Pages

agoda.com INT Lazada MY

Blog Blogger Famous Eyriqazz : Apa yang kamu belajar darinya?

Salam untuk semua. Entri ini sepatutnya telah lama aku 'publish' sekitar tahun 2011 dahulu lagi. Tapi apakan daya, nak publish macam mana jika entrinya pun tidak dikarang lagi. Dahulu, aku ada meminta kebenaran daripada Blogger Eyriqazz untuk review blog beliau yang aku rasa sangat penting untuk blogger-blogger baru seperti aku contohi. Kenapa bukan blog orang lain? Bagi aku, blog Eyriqazz adalah blog yang mudah 'difahami' kerana menggunakan platform blogspot (maafkan aku jika salah). Dan pada aku, sebab aku tidak faham wordpress, maka aku andaikan yang blogspot lebih mudah untuk difahami dan dikuasai (walaupun aku mengaku yang aku sendiri pun xkuasainya sepenuhnya lagi).
Emel aku minta permission drpd Eyriqazz

Entri ini hanyalah untuk aku kongsi apa yang dapat aku belajar daripada pemerhatian aku berkenaan blog Blogger Eyriqazz tersebut. Untuk blogger-blogger baru seperti aku, cuba fikirkan apa yang aku hendak kongsikan ini:-

1. Eyriqazz juga bermula dengan 'sedikit'.
    Cuba anda lihat di 'Blog Archive' blog eyriqazz. Dan jika dilihat entri yang ada pada tahun 2003 hanyalah sebanyak 4 buah entri sahaja!. Seriously, macam kau, kau, kau lagi dan aku waktu mula-mula kenal blog. So, dah ada satu persamaan dengan beliau dah. Orait, next apa yang perlu anda 'terjah' lagi. Yes! tepat sekali, isi kandungan entri beliau pada tahun 2003 tersebut. Apa yang dapat korang belajar?. Yup, tepat sekali. Gaya penulisannya yang berterabur, berselerak, tiada titik noktah dan tanda koma yang bersistematik. Isi kandungan? Terpulang kepada empunya blog. So, dah ada 2 persamaan dah. Pendek kata, janganlah korang rasa 'inferiority complex' pulak. Banggalah dengan blog anda sekarang.
 
2.  Eyriqazz juga 'syok sendiri' macam kau dan aku.
     Cubalah anda buka entri lama-lama beliau lebih-lebih lagi pada tahun awal-awal penubuhan blog eyriqazz. Entrinya di UK lebih macam syok sendiri yang tiada 'makna' untuk pembaca blognya bukan? So, dalam erti kata lain, blogger Eyriqazz mungkin ketika ini sedang cuba memahami dunia blogging dan maksud kenapa perlu serius berblog. Ialah, jika tujuan utama tiada, maka hala tuju akan kosong. Yang penting, walaupun syok sendiri, Eyriqazz tetap meneruskan berblog walaupun 'kosong' dan tiada jiwa. Lihat tahun 2003 (4 entri), tahun 2004 (10 entri), tahun 2005 (10 entri) dan seterusnya.
 
3. Eyriqazz benar-benar 'kick off'  selepas 6 tahun berblog. Yup, selepas 6 tahun! 
   Aku tak pasti adakah ianya benar, cuma dari pemerhatian aku, entri daripada Eyriqazz mula semakin banyak dan konsisten bermula tahun 2009. 6 tahun beb baru dapat semangat dan 'feel' untuk teruskan berblog secara serius. Ketika ini, mungkin beliau telah mendapat 'hidayah' dan 'pembuka mata' daripada orang-orang disekeliling beliau untuk terus gigih berblog. Eyriqazz dah temui caranya. Anda dan aku pula macam mana?

4. Eyriqazz menyusun strategi posting bilangan entri minimum 60-90 sebulan!
    Jika dilihat dan diperhatikan jumlah entri Eyriqazz semenjak tahun 2010 ke atas, tidak kurang daripada 60 entri sebulan di post oleh beliau. Ini menunjukkan bahawa entri yang banyak menyumbang kepada traffik yang mencanak-canak. Mungkin anda tidak baca entri terbaru di blog Eyriqazz. Mungkin anda baca entri tahun 2009. Dan begitulah sebaliknya untuk penggemar dan pembaca tegar blog beliau.

