Pages

agoda.com INT Lazada MY

7 Strategi Kurangkan Berat Badan

Ramai yang skip breakfastkan? termasukla aku.. hehe



Dah lama rasanya xshare ilmu kesihatan. Kali ni entri yang agak klise dan mungkin ada yang dah tau pun. Strategi nak kuruskan badan untuk anda yang BMI (Body Mass Index) terlebih atau overweight. Berikut adalah antara strategi yang boleh digunakan:

1. Anda perlu tetapkan target anda. Untuk hal ini sudah tentu turunkan berat badan andakan? Target atau impian perlukan perhatian. So, kelilingkan diri anda dengan seberapa banyak peringatan yang boleh. Cth: Lekatkan di peti sejuk, komputer atau kalender anda.

2.  Bermula dengan sedikit. Sebagai contoh, anda ingin kurangkan kalori makanan anda setiap hari. Jangan terlalu mendadak. Kurangkan sedikit demi sedikit. Tak perlu rush!

3. Dapatkan sokongan moral dari kawan-kawan sekeliling anda. OK. Ini adalah penting supaya anda tetap teruskan target anda sepanjang tempoh anda berusaha mengurangkan berat badan. Tahap mental anda kena kuat menghadapi usikan rakan-rakan anda yang negatif dengan target anda.
Amalkan makan makanan berkhasiat
4. Fokus dengan habit seharian anda. Jika anda mulakan hari dengan breakfast, pastikan ianya berterusan mengikut ketetapan yang anda dah rangkakan. Jika anda perlu makan apple setiap hari, teruskan. Jangan sekejap tak amik bfast, sekejap amik. Nanti Target anda mungkin tidak relevan lagi.

5. Jangan berhenti untuk terus belajar dan mendapatkan maklumat berkenaan kesihatan. Pelajari   dan dapatkan info2 berguna berkaitan weight loss management. Ia penting supaya strategi yang anda buat sesuai dan tidak extreme.
Main bola ngan rakan-rakan pun seronokan?
6. Berseronoklah ketika anda melalui perjalanan untuk kuruskan berat badan seperti menyertai aktiviti riadah yang menyihatkan dan mungkin boleh meramaikan kenalan anda.

7. Rekodkan pencapaian anda bermula dengan hari pertama hinggalah ke penamat. Mungkin boleh jadi kenangan dan pencapaian yang mungkin anda kagum akan datang.
Rekodkan pencapaian anda.
So, ini adalah strategi asas untuk kurangkan berat badan. Walaupun sekarang ni banyak kes serangan sakit jantung kepada golongan muda yang fit, tp janganlah jadikan ia alasan untuk anda tidak melakukan senaman dan capai BMI seperti yang disarankan. Selamat Berusaha!!

3 comments:

  1. 7??bnyknye..hehe..btw sharing yg brguna.. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaks..takdela banyak sgt pun. cuma nak kena disiplin je

      Delete
  2. Nak dapatkan sokongan tu yang payah ..

    ReplyDelete