Pages

agoda.com INT Lazada MY

DSA 2010 : Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan

Salam untuk semua, kalau anda ada membaca surat khabar 2 3 hari yang lepas, sudah tentu antara tajuk berita yang menarik perhatian adalah Pameran Pertahanan Asia ataupun DSA 2012. Mungkin tajuk ini tidak menjadi pilihan utama anda seperti pratonton dan pelancaran terbaru kereta nasional terbaru iaitu Proton Preve. Tapi pameran pertahanan ini penting dalam memajukan industri pertahanan negara yang mana hanya diadakan 2 tahun sekali. 
Adiwira: Antara kenderaan pertahanan keluaran Malaysia


Aku cuma ingin kongsikan bersama anda pengalaman aku sebagai salah seorang pegawai yang di lantik khas untuk mengiringi VVIP a.k.a Panglima-panglima Tentera daripada negara yang mengambil bahagian. Aku ditugaskan untuk menjadi Liaison Officer untuk Director Medical Service, Sri Lankan Army. Aku bersama tim aku yang terdiri daripada Navy, Air Force dan Army Officers ditugaskan untuk menjaga kumpulan ini bermula dari jejaknya kaki mereka di bumi Malaysia sehinggakan mereka pulang ke Sri Lanka. Disebabkan medical background yang aku ada, aku secara automatiknya di kerah untuk menjaga segala bagai perkara daripada Pengarah Perubatan Tentera Sri Lanka itu tadi.

Bersama Brig Gen K.P Sumanapala
Apa yang aku nak kongsikan disini ialah, disebabkan Sri Lanka adalah negara yang masih bergolak dengan peperangan saudara, sudah semestinya isu keselamatan menjadi tugas dan perhatian yang wajib kami semua capai dan faham. Tim aku didatangkan dengan pegawai polis dari unit risikan khas yang membantu kami demi kelancaran dan keselamatan delegasi daripada Sri Lanka. Bukan aku nak bangga diri, sewaktu di KL yang anda semua tahu betapa sesaknya traffik ketika waktu puncak, delegasi kami semua diberi satu kenderaan untuk setiap VIP dan diiringi oleh polis trafik. Macam ahli politik je aku rasa lepas semua kenderaan terpaksa ketepi untuk berikan laluan untuk delegasi kami.

VIP dengan pemandu yang terbaik
Sebagai  duta kecil untuk negara Malaysia ku yang tercinta, sudah pastinya aku menjaga VIP ku sebaik mungkin. Disebabkan ini adalah kunjungannya yang pertama di Malaysia, aku pastikan yang ia menjadi pengalaman yang manis untuk dia bawa bersama ketika pulang ke Sri Lanka. Tempat penginapan adalah di Shangri La Hotel, KL yang semuanya ditanggung beres oleh pihak penganjur. Kereta diberikan dengan pemandu peribadi. 

Lepas ni minum Teh Sri Lanka. Sedap tuh
Tugas aku hanya membawa VIP ku mendapatkan informasi di pameran selain berinteraksi dan bertukar-tukar hubungan strategik dengan delegasi daripada negara lain. Selepas selesai tugas seharianku, bermulalah aktiviti tambahan yang dirancang oleh Kedutaan Sri Lanka di Malaysia. Aku mengiringi VVIP daripada Sri Lanka ini berjumpa dengan tokoh-tokoh perniagaan hebat di hotel-hotel eksklusif dan peribadi antaranya Tan Sri Ananda Krishnan (Off Course aku tak terlibat) tapi aku kena jadi bodyguard. Tugas negara beb!.
Jenuh menunggu

Apa-apa pun memang best pengalaman itu. Dibantu pula dengan promoter booth yang seakan-akan pelakon Liyana Jasmay. Huhu. Makin bersemangatla ek. Apa-apapun, sebagai duta kecil walaupun untuk tugas ape pun, kita haruslah memaparkan tingkahlaku terbaik demi negara yang tercinta. 

Saper yang tak pernah pergi pameran DSA. Pergila sekarang! tak rugi punya.

No comments:

Post a Comment