Pages

agoda.com INT Lazada MY

Pengalaman telemarketing bersama Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC)

Pernah atau tidak anda terdengar/terbaca berkenaan SGIVC ini? Aku cuma nak kongsikan pengalaman aku dan pandangan aku tentang SGIVC ini. Cerita begini, isteri aku pernah mendapat panggilan daripada salah seorang kakitangan SGIVC yang mengatakan yang isteri aku bertuah kerana dapat voucher percuma penginapan di Swiss Garden Residences di KL. Tapi dengan satu syarat, perlu mendengar promosi SGIVC ini yang akan diberikan oleh kakitangan tersebut untuk selama lebih kurang 2 jam. Apa 2 jam nak kena brainwash ke? Biar betul!

Yup, memang itula yang terjadi. Dipendekkan cerita, tarikh temujanji dengan pihak Swiss Garden telah ditetapkan dan sebagai syarat, aku dan isteri terpaksa dengar promosi SGIVC ini. Harinya adalah pada 6 - 8 Apr 12 yang lepas. Disebabkan voucher yang diberikan adalah untuk 3 hari 2 malam, maka kami merancang untuk habiskan masa weekend tersebut berdua sahaja. Anak aku serahkan kepada ibu dan ayah untuk menjaganya. Kami tiba ke Swiss Garden Residences di KL (berhampiran Puduraya dan Ibu Pejabat Polis KL) pada Jumaat petang. 

First impression memang residence ni nampak mewah dan elegan. Dan memangpun ianya mewah dan eksklusif. Ramai pengunjung daripada negara luar memilih menetap di sini. Selesai urusan di kaunter untuk registration for check in, kami terus ke bilik yang diberikan. Ianya seperti unit-unit kondo atau apartment mewah. Amat cantik sekali. Kemas dan teratur. Bilik yang diberikan di tingkat 10 dan pemandangannya juga amat baik. Dari luar tingkap dan nampak TimeSquare dan sebagainya bangunan disekeliling. Kami habiskan masa berehat setelah penat memandu.

Temujanji untuk mendengar promosi SGIVC ditetapkan pada keesokkan harinya. Kami dipelawa ke tingkat 7 dimana kelab ini beroperasi. Kami disambut oleh salah seorang kakitangannya dan terus ke bilik promosi. Sebetulnya, aku dan menasihati isteri supaya abaikan promosi sebegini. Tapi kami terpaksa hadirkan diri setelah isteri telah berikan nombor kad kreditnya untuk tempahan bilik sebelum di reimburse selepas mendengar promosi tersebut. Aku amat alergik dengan gimik sebegini. Sebab aku sakit hati bila ada orang yang kita tidak kenal tetiba telefon dan offer itu ini. Kadang-kadang itu, masa yang diorang telefon sangatlah tidak sesuai. So, kami diberi penerangan dan persembahan berkenaan kebaikan menyertai SGIVC ni.

Aku dah beritahu isteri yang aku malas amik port sgt tentang hal ni. Aku cuma nak spend masa dengan dia dan hal SGIVC ni, dia uruskanlah. So, setelah hampir 1 jam bercerita dan memberi penerangan. Kakitangan tadi mengajak kami sertai. Aku agak reluctant sebab aku dah tahu dari awal yang sudah semestinya ada udang disebalik batu. Harga yang perlu dibayar untuk keahlian selama 30 tahun adalah RM 27 ribu. Adalah 'kebaikkan' dia seperti percuma 14 malam penginapan di mana-mana hotel Swiss Garden di dalam mahupun luar negara. 14 hari tersebut jika tidak dihabiskan boleh dibawa ketahun hadapan tetapi akan luput selepas 3 tahun. Tawarannya nampak sangat baik dan berbaloi. Tapi dengan bujet famili aku yang masih belum stabil, lifestyle yang tidak sesuai serta komitmen yang terpaksa aku berikan selepas menyertai kelab ni yang buatkan aku malas nak join. Oh ya, yuran tahunan pun anda kena bayar sekiranya anda sertainya. Lebih kurang RM 3++ juga. Anda fikirkanlah.

