Pages

agoda.com INT Lazada MY

Harga bilik RM 530 boleh jadi RM 179. Macam mana buat?

Holiday Villa and Suites, Subang Jaya

Rasa nak mempoyokan diri pula cerita pasal bilik-bilik hotel ni. Semalam aku dengan wife ada berbincang untuk ke Putrajaya pada Khamis ini untuk setelkan urusan tanah yang dibelinya. Sudahlah harga tanah yang dibeli bernilai RM 14+ K lebih, maka eloklah diri sendiri turun berjumpa tuan tanah untuk setelkan jual beli. Masalahnya, last minit baru plan nak pegi. Macam biasala, planning last minit ni memang best. Aku sendiri pun suka.

Disebabkan kali ni kami bertiga yang pergi dan bukannya berdua seperti 'percutian' ini. Maka eloklah aku booking bilik hotel untuk menginap. Anak aku Aliya mesti suka berjalan selepas ditinggalkan hari tu. Semalam, aku browse internet cari hotel-hotel yang dekat dengan Putrajaya. Semuanya mahal-mahal belaka, kalau yang murah pun hanya butik hotel yang jauh dari lokasi yang ingin dituju.
Lobby hotel

Browse dan terus browse terjumpa la satu website booking.com yang menawarkan harga-harga hotel yang berkaitan. Secara tidak sengaja, atau mungkin nasib aku yang baik, ada tawaran menginap di Hotel Holiday Villa and Suites, Subang Jaya yang jaraknya ke Putrajaya dalam 18 km. Not so bad la dengan harga RM 179 yang bagi aku berpatutan beserta sarapan pagi. Selepas confirmation booking dibuat, aku terus print salinan booking tersebut.

Tadi selepas pulang dari kerja, aku browse website hotel tersebut. Sekali buka memang aku tak percaya yang harga bilik paling murahpun RM 530. Difahamkan hotelnya bertaraf 5 bintang. So, aku cek sekali lagi harga semalam, memang sah RM 179. Memang rezeki anak aku la ni sebab kena tinggal aritu. Apa-apa pun. Alhamdulillah.
Aliya suka sgt ruang yang spacy mcm ni

Kepada yang masih tidak tahu tentang promosi yang ada di website-website berkaitan tentang harga bilik dan hotel, boleh layari website Agoda.com, Booking.com dan juga Groupon,Milk a Deal or Mydeal. Tinggal lagi, kita kenala buat keputusan yang bijak.

No comments:

Post a Comment