Pages

agoda.com INT Lazada MY

Indahnya Kelantan

Nak ke Kelantan ke Thailand?

Salam to US readers out there, harapnya semua sihat-sihat belaka. Dah agak bersawang blog ni tanpa entri terbaru dari aku. Yup, perlu diakui 3 bulan yang lepas adalah bulan-bulan yang aku sgt busy dengan tugasan harian. Sebabnya, aku terpaksa menanggung tugas orang lain yang sedang cuti bersalin. Tapi selepas 14.3.12, aku sudah bebas dari menanggung tugas-tugas yang membebankan tu. So, aku meraikan hari kemerdekaan aku dengan membawa familiku ke Kelantan  untuk bercuti dan meraikan perkahwinan akak aku.
Jalan-jalan cari makan dulu

Tuhan itu sentiasa adil. Dalam kesibukan bekerja, Dia tetap berikan aku kelapangan untuk beristirehat. Tiada yang lebih menggembirakan dari beristirehat bersama keluarga tercinta. Yup, memang plan aku nak bercuti pun, cuma kadang-kadang masa tak mengizinkan. Peluang yang hadir ni memang takkan aku lepaskan.

Adik dan ayah yang kusyuk menikmati lauk
Selepas majlis resepsi kakakku di Melaka (rumah ibu), aku kembali ke Manjung dan bergerak ke Kelantan melalui Pekan Gerik. Pekan Gerik ni mcm pekan cowboy je, seperti pekan Masjid Tanah di Melaka. Melalui Jeli dan seterusnya Kota Bharu. Tapi sebelum berjalan jauh, singgah makan di Restoran Tasik Raban yang memang terkenal dengan masakan ikan air tawarnya. memang terbaik!!.
Tune Hotel-Kota Bharu

Sebabkan majlis pada hari Sabtu, aku dan famili menetap di Tune Hotel, Kota Bharu. Hotelnya baru dan sangat strategik dengan lokasi-lokasi mesti singgah di Kota Bharu. Tune Hotel betul-betul berhadapan dengan KB Mall, satu-satunya shopping complex paling besar di Kelantan kut. Kalo aku salah, sila betulkan ek. Kawe bukan org Klate. hehe. Hotelnya bertaraf 2 bintang dan budget-style. Kalo nak aircond/towel/entertainment boleh la bayar berasingan. Hotel ni tengah  promosi sekarang, kalau tak silap RM 35/semalam offer di Maybank2u.com 
KB Mall-happening jugak.

Di Restoran RasaMas
Apa yang aku nak katakan disini, Kelantan memang bagi aku syurga makanan. Banyak makanan yang sedap-sedap disini. Mungkinkah berasnya yang terbaik? Mungkinkah resepi-resepinya, resepi DiRaja? Atau mungkinkah sebab aku je yang lapar, tu sebab sedap. Tp apa-apapun, memang semua menggemari masakan Kelantan kan? Dari Ala Carte hingga hidangan signature seperti Laksam, Nasi Dagang, Nasi Kerabu etc.

OTW ke Rantau Panjang
Kalau ke Kota Bharu kalo tak singgah ke Pasar Siti Khadijah memang tak sah. So, terpaksala pergi walaupun tak habiskan banyak masa disitu. Sebab dah habiskan banyak masa di Rantau Panjang, bersempadan dengan Thailand. Banyak betul barang yang dijual disitu. Macam-macam ada. Sesak sgt walaupun hari Jumaat. Harganya bole tahan, cumanya jika anda pandai ckp Klate maybe dapat murah lagi kot.

Sebelah sana je Thailand
Lokasi resepsi abg iparku di Pasir Mas. Betul-betul bersebelahan dengan Thailand. Cool gila. Bagi aku la. Tapi bagi penduduk kg sini, dah biasa dah. Selesai sudah makan-makan, ambil gambar, maka berakhirla trip to Kelantan. Pulang ke Taiping masih melalui Gerik tapi sempatlah singgah di Kawasan Rehat dan Rawat TitiWangsa. Betul-betul di puncak bukit. Permandangannya sgt cantik. Udaranya nyaman sekali. Terasa diri ni bertuah dapat menikmati saat-saat seperti ini. Merasakan segala kejadian yang Dia adakan untuk hambanya. 

Aliya suka sebab udaranya nyaman di sini. Di TitiWangsa
Next trip untuk process detoxication adalah vacation di Felda Residence Hot Spring, Sungkai. Percutian ni ditaja sebab menang peraduan Majalah Santai tempoh hari. Next Entri baru cerita ok.

1 comment:

  1. Saya pun dah lama tak jejak kaki ke Kelantan. Teringin jugak nak kesana .. mesti best ! .. ^__^

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete