Pages

agoda.com INT Lazada MY

Apabila Denaihati komen blog anda.....

Apa perasaan anda jika 'idol' anda sanggup luangkan masa 'bersama' anda. Biarlah dari segi pelajaran, pekerjaan mahupun dalam blogging. Jika dalam pelajaran, sekiranya idol anda memberi kata-kata semangat dan meluangkan sedikit masa bersama anda, sudah semestinya memberikan anda lebih semangat untuk belajar bukan? Dalam dunia pekerjaan juga begitu, jika anda dipuji atau ditegur, dapat meningkatkan prestasi anda. Tinggal lagi macam mana anda nak ambil pujian dan teguran tersebut dari sudut yang positif.


Bagi aku, agak terkejut juga apabila Blogger bertaraf Sifu DenaiHati menjengah blog ini dan meninggalkan jejak. Serius aku tak sangka, antara sebabnya ialah:

a)  Kebanyakan blogger yang sudah ada nama memang amat jarang tinggalkan jejak pada blog-blog yang usianya setahun jagung. Mereka lebih gemar komen dan memberi maklumbalas sesama mereka sendiri. Sedangkan 'peminat' dan 'pencinta' blog mereka adalah daripada kalangan yang masih mentah tadi. Agak menyedihkan juga, apabila terlalu ramai yang memuja anda, tetapi amat sedikit masa diluangkan bersama peminat anda. Erk, berbelit-belit ayat aku. Tapi korang faham kan maksud aku..hehe. Thanks sebab faham.

b)  Aku selalu ada perasaan yang mengatakan bahawa blogger yang sudah berjaya jarang luangkan masa sebab terlalu tumpukan pada blog mereka sahaja. (rephrase: Perasaan je tau)

c)  Aku selalu ada perasaan yang mengatakan bahawa blogger sebegini akan berfikir ianya hanyalah membuang masa melayan blogger yang masih baru ni. hahaha (rephrase: Perasaan je tau)

d)  Korang tambah sendiri apa pandangan korang pasal blogger-blogger yang sudah berjaya ini.

Lihat entri yang di komen oleh Blogger Sifu DenaiHati. Klik SINI dan SINI.

No comments:

Post a Comment