5. Eyriqazz dan Geng Tali Barut?
    Pada aku, kewujudan geng Tali Barut adalah salah satu langkah yang genius. Kenapa genius? Jika dalam perniagaan, ia bolehlah disamakan dengan strategi lautan biru. Lor, pulak, Apa kena mengena Blue Ocean Strategy ni pulak. Tak faham la. Tak faham klik sini. Kewujudan Geng Tali Barut hanya akan melonjakkan lagi glamour ahli-ahlinya. Ianya semacam 'executive club' untuk sesetengah jutawan-jutawan di luar sana. Bila anda menganggotainya, anda akan rasa privilege 'dipuja' dan dikagumi walaupun sebagai ahli, anda tidaklah sepopular mereka yang juga ahlinya yang lain. Pendek kata, jika anda dikaitkan dalam entri blogger Eyriqazz, anda akan dapat perhatian yang sama dari kalangan penggemar blog. Good job for this initiative! 

6. Eyriqazz suka anjurkan contest.
    Ok, yang ini tidak perlu dipertikaikan lagi, jika anda ada rezeki lebih dan hendak share dengan pembaca anda, anda boleh teruskan. Ianya tidak merugikan pun, hanya akan menambahkan peminat anda. Cubalah :)

7.  Eyriqazz dikelilingi oleh blogger-blogger 'ternama' yang lain. So, kita juga perlu ke arah itu. Setuju? Tapi bagaimana?
     Menjadi yang terawal menyedari keuntungan berblog memang sangat bertuah. Mereka akan sentiasa menjadi bahan rujukan untuk generasi baru tahu cara berblog. Hasil kesabaran mereka sememangnya membuahkan hasil seperti sekarang. Tanyalah Eyriqazz sendiri, berapa side income yang beliau perolehi. Cecah 4 angka sebulan. Itulah berkat kesabaran dan percaya dengan kuasa blog. Dan menjadi otai dengan caranya sendiri membuatkan beliau dikelilingi oleh blogger-blogger yang seangkatan dengannya. Aku taknak samakan beliau dengan blogger Fatin Liyana yang memang ada kelebihan yang Eyriqazz tiada. Takkan Eyriqazz nak bersolek kasi nampak cun macam FL. Sebab inilah aku lebih suka ikut blog Eyriqazz yang bagi aku simply down to earth dan 'dekat' dihati blogger-blogger biasa macam aku dan marhain. Bagaimana nak tempatkan diri bersama blogger glemer macam diorang, senang je, back to basic Senior Junior situation, jika rasa diri tu Jr, rendahkan diri belajar dari Sr. Senang je. Janji sabar. Banyak dugaan yang akan datang menduga.

8.  Eyriqazz tidak mudah putus asa dan tahap motivasinya sangat tinggi.
     Ini salah satu kriteria yang membuatkan aku kagum dengan Eyriqazz, setiap kali entrinya akan berkisahkan berbagai-bagai cerita. Akan ada kata-kata semangat dan juga dorongan untuk pembacanya. Yup, aku akui blogger seperti Eyriqazz sudah merasai nikmat blogging. Banyak hadiah dan kemahsyuran yang dah dikecapi. Tapi tidak salah untuk kita kagumi semangat dan motivasinya yang tinggi. Ini hanya dapat membantu kita untuk terus berblog demi masa depan. (Ayat macam politician pulak, cess).

9.  Eyriqazz sentiasa 'adakan' masa untuk blogging. Kau dan aku takda masa, macam mana?
     Aku tak pasti macam mana Eyriqazz bahagikan masa dengan kerja dan familinya. Kadang-kadang terfikir juga, takkan isteri dia tak menyampah yang Eyriqazz asyik-asyik dengan laptop. Balik umah lepas kerja cari laptop. Malam dengan laptop. Siang laptop. Pendek kata, makan minum tidur bangun semuanya dengan laptop. Macam mana dia bahagi masa weh? Kalau orang biasa, sure kena tidur luar punya. So, aku suspect beliau adakan masa khas atau 'dedicated time' untuk menulis seberapa banyak entri yang boleh termasuklah yang karut marut dan setkan schedule postingnya. Or, mungkin beliau ada gadjet yang super mantap seperti iPad or Samsung Galaxy whateva untuk tulis entri dan post kan di blog beliau. But, deep down inside me, jika ada gajet canggihpun still time consuming. Manusia hanya ada masa 24 jam. Kau dan aku miliki masa yang sama. Macam mana masa diuruskan itulah yang paling penting. Jika Eyriqazz menulis entri seperti kau dan aku insan-insan marhain, aku respect dan hormat pada isterinya yang banyak bersabar demi hobi dan sumber pendapatan sampingan blogger Eyriqazz.

