Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kawalan Racun : Tugas dan peranan Ahli Farmasi


Kawalan Racun : The Pharmacist’s Role

Sekiranya anda seorang Pharmacist, ini adalah nasihat yang sesuai untuk anda berkaitan kawalan racun. Walaupun kita diajar akta berkenaan racun dan dadah. Tapi kadang kala kita terlupa apa yang kita belajar. Betul tak? Kepada yang akan menduduki ujian forensik untuk lulus sebagai Ahli Farmasi, berikut adalah info yang mungkin dapat membantu anda memahami tugas dan peranan anda sebagai ‘yang arif’ berkaitan ubat-ubatan:

  1. Peranan utama seorang pharmacist di dalam aspek kawalan racun adalah aktiviti pencegahan (prevention).
  2. Tanggungjawab anda yang paling mencabar adalah pada non-prescription items (over the counter drugs or OTC).
  3. Pharmacist seharusnya menyediakan, menjelaskan dan mengkuatkuasakan arahan penggunaan ubat secara betul lebih-lebih lagi terhadap ubat yang ada bahan toksik.
  4. Mengutamakan kaedah yang baik untuk menyedarkan pesakit tentang bahaya ubat dan sampaikan semua maklumat selengkap-lengkapnya kepada pesakit.
  5. Wajar sekali membuat semakan atau mengesan produk-produk yang bermasalah ataupun kelemahan label kepada pengilang yang sepatutnya dan juga agensi regulatori.
  6. Membantu dalam menyedarkan masyarakat tentang kepentingan mengetahui maklumat ubat-ubatan peribadi seperti pameran kempen ‘Kenali Ubat Anda’ dan sebagainya.

Sumber : The Complete Solution, MIMS Pharmacy, 4th edition 2011/2012. Thanks to drug rep yang selalu bagi aku buku-buku rujukan kesihatan yang bagus. Boleh juga berkongsi dengan anda semua.

2 comments: