Pages

agoda.com INT Lazada MY

Pendapat aku berkenaan isu PTPTN

Kecoh di surat-surat khabar berkenaan ada ura-ura dan cadangan pemansuhan PTPTN untuk para pelajar yang menuntut di institut pengajian tinggi. Bagi aku isu ini tidak lebih daripada sebuah retorik daripada puak-puak tertentu untuk meraih keuntungan bagi pihak mereka. Aku taknak menyentuh isu politik yang menyelubungi isu ini. Hanya ingin memberikan pendapat aku sahaja.

Bagi aku, daripada kita sibuk nak perjuangkan hal PTPTN, lebih baik kita perjuangan pengurangan cukai yang dikenakan terhadap kita. Lebih-lebih lagi cukai makan, cukai perkhidmatan dan cukai-cukai selainnya yang berkaitan. Sebagai contoh, kita terpaksa bayar cukai 4%-6% untuk setiap pembelian McD, Pizza Hut dan KFC yang bagi aku sangat menjelekkan aku. Aku bukanlah nak terlalu kritikal tentang isu cukai ini. Tapi realitinya ada dalam kehidupan kita semua. Bukan hanya kepada pelajar, tapi kepada penggemar restoran makanan tersebut.

Jika kita berjuang untuk memansuhkan pinjaman PTPTN memang aku tidak setuju sama sekali. Mana mungkin kita dapat duit free lepas tu satu sen pun taknak membayarnya semula. Itu hanya membuatkan kita ni hanya mementingkan diri sendiri sahaja dan bukannya generasi akan datang  yang mungkin dapat faedah daripada tabung tersebut. Tetapi sekiranya kita berjuang memansuhkan caj perkhidmatan yang dikatakan tinggi itu, aku bersetuju. Tapi adakah kita lupa yang kita hidup dalam sistem kapitalis yang mengejar keuntungan sahaja walaupun ber'topeng'kan kebaikan.

PTPTN pada aku amat relevan kerana ianya memberi peluang kepada semua warga Malaysia untuk menikmati pendidikan di negara ini. Yang menyebabkan ianya nampak jadi sedikit tidak jujur adalah mereka-mereka yang menguruskannya. Manusia. Biasalah, tidak semuanya sempurna. Jika kita bertekak membahaskan soal riba halal haram dan faedah dalam apa-apa sahaja yang dinamakan 'keuntungan' atau caj perkhidmatan, sudah tentu tidak berkesudahan.

Cuma aku nak tekankan kepada yang membuat demo anti-PTPTN terbabit, berhentilah dari membuat kerja yang sia-sia. Lebih baik belajar bersungguh-sungguh, dapatkan pekerjaan dan membuat bayaran secepat mungkin demi kebaikan generasi masa depan. Cumanya, ramai yang tidak sedar akan cukai-cukai lain dikenakan dalam hidup kita yang agak tinggi dan tidak munasabah. Tidakkah lebih baik jika cukai-cukai tersebut diserap oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan terbabit. Kan lagi elok. Janganlah cukai yang sepatutnya dikenakan kepada mereka di kenakan kepada pengguna semula. Sedarlah!

2 comments:

  1. askm. pinjaman ni memang banyak sangat membantu terutamanya bagi orang yg kurang mampu dan itu matlamatnya. setuju juga dgn pendapat bro kalau kurangkan cukai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro, memang itula yang sebaiknya. Thanks sebab singgah.

      Delete