Selepas body languange atau bahasa tolak cara manis aku seperti dapat dihidu oleh staf tadi. Tetiba dia nak bandingkan aku dengan pelanggan dia yang cuma pekerja kilang dengan isteri tidak bekerja. Dia katakan, ' Orang yang kerja kilangpun boleh join abg, ni kan pula abg dan akak yang kerja pegawai tentera cum pharmacist dan doktor'.. Ayat ni yang buat aku angin. Bukannya apa, perlu ke dia nak bandingkan pekerjaan aku dan pelanggan dia yang lain??. Hatta pelanggan dia tu Vice President ke or professional yang lain. Itu bukan isu nya, takkanlah sebab orang yang kerja kilang join, aku yang kerja pegawai kena join juga?. Aku hanya akan join atau beli produk dan perkhidmatan yang benar-benar aku perlukan dan bukannya sebab orang lain beli aku pun kena beli. Tidak sama sekali. Aku takkan beli MacBook atau IPhone sebab orang lain beli. Aku selesa pakai Acer buruk aku yang dah lebih 5 tahun dan Handphone cabuk Sony Ericsson 4 tahun sudah. Benda boleh pakai lagi, buat apa nak terikut-ikutkan orang sangat. Itu adalah aku.

Aku jawab balik dengan nada yang baik kepada staf tu,, 'Mungkin yang kerja kilang tadi jawatannya Pengurus Kilang atau Pemilik kilang tersebut, itu yang buat kan dia mampu'..Sambil tersenyum je aku balas. Tapi maklumbalas staf tadi mengatakan yang beria-ia pekerja kilang tadi hanyalah pekerja biasa, anak lima, isteri pengurus rumah tangga sepenuh masa. Aku gelengkan kepala. So what?? Bila aku dah angin, daripada dia yang nak brainwash kami, aku yang brainwash dia balik. Apa, dia ingat salesman or salesgirl je ker yang ada skill convince orang ni. Agaknya dia tak tahu kut skop kerja aku yang hari-hari didatangi salesman dan salesgirl just to promote ubat di hospital tempat aku bekerja. Come on la!! Kan dah kena sedebik.

Bila aku yang start take over those conversation, aku susah nak berhenti. Boleh menangis orang kena bebelan aku. So, dia pun stop dan tak pushy lagi. Kesudahannya, isteri aku dapat reimbursement, kami dapat stay percuma 3 hari 2 malam free dan dapat spend masa berkualiti together weekend itu. Cuma, aku terkilan sebab terpaksa switch  to defensive and offensive mode waktu tu which aku rasa tidak perlu. Jika dia faham yang pelanggan seperti aku datang dan tidak  berminat. Tidak perlu lagi nak push dan janji bulan bintang hanya semata-mata nak nampakkan yang pakej tersebut sewajibnya aku masuk. Dan sekali lagi aku nak ingatkan, tak semua kumpulan professional mampu walaupun jawatan yang mereka sandang membuatkan orang beranggapan yang mereka kaya. Cth banyak depan mata, dalam surat khabar, tak ramai golongan professional dapat beli rumah pun. Betul tidak? Jika mereka sebenarnya mampu pun, mungkin untuk sertai kelab-kelab mewah sebegini bukan keutamaan mereka. Itu saja. Harap maklum dan sila faham.

Dan jangan buat statement yang pelanggan akan kecewa sebab tak join sekarang berbanding masa depan. Ianya sangat irrelevant and not necessary. For what? Just to make you feel better?? Ah, forget it. Kat Groupon, Milk a Deal dan My Deal pun ada pakej murah-murah kalau kemaruk sgt nak bercuti ke luar negara.

But aku kena admit, hotelnya sangat selesa dan kemas, ada la hiccup sana sini sikit-skit, but overall memang cantik cuma yang tak cantik cara telemarketing yang aku rasa menjengkelkan.  Itu saja, tutup cerita. Anda ada pengalaman sebegini ker? Kata orang, di MATTA fair, banyak tawaran sebegini diberikan, percuma penginapan cuma terpaksa dengan promosi. Iya ke? Jika begitu, untunglah untuk mereka yang berhati kering. :)

22 comments:

