Pages

agoda.com INT Lazada MY

Mana kau dapat no telefon aku ni?


Antara benda yang paling aku menyampah dalam hidup aku ialah panggilan misteri dari 'bank', syarikat 'insuran' ataupun scam yang ada di Malaysia mahupun luar negara yang aku sendiri tidak pernah berurusan dengan mereka.

Salah satu yang sebabkan aku angin satu badan ialah bila mereka telefon, tanya itu ini macam Polis dan senang-senang anggap yang kita setuju dengan produk yang mereka usahakan. Sudahlah ganggu masa aku yang tidak menentu ni, buat aku rasa agak jengkel.

Diharapkan agar mereka ini lebih memahami dan hormati masa aku. Jangan telefon aku jika aku tidak pernah berurusan dengan korang. Dan kepada firma-firma yang pernah aku berurusan, janganlah senang-senang korang jual maklumat peribadi aku sesuka hati korang tanpa pengetahuan aku. Kalau korang jual jugak, bak mai 25% bahagian aku. hehe

Aku bukannya orang kaya yang boleh layan semua produk dan perkhidmatan yang korang cuba berikan. Tolong ya!!

No comments:

Post a Comment