Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kenapa surirumah lebih berjaya dalam arena blogging?

Pertanyaan diatas sengaja aku tanya kepada pembaca blog ini. Dalam ramai-ramai kawan blogger aku, aku dapati blogger cum surirumah sepenuh masa lebih 'berjaya' dalam area blogging. Antara sebab-sebabnya yang aku rasa betullah seperti di bawah:

1. Lebih banyak masa untuk blogging.
Jika golongan seperti mereka masih belum mempunyai cahaya mata, blogging adalah caranya untuk habiskan masa sementara menunggu suami pulang dari kerja. Apabila masa yang ada banyak, maka lebih banyak pembacaan mengenai blog boleh dilakukan. Maka, secara automatiknya blog mereka lebih menarik dan teratur. Jika mereka mempunyai anak, masa yang ada di pihak mereka lebih banyak berbanding blogger separuh masa. Tetapi ada juga blogger yang mempunyai pekerjaan tetap tetapi masih berjaya menjadi blogger yang famous dengan isi kandungan blog yang menarik dan bermanfaat. Aku salute blogger yang sebegini yang dapat menguruskan masa dengan baik.

2. Topik yang  dibincangkan dan dikongsikan lebih menarik.
Aku tidak bermaksud yang topik blog anda dan saya tidak menarik, tidak sama sekali. Aku cuma ingin beritahu disini bahawa walaupun topik yang mereka kupas hanyalah topik picisan, tetapi disebabkan huraian dan penerangan yang jelas dan menarik menyebabkan topik-topik yang dibincangkan oleh mereka tidak seperti pepatah 'melepas batuk ditangga'. Setiap topik dikaji sebelum ditulis di blog. Bagus bukan sekiranya anda ada banyak masa.

3. Lebih ramai kenalan dan pengikut.
Ialah, aktiviti blogwalking akan lebih berlaku dikalangan mereka. Oleh sebab itu, pengikut mereka akan bertambah dari masa ke semasa. 

4. Mereka serius dalam blogging.
Kenapa mereka serius? Biasanya untuk menampung keperluan keluarga. Ada pendapatan tambahan untuk anak-anak dan keluarga. Setidak-tidaknya dapat membantu suami meringankan beban yang perlu ditanggungnya. Apabila mereka serius, mereka lebih teliti dan berstrategi untuk menjaga periuk nasi mereka dengan cara berblog.

5. Anda boleh tambahkan dalam ruangan komen di bawah jika ada yang saya tertinggal. Thanks :)

3 comments:

  1. yang pertama tu mmg btol. kalau kerja susah sikit, terikat dengan waktu kerja.

    ReplyDelete
  2. a ah, time anak tidur, boleh blogging....tak yah la stress nak buat kerja cepat...

    ReplyDelete
  3. Minat yang mendalam untuk menulis blog kot, .....

    ReplyDelete