  1. Finally!
    Last week saya dapat call dari somebody yang dari Golden Palm Tree Sepang (dahla tempat ni memang tempat idaman saya) call exactly the same macam your wife dapat.
    Tapi saya tolak sebab saya kat Sarawak,n she didn't know my name at all..nampak sangat dia main pick number je.
    Lepas baca entri awak ni, lepas ni saya akan extra cautious. Alhamdulillah dah reject awal2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula, kena caution lebih.. tapi mcm saya ckp la..kalau hati kering, awak dapat percuma stay, awak untung. hehe

      Delete
  2. ya sy pn dpt jg offer mcm tu...apalagi kita org pergi la nk amik voucher tu. tp rupanya dorang nk suruh kita mlabur pula... dh tmakan dek kata2 manis duta swiss tu sudahnya dh berikan advance separuh. Mcm mn nk dptkn balik duit tue?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak sepatutnya selidik dulu perkara2 yg nampak indah khabar dari rupa ini. Kalau tempoh bayaran anda lakukan belum sampai 7 hari. anda boleh mohon batalkan semula. itu hak anda sebagai pengguna dan anda boleh beri sebab yang anda tak dapat maklumat yang secukupnya sebelum tertarik untuk masuk. boleh semak tribunal pengguna.

      Delete
  3. terbaek bro..nasib baik aku baca citer ko ni, nyaris2 nak pegi sabtu ni..fuh selamat, thanks bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusla sekiranya dapat membantu

      Delete
  4. Nasib baek sy google topic ni.bru jer dpt pggiln dr d garden hotel.pelik gk sng2 nk kasi free voucher pgnpn kn.kononnya juz nk testimonial dr customer..penipu btol.btw good info.tqvm

    ReplyDelete
  5. Benda ni satu penipuan ke atau salah satu cara marketing??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu cara marketing sahaja.

      Delete
  6. Thanks for the info, baru dapat call dari diorg ni tadi, nasib baik belum terima offer ni, zaman sekarang ni mnala org nak bagi offer free2 mcm tu, mesti ada udang di sebalik batu, bagi yang belum kena tu, berhati2

    ReplyDelete
  7. Thanks for the info, baru dapat call dari diorg ni tadi, nasib baik belum terima offer ni, zaman sekarang ni mnala org nak bagi offer free2 mcm tu, mesti ada udang di sebalik batu, bagi yang belum kena tu, berhati2

    ReplyDelete
  8. aku da dpt free tu dr Goldcoast sepang...lynkn aje...xpyh la bg duit...jnji dpt stay...ape ssh korg ni

    ReplyDelete
  9. Sama kes la ni ye ... bru je dpt call td huhuhu nasib baik xpergi lg kalau idak buang karan jer ...

    ReplyDelete
  10. Aku baru fikir fikir nak pergi pagi ni.tergerak hati ni nak google.setelah baca komen pelbagai.tak jadi pergi..

    ReplyDelete
  11. Thanks for your info...sy bru jak td dpt panggilan dr SWIVC nie..btw sy x interest..

    ReplyDelete
  12. jangan buang masa anda...fikir kos pergi dan masa ada...kerna sy pon dah kene....jika anda tidak masuk ahli mereka kertas vaucer tu angaplah kertas bungkus nasi lemak....tak dilayanyer...puiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  13. saya dah terkena. camne nak patah balik?? tolong saya. so sad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpasal2 kita pulak nak kena 'business' kan membercard tu. Hmm

      Delete
    2. Xpasal2 kita pulak nak kena 'business' kan membercard tu. Hmm

      Delete
  14. Sgi vacation jahanam…. Subject to availabiliity buat ramai member mati. first come first serve sgi vacation club kata kenapa member tak baca agreement and prospektus? Kenapa masa jual tak sebut ini semua? Kenapa sales talk tak mention kena buat 3 to 6 months advance booking? Advance booking member dpt bilik standard utk advance payment. Instant payment agoda dpt deluxe. Mana member benefitnya?? Membership 20 tahun nk pergi hotel yg sama ke? Bayar ribu-raban boleh bagi org lain pakai…. kata sgi jahanam… kalau sgi bankrupt member ikut bankrupt…. lost! Banyak timeshare yg da bankrupt puuun… rasa da bankrupt krn bilik memanjang tak ada.

    ReplyDelete