10.  Eyriqazz is a brand!
     Sama ada korang setuju atau tidak, aku tak peduli. Bagi aku, Eyriqazz adalah satu jenama. Jenama yang bakal meletup-letup dan menghasilkan pulangan yang lumayan. Bertuahnya Alisya kerana bapanya telah siapkan platform dan foundation rezeki tambahan untuk beliau besar kelak. It is really interesting to see how his daughter will continue his legacy after you know...Eyriqazz tiada lagi Or sudah tua tak larat menaip lagi. But, for now, for me, Eyriqazz is a brand. Everybody want to read and know about Eyriqazz. I pray for the best to Eyriqazz. Memang banyak dapat manfaat dari blog beliau.

So, cukuplah 10 point aku kupas untuk penelitian dan pembelajaran bersama. Selamat Hari Buruh untuk semua!!

22 comments:

  1. As salam bro,

    serius teruja baca entri bro....

    By the way, hadiah2 pedometer bro dah terima..cuma, contestnya blom buat lagi..InsyaAllah akan dibuat lepas contest2 yang sedia ada dan habis..sedang fikirkan mechanism supaya dpt berikan win-win situation,...

    Kalau saya untung, awak tak terima apa2, tak fair la kan? Maaf atas kelewatan itu...Kalau ada idea utk contest yang sesuai utk hadiah yg bro sponsor itu, bolehla e-mailkan juga ke iman1237@hotmail.com ...two brain is bigger than one brain kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro,

      Tak mengapa. No hal punya. Itu hal kecik saja. Company yang bagi lagipun. Kalau nak lagi, saya boleh beri lagi. Kasi ramai pemenang. Macam mana?

      Delete
  2. Hundred persen nurul setuju... My senior & my sifu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertuah anda dapat jadikan bro eyriqazz sifu. Saya sifu tgk dari kejauhan je la

      Delete
  3. hehe tula pasal, aku pulak tak ingat bila aku dpt link blog dia tu. so kdg2 baca gk blog dia, terutama post pasal makan2.. haha..

    ReplyDelete
  4. terbaik..!!! -GTB member's-

    ReplyDelete
  5. saya pun suka baca blog eyriqazz ni, memang best, simple dan mudah faham, tapi belum sampai taraf dia lagi le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula kelebihan bro eyriqazz. Memang terbaik dari ladang

      Delete
  6. Dan sememangnya EYRIQAZZ tidak pernah jemu atau kedekut nak kasi ilmu dan tips... cuma tanya sahaja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kah? Tunggu masa bila saya dapat jumpa dia. Akan ku korek sampai tinggal tulang. Itupun kalau saya kene pindah ke KL

      Delete
  7. eyriqazz adalah salah satu blog yang wajib dibawa setiap hari.. sumber ilhamku.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dibawa? Dibaca kut. Memang. Addicted.

      Delete
  8. wow bagus entri ni..sememangnya eyriqazz seorang blogger yg humble dan low profile..ttp blog dia very highprofile

    ReplyDelete
  9. setuju dgn 10 point yg awak kupas...dari mula saya kenal dunia blogging, memang blog bro eyriqazz nie lah tempat saya menimba banyak ilmu berblog dan yg paling saya respek dgn dia, walaupun dah glamer dia masih macam dulu. yg penting dia masih sudi melawat blog kita dan meninggalkan komen.

    ReplyDelete
  10. Terpukau dengan point2 yang dikemukan. Betul. Bila tengok balik entry sendiri yang lama, rasa macam budak2 je. Tulisan kecik besar haha.

    Sekarang ni takdelah pandai sangat berbblog, tapi sekurang2nya mungkin ada kematangan dalam penulisan hehe

    ReplyDelete
  11. hahah..kalo tengok entri mula-mula tulis dulu segan pulak nak baca..maklum la baru nak belajar..singgah balik blog ne..sekarang ne eryqazz dah jadi top blogger. nice entry :)

    Jadikan Blog Anda Do Follow Untuk Dapat Automatic Backlink

    ReplyDelete