Pages

agoda.com INT Lazada MY

Bertuahnya jadi blogger di KL. Jelesnya!

Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian aku sejak mula memiliki blog peribadi ini, ada beberapa perkara yang para blogger mesti setuju dengan aku. Cuma perkara yang aku nak kupaskan disini adalah betapa bertuahnya menjadi blogger dan menetap di area KL. Mesti ada diantara kita yang dah agak apa point aku yang seterusnya kan. Just aku nak ulang sekali lagi benda yang korang sendiri pun dah tahu dan mengerti. Kenapa aku kata blogger KL lebih bertuah daripada blogger-blogger di luar bandar? ini sebab-sebabnya:-

1.  Mudah mengikuti event-event yang syarikat tawarkan samaada daripada syarikat Advertisement mahupun syarikat yang hendakkan review produk daripada blogger. Biasala, syarikat pengiklan seperti Nuffnang berpangkalan di KL, sekiranya ada tiket-tiket wayang percuma yang diberikan sudah pastinya masa tonton dan lokasinya di KL. Aku pernah juga dapat tiket wayang percuma daripada Nuffnang, tapi sayangnya tidak dapat menonton kerana panggung wayangnya di Mid Valley, KL dan masa tontonnya hari Rabu. Untuk orang yang berkerja macam aku, mustahil untuk aku turun ke KL semata-mata  hendakkan tiket percuma itu. 

Tapi aku still masuk contest2 Nuffnang yang banyak kasi tiket percuma, cuma alangkah bagusnya kalau tiket itu boleh ditebus di mana-mana panggung wayang dan cawangannya. Tak gitu? Lebih friendly kepada blogger yang sama-sama tolong jadi platform untuk pengiklan dan pelanggan Nuffnang beriklan di blog mereka. Kebanyakkan daripada pengamatan aku jugak, produk review banyak berlaku di area sekitar KL, oleh itu, sudah tentunya blogger di sekitar KL sahaja yang secara lojik dan rasionalnya dijemput. Dan selepas membuat produk review tersebut, secara otomatiknya yang blog blogger tersebut mendapat perhatian dan sekaligus menaikkan ratingnya. 

2.    Lebih glamor dan banyak cerita yang boleh dibuat isi blog.
Maksud aku adalah begini, jika anda tinggal di Setapak contohnya, anda boleh ceritakan betapa happeningnya Uptown Danau Kota, Festival City, Kondo-kondo yang baru dan tempat-tempat makan yang popular. Pendek kata, anda banyak bahan untuk dibuat cerita blog anda. Berbanding blogger di pendalaman, sudahlah kemudahan internet tidak sebaik di KL, bahan cerita untuk disensasikan juga kurang. Sudahnya, blog mereka hanya blog untuk mereka sahaja baca. Sedihnya. Jika sesuatu bahan berkisarkan tempat,pengalaman mahupun perkara disekitar KL, ramai yang suka membacanya, ialah, ia semacam magnet kerana manusia sukakan perkara yang happening, voque dan 'up to date'. Jika tidak, seperti sedikit ketinggalan.

3.  Lebih senang kumpulkan kawan dan kenalan.
Biasalah, jika anda friendly dan menjadi blogger yang popular dan famous dan lokasi anda pula di KL, sudah semestinya anda senang untuk meluangkan masa berkumpul, bersembang dan merencanakan sesuatu untuk kepentingan blog anda dan rakan-rakan anda. Ini kerana bilangan mereka yang satu kepala dengan anda dalam dunia blog ini mungkin lebih tinggi dan ketara di KL. Di pendalaman, kalau anda sorang sahaja yang ada internet, agaknya anda la satu-satunya yang paling happening walaupun takdela happening sgt. hehe. Pendek kata, blogger di KL ni boleh buat gathering, berkaraoke, makan-makan dan even siap boleh buat 'exclusive group' seperti Geng Talibarut yang dianggotai oleh blogger seperti Eyriqazz and co. Mereka benar-benar melakukan pendekatan yang strategik untuk terus membuatkan blog mereka terus popular dan diminati oleh para pembaca.

