Pages

agoda.com INT Lazada MY

Siapa mahu cendol percuma? : Cendol Bakar!!!

Kalau anda berpeluang atau teringin datang ke Lumut atau Pulau Pangkor melalui jalan 'kampung' dari KL, sudah tentu jalan yang dipilih adalah jalan KL-Kuala Selangor-Tg Karang-Sekinchan-Sabak Bernam-Lumut. Dan sekiranya anda melalui Lebuhraya LATAR (salah satu exit masuk di Templer Park), anda boleh terus keluar di Ijok. Di Ijok, ada satu gerai cendol yang dinamakan Cendok Bakar. Sempena nama pemilik perniagaan tersebut. Apa yang specialnya cendol ini? Tgk gambar dibawah. Cendol ini boleh direfill beberapa kali yang anda suka, jika anda orang yang tidak berkemampuan dan kurang upaya, anda boleh menikmatinya secara percuma sahaja dengan hanya menunjukkan  kad pengesahan anda. Menarik bukan?

'Saya ingin semua merasai kenikmatan cendol ini dengan tidak mengira usia, bangsa dan kemampuan' - En. Bakar.

Jika difikirkan semula, dah semua bagi free dan refill pun free (bukan takat refill santan atau gula sahaja, kacang, pulut, durian dan segala-galanya boleh refill percuma) macam mana perniagaan En. Bakar ini boleh buat untung? Anda tersilap,  berkat konsep sebegini yang telah diperkenalkan, perniagaan En. Bakar berkembang pesat sehinggakan mampu membuka 5 cawangan diserata negeri di Malaysia. Jika yang berkelapangan, singgah minum cendol ini. Memang berbaloi-baloi!.


Jom datang ke Lumut beramai-ramai. Ada Pesta Laut Pangkor dan Lumut diadakan. Info sini.



Meh rasa keenakan Cendol Bakar!

Senarai Harga Menu

Nampak sedap tak? Santai je

Kedai bawah pokok je. Tapi Nyaman

Banyak yang percuma di sini

2 comments: