dah lulus, balik umah, main atau tdo. Betul x?

Aku seperti orang lain juga, lepas dah abis sesuatu exam baik subjek Sejarah atau sebagainya, aku terus lupakan. Tak mau penuhkan 'memory card' aku dalam otak sehingga sesak. hehe. 

So, comeback to  cerita history tadi. Apakah itu White Rajahs? Pada yang pandai sejarah tu mesti dah dapat agakkan. Kepada yang belum tahu,meh aku 'ajar' sejarah melalui pemerhatian aku dan penerangan penduduk tempatan.

Sejarah negeri Sarawak terutamanya di bandar Kuching adalah sesuatu yangsignifikan dan tak boleh dipisahkan. Sebab apa, punca perkembangan negeri Sarawak adalah dari Kuching. Begini ceritanya:

Pada abad yang ke-19, Sarawak ni seperti perkampungan penduduk Melayu yang lain tetapi dibawah pemerintahan Sultan Brunei. Keadaannya aman melainkan kegiatan lanun dan pemburuan kepala oleh suku kaum disini. Suasana kehidupan disini aman damai dan hormani sehinggalah Sultan Brunei melantik seorang Governor yang tidak disukai dan tidak popular dikalangan penduduk tempatan. Orang-orang Melayu dan Bidayuh memberontak pada 1836 dan mengisytiharkan 'independence'. Perang Gerila berlaku sehingga 1839, dimana pada ketika itu seorang pelayar berbangsa Inggeris bernama James Brooke tiba dengan kapal layar penuh dengan kelengkapan persenjataan bernama The Royalist.

James Brooke adalah seorang pengembara dan pelayar yang hanya ingin mengembara sehinggala pakcik Sultan Brunei meminta pertolongan supaya menghentikan perbalahan yang masih terjadi di Sarawak. James Brooke bersetuju dan dengan kelengkapan senjata canggih yang beliau miliki, penduduk kampung tidak dapat terus berlawan yang pada ketika itu hanya bersenjatakan lembing dan sumpit. Di atas kemenangan yang James Brooke perolehi, Sultan Brunei melantik James Brooke sebagai Rajah of Sarawak (Raja Sarawak) pada 1841. James Brooke meninggal dunia pada 1868 dan digantikan dengan anak saudaranya Charles Brooke. Bukan Charles Dickens ataupun Putera Charles ok. 

Dipendekkan cerita orang-orang sini, Charles ni lagi pandai la dalam bab-bab pemerintahan dan pengurusan ni. Bykla yang dia perkenalkan. Sistem pentadbiran yang lebih tersusun dan mantap. Ketika ini,penduduk Sarawak mula merasakan mereka boleh hidup aman damai kembali dan bekerja untuk memajukan Sarawak dibawah sistem pemerintahan Charles Brooke. Charles Brooke mati pada 1917 dan digantikan oleh Charles Vyner Brooke, anaknya, yang teruskan legasi pentadbiran bapa dia sehingga  dijajah oleh Tentera Jepun.

Tentera Jepun menyerah diri pada September 1945 setelah Sarawak mendapat bantuan Tentera Australia. Selepas tu, Sawarak dibawah pentadbiran tentera Australia.Charles Vyner Brooke dah malas nak tadbir dan merasakan untuk melepaskan Sarawak kepada Kerajaan British sebagai salah satu  negeri koloni British. Cadangan ini tidak popular dan membawa kepada kejadian pembunuhan Duncan Stewart pada 1949. Selepas itu, Sawarak dan Sabah mendapat kemerdekaan dan menyertai tanah melayu untuk membentuk MALAYSIA.

Fuh!!, dah rasa macam cikgu sejarah pulak, Terima Kasih kepada Kuching Information Centre. Best juga dengar citer sejarah disesuatu tempat. Next Entri : Macam mana nama Kuching itu wujud. Asal usulnya?

No comments:

Post a Comment