4.  Blogger di KL menjadi sifu dan tunjuk ajar kepada blogger muda dan masih baru.
Macam mana ini berlaku?. Begini. Ia lebih berkaitan kepada point no 2 tadi. Jika bahan blog anda lain dari yang lain dan banyak membantu blogger dan pengguna internet, sah-sah anda akan jadi sifu kepada adik-adik yang baru nak kenal apa itu blog. Seperti aku, personally, aku sukakan blog Bro Eyriqazz. Walaupun kadangkala isinya macam terlampau peribadi, tapi hey, bila anda sudah popular, apa-apa aje yang anda tuliskan sudah pasti akan ada yang komen  dan memberi maklum balas. Contoh yang lain adalah blog Bro Ben Ashaari, iklan penuh sepah-sepah sana sini. Isi nak cerita seciput je, tapi yang generate minat untuk membacanya berapa orang? ramai bukan. Dan orang  tak kisah pun blog diorang bersepah-sepah dengan iklan asalkan ramai yang dah percaya yang blog mereka adalah blog contoh. Ada juga blog yang kemas dan lagi ilmiah seperti blog saudara Ariff.Shah. Blog ni blog yang kemas dan ada gaya penulisan tersendiri. Aku sukakan blog.Ariff ini dan memang aku tak miss satu entri dia. Cuma, lagi banyak kita terokai blog-blog yang ada di Malaysia ini, lagi banyak sumber dan hala tuju yang boleh korang pilih untuk dijadikan rujukan untuk memantapkan blog anda.

5.  KL rock!!
Ok, alasan ke 5 ni takde kena mengena dan lari dari tajuk. Cuma jika anda bawa title KL tu, orang akan kata, pergh, org KL tu. Dan otomatiknya anda jadi tumpuan, gaya dan style anda diperhatikan. Disebabkan anda diperhatikan, anda secara tak langsung akan tingkatkan prestasi anda untuk jadi seperti ekspektasi orang disekeliling anda.

OK, itu saja yang aku dapat katakan disini bahawa jika anda di KL, peluang anda untuk jadi lebih popular, lebih kaya dan lebih perhatian adalah lebih baik daripada mereka yang duduk di bandar kecil, pekan, kampung dan pendalaman. Ini adalah pendapat peribadi, sila bidas jika tidak setuju, sila sokong jika anda akuinya. :) Happy blogging blogger!

10 comments:

  1. well awesome juga, walaupun sekarang blaja kat cyberjaya dekat2 dah ngan KL..hmm.. xde la hebat mana pun...

    semua tempat ada kelebihan. KL kan ibu kota.. so no wonder la kan..
    kenapa? ingat xde org suka ke entry pasal kampung2, pemandangan?
    even sometimes people kat KL pun suka bc entry pasal kampung.. mana tau kan? :)
    anyway done follow you :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyela, tapi saya sendiri tak tahu blog pasal kampung2 yang best dan santai.. ada suggestion boleh share?

      Delete
  2. setuju2.. lg2 kalau dkt dgn tmpt event bestlaaa.. klo mcm wyg tu biase mlm kn, klo x jauh ok la blh join

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, memang nampak best kan blogger yang dapat pergi sana sini cover story

      Delete
  3. Tak semestinya juga,kalau nak popular cuba letak gambar tuan blog yang lawa sekali,editla apa yang patut.Banyak blogger pompuan yg popular meletakan gambar mereka yg lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itupun satu point yang bernas jgk. Tgk je la mcm Fatin Liyana ek

      Delete
  4. Point tu ada...tapi kalau bawak cerita tentang hutan pun menarik juga,contoh cerita kancil,cara buru kancil,cara tangkap burung wak2,cara jerat landak,sure ramai yg tak tahu,cara tembak ikan,tapi kalau pandai olah,boleh jadi cerita yg menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Tapi adakah kita akan buat entri sebegitu?

      Delete
  5. hehe,ada setengah part aku setuju contoh macam event2 yang menarik di kl,ada 2-3 event juga aku dijemput tapi tak terdaya untuk pergi atas faktor kerja.yang rugi nya sebab tak dapat paid advertorial kerana tak pergi event.hmm..tak kisah lah,rezeki ada dimana-mana.nak cakap blogger kl hebat?tak kot.banyak lagi blogger yang dasyat berada di luar kl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang diakui tak semua blogger di KL hebat. Cuma advantage diorang banyak dari kita yg kat luar KL

      Delete