Pages

agoda.com INT Lazada MY

Bagaimana mengaitkan tuhan dengan bola?

Salam Jumaat untuk semua yang masih sudi menjengah blog yang tidak seberapa ini. Seperti tajuk yang aku pilih di atas, apa perkaitan antara bola dengan tuhan?. Tajuknya agak 'daring'. Sengaja aku buat begitu sebabnya untuk menarik minat anda untuk membaca entri ini.

Ok, let's start. Seperti yang semua sedia maklum, bagi mereka yang fanatik bola atau kelab-kelab bola sepak kegemaran anda, anda semestinya mengikuti perkembangan semasa kejohanan Champions League yang akhirnya Chelsea akan bertemu Bayern Munich di peringkat final nanti. So, apa kena mengenanya dengan tuhan?

Aku yakin  ramai di luar sana yang menganggap diri mereka lebih 'baik' Islamnya beranggapan bahawa peminat-peminat bola yang berjaga malam untuk menonton bola adalah perkara yang sia-sia. Di tambahnya lagi bahawa meminati kelab-kelab bola Eropah yang pada pemerhatian dan pengkajian mereka ada unsur-unsur Masonic dan Freemason adalah satu yang patut ditegah sama sekali. Sebagai peminat Kelab Manchester United yang tidaklah begitu fanatik, aku sangkal hujah ini hanya semata-mata beranggapan sekiranya peminat menyokong kelab tertentu itu, maka ianya tergolong dengan orang-orang yang mengamalkan ajaran dan fahaman Freemason. Atau paling tidak bersekutu dengan hanya menyokong.

Aku tak nak berhujah lebih panjang perihal Freemason yang sampai mati pun tidak akan habis. Cuma aku nak share pendapat aku dengan bagaimana mencari tuhan dan bersyukur kepadanya dengan hanya menonton perlawanan bola sepak. 

Berbalik kepada Chelsea dan Bayern Munich, dua kelab eropah yang sangat baik tetapi dianggap tidaklah seberapa baik jika dibandingkan dengan lawan mereka pada peringkat semi final yang lalu. 2 gergasi bola sepak dari La Liga iaitu Real Madrid dan Barcelona. Barcelona telah diangkat dan dianggap sebagai pasukan bola sepak yang tiada cacat celanya sebelum kekalahan mereka di tangan Chelsea. Satu pasukan yang ideal, mantap dengan permainan offensif dan amat sukar untuk dikalahkan. Penganalisa bola sepak rata-rata beranggapan bahawa Chelsea tidak akan mampu melangkah ke peringkat final dan ada yang menganggap bahawa Chelsea akan kalah besar dibelasah Barcelona.

Tapi cuba lihat apa yang terjadi? Barcelona kalah dan Chelsea menang. Membuatkan penganalisa bola sepak semacam 'bodoh', tidak tepat ramalan dan hanyalah manusia biasa sangat-sangat. Dari sini lah, aku menyedari bahawa tuhan itulah yang paling berkuasa dan hanya Dia lah yang merencanakan apa saja dimuka bumi ini dan bukannya manusia. Manusia ini hanyalah insan yang lemah, tiada upaya dan hina sahaja. Dengan kemenangan Chelsea, ramai yang terpaksa menelan balik cakap besar, ramalan dan apa sahaja yang bertentangan dengan keputusan antara Chelsea vs Barcelona.

Aku sendiri bangun menyaksikan perlawanan tersebut. Jangan anda kata lebih baik aku buat qiamullai daripada tengok bola. Tapi, aku bersyukur dapat menyaksikan dan merasai adanya Tuhan di dalam hidup aku. Aku hanya tersenyum sinis bila pengacara, penganalisa terkedu akal kerana keputusan yang benar-benar diluar jangkaan ini. Aku sedar bahawa aku ini kerdil di sisi tuhan. Begitu juga dengan keputusan Bayern Munich vs Real Madrid.

Ramai beranggapan Lionel Messi dan Ronaldo pemain bola sepak yang terunggul dalam sejarah. Tapi lihatlah bagaimana tuhan menunjukkan kekuasaanya dengan mengambil hanya sedikit kehebatan yang mereka miliki dan mereka hancur dihentam kritikan hanya tidak menjaringkan penalti. Subhanallah. Betapa berkuasanya tuhan. 

Dan jika anda menonton kedua-dua perlawanan tersebut, banyak insiden-insiden yang jika anda boleh kaitkan dengan kekuasaan tuhan, anda akan sedarinya. 

Kesimpulannya, menjadi peminat bola sepak dan lebih-lebih lagi kelab-kelab eropah tidaklah begitu buruk seperti sangkaan sesetengah pihak. Cuba fikirkan secara positif, jangan fikirkan negatif. Jika otak anda hanya fikirkan negatif dan ia membuatkan otak anda mencari keburukan yang negatif sahaja. Jika anda fikir positif, bahawa bola sepak adalah satu sukan yang menyihatkan, tidak melalaikan dan membuatkan anda rasa anda hanyalah manusia biasa. So what? Teruskan sahajalah. Bukannya semua peminat fanatik bola tidak solat ketika ke stadium. Malah stadium pun ada surau. Hal-hal tauhidkan diri dengan tuhan adalah sesuatu yang hanya anda dan tuhan sahaja yang mengetahuinya. Bukannya orang lain. Jika anda percaya yang anda tidak melanggar hukum-hukum Allah ketika menonton bola sepak. So, tiada masalahnya.

Walaupun kelab yang anda sokong dihentam dengan kritikan ada unsur-unsur Freemason, so pedulikan. Biarlah orang lain yang fikirkan begitu. Buang masa je fikirkan itu ini so called fitnah dajal. Lebih baik anda utamakan amalan dan keimanan anda dahulu. Nabi pun pernah bersabda bahawa jika anda berpegang dengan Al-Quran dan Hadith, maka anda tidak akan tersesat selama-lamanya. So, jangan semakkan kepada anda dengan hal dunia yang entah-entah sengaja digembar gemburkan supaya anda lebihkan masa mengkaji sehinggakan hal-hal akhirat anda terabai. Fikir-fikirkan la.
 
But hey, jika anda bangun pagi tengok bola, Solat Subuh confirm awalkan? :) And that's how i relate God with football. Carilah keesaan tuhan yang ada dimana-mana sahaja. Sebar-sebarkanlah kebaikan walaupun hanya sepotong ayat.

No comments:

Post a Comment