Pages

agoda.com INT Lazada MY

Mahu menang Ultrabook Toshiba Portege Z830?Ini caranya.

Terlebih dahulu, bagi mereka yang tidak pernah mendengar perkataan Ultrabook, mesti tertanya-tanya seperti aku, apa benda Ultrabook ni? Bukan dah ada MacBook ke? Apa kejadahnya lagi dengan Ultrabook ni? Ahh..peningla nak ikut perkembangan IT ni. Itula inila..ntah ape ape aje.

Seriously, itula yang aku rasa bila first time terbaca pasal Ultrabook ni. Bagi aku, Ultrabook ni hanyala jenama sahaja. Tapi sebenarnya adalah laptop macam yang biasa-biasa kita ada. Benarkah apa yang aku rasa ni?

'An Ultrabook is a higher-end type of subnotebook defined by Intel. Intel has applied to register the name as a trademark. Ultrabooks are designed to feature reduced size and weight, and extended battery life without compromising performance. They use low-power Intel processors with integrated graphicssolid-state drives for responsiveness, and unibody chassis to fit larger batteries into smaller cases'  . Sumber Wikipedia.

So, itula maksud sebenar-benar Ultrabook. Ianya terkini, termoden, ternipis, terkuat dan teringan dalam kategorinya. Jika tidak, tidaklah dinamakan Ultrabook. So, lepas ni, bila terdengar je perkataan Ultrabook. Automaticnya 5 'ter' tadi mesti ada dalam fikiran anda. Ingat tu. Penat cikgu ajar ni. Haha
Pic Credit: Denai Hati

Yang menariknya, Blogger Sifu DenaiHati ada menganjurkan contest untuk anda menangi. Siapa yang tidak kenal DenaiHati kan? Takkan nak aku explain macam mana aku explain pasal Ultrabook tu. Korang menang nak kena debik ngan aku la kalau tak kenal siapa DenaiHati. Dah la identitinya sudah diketahui umum bak macam Toshiba Ultrabook Portege Z830 ni. Jengahlah  blog saudara DenaiHati untuk maklumat lanjut. Jangan ketinggalan. Sebenarnya entri ni pun untuk contest yang dianjurkan itu. Tapi aku still nak war-warkan kepada anda semua untuk sama-sama memeriahkan peraduan ini walaupun peluang untuk aku menang akan jadi semakin tipis senipis Toshiba Ultrabook tu tadi. haha. Slim wo..tak percaya tengok gambar dibawah. Yang paling penting, dengan anda menyertai peraduan ini, anda juga membantu mempromosi gajet hebat ini dan 'spread the words'. Jika Bro DenaiHati memilih anda untuk memenanginya, anda juga yang bertuah dan beruntung.

Kalau anda pernah lihat video dimana blogger-blogger otai bermain ping pong dengan Ultrabook, anda tentu tidak percaya. Gila, mana ada orang main ping pong guna 'laptop'. Anda silap. Sila lihat video ini. Perhatikan baik-baik, disitulah anda akan mengenali empunya blog DenaiHati. Dah kenal maka kenala cinta blog beliau. Sebab dia nak bagi anda hadiah. Wahaha. Ok tipu, aku terus letak video founder DenaiHati. Lagi senang korang nak kenalkan. :P. Yang main ping pong tu sila seach sendiri di YouTube.


Mantap bukan Ultrabook ni. Satu pengakuan yang aku nak buat disini, aku bukanlah seorang yang gilakan gajet seperti anda diluar sana. Aku hanya ada laptop Acer Aspire 4920 keluaran tahun 2008. Button keyboard pun ada yang dah tercabut. Agak menyedihkan sehinggakan isteri aku nak belikan aku laptop dan notebook yang baru pada hari lahir aku yang ke 29 lepas. Tapi selagi masih boleh digunakan, aku akan gunakan laptop ku itu walaupun keadaannya daif. Bagi aku, perkembangan dunia IT ini terlalu pantas. Sekejap sahaja akan berubah, dahulunya MacBook, kini Ultrabook. For me, It doesnt matter apa yang akan dikeluarkan selepas ini. Cumanya, aku harap anda semua membelinya sekiranya perlu dan bukan hanya sebab anda mahu, anda beli. Teknologi terkini mahal dan tentunya menuntut modal dan duit dari anda. Sekiranya anda berkemampuan, silakan. Tidak salah. 'Jangan beli teknologi semata-mata hendak menunjuk-nunjuk'- Itula yang aku katakan pada isteriku sewaktu dia beli Samsung Galaxy S2. Kadangkala teknologi boleh melalaikan.

