Pages

agoda.com INT Lazada MY

Betapa bertuahnya kakitangan kerajaan

Salam kepada semua yang sudi baca blog US ini. Aku hanya nak luahkan rasa bersyukur menjadi kakitangan kerajaan. Bukannya aku tak bersyukur selama ini, cuma setelah hampir 6 tahun bekerja , barulah aku dapat buka mata betapa menjadi kakitangan kerajaan adalah suatu kelebihan. 

Kenapa aku katakan menjadi kakitangan kerajaan adalah satu kelebihan?? Berikut adalah sebab-sebabnya:

1. Pernah tak korang terfikir yang diluar sana ramai nak makan gaji dengan kerajaan.
Ok, kita berbalik kepada sistem pendidikan kita, dari sekolah rendah hingga ke menengah, suka ataupun tidak, sistem pendidikan kita memanglah berpaksikan peperiksaan. Selepas mendapat keputusan yang cemerlang, kemana hala tuju kita? Tentulah ke kolej mahupun universiti. Betul x? Itupun jika keputusan kita dapat waktu SPM baguslah. Selepas universiti , kemana? tentulah ke alam pekerjaan. Di saat ini memang kita akan sangat memilih, ialah ianya masa depan dan periuk nasi kita. Jika di universiti bidang yang kita belajar tu high demand in work market. Baguslah. Jika tidak, back to square one. Kebiasaannya, terutamanya Melayu ramai yang memilih untuk bekerja dengan kerajaan. Biasala, for every own reason and opinion. 

2. Kerajaan memberikan banyak peluang kepada kakitangannya.
Jika sentuh bab peluang ni memang best, dari peluang melanjutkan pelajaran hinggalah latihan yang disediakan. Bayangkan jika anda mengambil bidang yang agak pelik di universiti and end up xde jawatan in reality life dan terfikir nak jadi PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik). Anda boleh dapat second chance itu jika anda betul-betul berdedikasi dan komited terhadap minat dan impian baru anda ini. Kerajaan ada menyediakan latihan kepada kakitangannya khususnya di INTAN (Institut Tadbiran Negara) untuk memantapkan anda dan membuatkan anda boleh memikul tanggungjawab terhadap tugas dan peranan yang telah diamanahkan kepada anda. Aku suka ke INTAN. Setiap tahun mesti sekali aku nak pergi ke sana. Sebabnya, banyak kursus yang aku boleh hadiri untuk peningkatan diri. Biasanya, kursus yang terarah kepada kepimpinan dan management yang paling aku minat. Bayarannya?? RM 30 je. Itupun boleh claim semula. Kiranya, kita pergi belajar free  je. INTAN di Bukit Kiara memang tempat yang paling aku suka. Sekiranya anda semua nak lihat apa yang kerajaan nyatakan dalam polisi-polisi mereka, datanglah ke INTAN. Semuanya dibuat sebab ianya menjadi contoh kepada agensi-agensi kerajaan yang lain. Peluang seperti sambung belajar itu pun memang ada. Cuma kena ikut giliran la. Tapi ianya tetap ada utk anda capai. Baguskan?

3. Banyak keistimewaan yang diberikan.
Ini bukannya apa, dari korang bersalin hinggalah bercuti dengan gaji penuh berjalan. Hebatkan? Cuti bersalin dah boleh 90 hari. Cuti sambung belajar bergaji penuh pun anda boleh dapat. Kalau anda isteri yang ikut suami sambung belajar, anda juga boleh cuti selama 3 tahun tanpa gaji tetapi jawatan anda masih dikekalkan di tempat anda bertugas. Tiada siapa yang ganggu jawatan anda itu. Kelebihan ketika anda sakit dan dimasukkan ke wad juga menjadi keistimewaan yang perlu kita syukuri.

4. Kalau negara bertambah makmur dan maju, bonus dan naik gaji tentu ada.
Aku taknak bandingkan dengan kawan aku yang kerja bank yang bonusnya 6 bulan setahun jika bank setahun. Cuma aku nak katakan yang pada masa-masa 'baik', akan ada imbuhan untuk setiap kakitangan kerajaan. Jika kakitangan kerajaan naik gaji, siapa yang untung? tentulah setiap rakyat Malaysia akan untung. Peniaga untung, bank untung ialah ramai yang akan buat loan sana sini, shopping sana sini. Janganlah bila kakitangan kerajaan naik gaji sahaja, pekerja swasta bising tak tentu hala kata kerajaan tidak adil. Semuanya akan dapat nikmat itu sama-sama. Sekarang pun kerajaan berusaha hendak implemen gaji minimum untuk pekerja swasta. Cuma terpulang kepada majikan swasta sahaja. Tentu akan datang, keadaan akan jadi lebih baik. InsyaAllah.

5. Menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan masa depan terjamin
Kakitangan kerajaan akan dapat pencen selepas bekerja untuk sekian lama, imbuhan caruman ataupun imbuhan-imbuhan lain yang berkaitan. Ini semestinya meringankan sedikit beban sewaktu zaman tua nanti. Ada pencen sebagai pendapatan tetap untuk kelangsungan hidup bersama keluarga.

Sebenarnya banyak kelebihan menjadi kakitangan kerajaan cumanya setiap apa yang kita lakukan hendaklah ikhlas dan bersungguh-sungguh. Sekiranya hanya menjadi kakitangan kerajaan yang asyik makan gaji buta sahaja adalah tidak wajar dan tidak baik. Sebab golongan sebegini yang merosakkan imej kakitangan kerajaan itu sendiri. Jika dulu, orang pandang pegawai kerajaan dengan pandangan yang tinggi dari segi nilai hormatnya. Tapi kini, tidak lagi, mereka pandang kita seperti kebanyakkan daripada mereka. Semata-mata mencari rezeki untuk sesuap nasi sahaja. Tiada apa kelebihan daripada mereka seperti dahulu kala. Kadang kala perkara sebegini yang aku sedikit terguris disebabkan segolongan yang hanya mementingkan diri sendiri, semua kakitangan kerajaan terpaksa dipalitkan dengan dakwaan yang sgt generalize. So, kepada kakitangan kerajaan diluar sana, bekerjalah dengan sebaik mungkin, seikhlas mungkin, jangan pentingkan diri sendiri dan bekerjalah dengan sejujurnya agar setiap dari mereka diluar sana menghargai kita semua.

Akhir kata; 'Hidup ini adalah simbiosis'

3 comments:

  1. Kerja kera jaan,berdasarkan kebajikan,dan swasta berasaskan keuntungan,

    ramai org melayu tertarik henak kerja kerajaan,sedangkan org bukan melayu lebih senang berniaga/kerja sendiri.

    sehinga ekonomi malaysia di pegang oleh mereka,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula, ada yang sependapat begitu. ada yang tidak

      Delete
  2. kerja kerajaan gaji ciput. orang cina berlumba-lumba kaut ekonomi negara, melayu dok sibuk nak keje kerajaan. Sedey ako tgk bangsa ako bangsa miskin n x berdaya saing. terlampau selesa, cukup sekdr cukup mkn. ciner pakai kete besar, umah besar, kehidupan anak2 terjamin besarkn empayar perniagaan nak banding ngan kerajaan cam sampah. Bangkit ar org melayu. Dulu Melaka n Srivijaya datuk moyang kiter pn hebat sbb perniagaan berasaskn maritim bknnyer cucuk tanam. say no to attitude "xper ar cukup mkn, alhamdulillah" hidup hanya sekali, perkasakan ekonomi melayu dan islam

    ReplyDelete