Pages

agoda.com INT Lazada MY

5 Panduan berguna mengenai penggunaan herba dan tumbuhan untuk perubatan



Pernahkah anda menggunakan produk-produk kesihatan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan herba? Biasa bukan. Tidakkah anda terfikir akan risiko dan bahaya yang mungkin dihidapi jika tiada atau kurangnya maklumat berkenaan produk yang anda ambil itu. Berikut dikongsikan serba sedikit panduan yang mungkin berguna untuk anda dan keluarga anda.

  1. Perlu berhati-hati dalam memilih sumber ubat-ubatan anda.
Tumbuhan yang mempunyai khasiat untuk kesihatan atau herba adalah tidak tertakluk kepada kawalan kerajaan atau Kementerian Kesihatan sebagai ubat farmaseutikal. Oleh sebab itu, tiada jaminan terhadap keberkesanan dan ketulenannya. Oleh sebab itu, ianya menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk menentukan jenama herba yang benar-benar boleh dipercayai.

2.      Pilih herba yang disediakan dalam bentuk yang paling boleh dipercayai dan digunapakai.
Herba yang telah disejuk bekukan adalah disediakan dengan menggunakan teknik untuk menghindari kerosakan atau hilangnya keberkesanan. Herba yang kering, yang dijual dalam kuantiti yang banyak mungkin akan hilang keberkesanannya akibat terdedah dengan udara.

  1. More is not better (Lebih tidak semestinya bagus).
Bila anda mengambil herba mengikut dos yang ditetapkan, ianya haruslah diikuti sebilang masa. Overdos produk herba adalah sama seperti produk farmaseutikal yang lain.

  1. Pantau reaksi anda.
Sekiranya anda mengalami sebarang kesan alergik selepas pengambilan herba, hendaklah berhenti dengan serta merta. Atau sekiranga produk herba anda tidak mendatangkan sebarang kesan yang diinginkan, hentikan juga. Not all remedies work for everyone.

  1. Jangan ambil risiko (Take No Risk)
Jangan mencuba self-medication untuk penyakit atau kecederaan yang serius. Berjumpalah dengan doctor anda atau ke bilik rawatan kecemasan di hospital-hospital. Ibu-ibu mengandung dan menyusu bayi, yang muda atau yang tua, dan mereka yang mengambil ubat-ubatan seharusnya tidak mengambil herba tanpa persetujuan daripada pakar dan doctor anda.

No comments:

Post a Comment