Ok, back to the story, jika anda menang contest ini, andalah orang yang paling bertuah dan jika aku yang menang, pastinya aku berbangga tanpa mengeluarkan duit sedikit pun. Tambahan pula nama Ultrabook ni pun dah mengujakan lebih-lebih lagi siri Z830 tu. Dah macam cerita Dragon Ball pulak aku rasa. Memang betul-betul mengimbau kenangan duduk depan tv pagi-pagi dengan tak basuh gigi mengadap kartun Dragon Ball Z. Kini anda boleh bangun pagi tak gosok gigi mengadap Ultrabook Toshiba Portege Z830. How cool is that? Really cool brader...heh!

Bila berjalan keluar, anda hanya perlukan sedikit sahaja tenaga nak membawanya. Alah setakat berat 1.12kg, apala sangat. celah gigi je la. Ntah-ntah korang tak rasa pun yang korang sedang bawa Ultrabook ini. Kepada yang beratnya 100kg, jangan khuatir. Bila anda sampai tak perasan membawa Ultrabook ini sebab ringan sangat dan terduduk atau terjatuhkannya, jangan bimbang. Ultrabook ini dapat menyerap berat anda (sekiranya terduduk) dan tahan lasak. Tiada apa-apa yang berlaku kalaupun terjatuh. Tapi janganlah ko campak Ultrabook ini dari tingkat 18 rumah ko. Logikla sikit. Yang paling penting, jangan kena curi sebab tak perasan. hehe

Yerlakan, kalau semuanya tak perasan je. Mana bolehkan. Tapi bateri Ultrabook ni boleh menyebabkan korang perasan yang kenapa Ultrabook ni boleh bertahan selama 8 jam tanpa recharge tak macam laptop korang. Sebabnya ianya Ultrabook! bukan notebook bukan buku-buku sekolah yang lain. haha.. Ingat 5 'ter' yang cikgu ajar tadi. Ha, jangan lak buat-buat lupa. Cikgu tampar karang. Ops, tergarang pulak. Tergarang tidak termasuk dalam 5 'ter' tadi.

Sekiranya anda seorang blogger yang aktif dengan sukan-sukan lasak seperti 4 WD adventure yang konfem masuk hutan keluar hutan, redah sungai dan lecak segala bagai. Anda mesti tersenyum bila dapat tahu yang Ultrabook ini kalis air. Gila tak? Yup, aku ulang ianya kalis air. Tapi sampai 30 ml saje la. Janganla ko campak kan pulak dalam sungai. Macam yang tadi. Logik sikit. hehe.

Okla, malas aku nak sembang lagi. Masa sekarang pun dah pukul 7 pagi. Hari ini 19 Apr 12. Seluruh negeri Perak cuti sempena ini. So, pagi tadi Chelsea dah menang kalahkan Barcelona. Gembira tak ingat aku hari ini. What a perfect morning untuk dimulakan dengan aktiviti berbasikal seperti ini untuk aku pulak jadi Ultraman. haha.. kasi fit sket je. Perut dah maju kedepan dah.

Kepada yang nak tahu maklumat lanjut pasal contest ini, sila jengah blog  ini. Yang semuanya link ke blog DenaiHati. hehe. Cepat join peraduan ini yang akan tamat pada 23 April 2012. Buat keputusan pantas anda, kalau boleh sepantas satu saat. Sebab Ultrabook ini boleh paparkan window anda setelah anda on dalam masa kurang 2 saat. Dont believe it? Believe it then. Selamat berjaya rakan-rakan. :)

p/s: Hadiah contest tersebut bukannya Ultrabook Tosiba Portege Z830. Tetapi Toshiba Compact In-Ear Earphones EMI with Mic. Please jangan tersalah tafsir pulak ye. Tapi contest adalah contest. Join je la kan. hehe


p/s/s: My #toshibaultrabook wakes up faster than my Acer Laptop. hehe



No comments:

Post a Comment