Pages

agoda.com INT Lazada MY

Bila pergi kedai servis kereta....

Ah..ingin aku nak ceritakan apa yang berlaku pada Ahad lalu. Tiada yang menarikpun berlaku cuma kisah yang berlaku di kedai tayar Michellin di Seri Manjung.

Isteri : Abg, bila nak pergi buat alignment? weekend nanti nak pergi KL.
Aku : Okla, nanti abg pergi petang nanti.

Petang.
Isteri : Abg, bangun, pergi kedai servis tayar kereta tu?
Aku : Arghhh! (mengeliat) Ok,ok lepas solat kang abg pergi.

Di kedai tayar.
Aku : Buat alignment saja bos?
Amoi : Haiya en, tayar sudah botak. tak mahu tukar?
Aku : Botak ke? Erm..memang botak. Berapa harga satu tayar?
Amoi : Guna Michellin ya En, satu harga RM  250 kasi satu tayar.
Aku : (Check semua tayar)
Amoi : Mahu tukar 4 tayar ke?
Aku : (memang botak sampai nak nampak benang dah). Okla Amoi, lu tukarkan saya 4 biji, tapi satu tayar ni trade in. Sebab aritu baru tukar sebab kena paku dan pecah.
Amoi : Okla kalo mcm tu.
Abis cabut semua tayar.

Pada mulanya aku hanya nak buat alignment je. Memang ada rasa  steering dah lari ke kiri. Sampai je kena tukar pulak. Ape boleh buat. So, itula nasib memliki kereta ini. Kalau korang tenga terfikir-fikir nak beli kereta, fikir masak-masak. Walaupun kadangkala installment murah, kena juga ingat yang maintainance kereta tu juga. Itulah hidden cost memiliki kereta. Dipendekkan cerita, semua total yang aku bayar pada kedai tu adalah RM 1200. Perasaan aku? Memang puas hati sebab kedai Michellin di Seri Manjung ni memang berikan servis terbaik dan nasihat kepada pelanggan. Cuma agak mahal berbanding kedai lain. Tapi kadangkala berbaloi sebab kedai ini sahaja yang satu-satunya kedai yang beroperasi pada hari Ahad. So, agak convinient la kalau nak servis tayar disini. Hujung minggu boleh pergi. Takdela ponteng kerja gi servis tayar.

Kenapa aku pilih Michellin? Sebab terpengaruh dengan iklan di TV . Biasala. Alah, kalau korang search website Michellin, ada di nyatakan kebaikannya. Tayar Michellin ada warranti selama 6 tahun. Tayar jenama lain ada ker?

1 comment:

  1. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

    Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...

    ReplyDelete