Pages

agoda.com INT Lazada MY

Perkahwinan Penuh Beradat dan Silang Pedang



Tidak dinafikan sekarang musim yang bujang berkahwin, yang dah kahwin, berkahwin sekali lagi atau kedua kali akibat terpengaruh dengan Sinar.fm. Haha, gurau je. Hari Ahad yang lepas sempat juga aku menghadiri upacara Raja Sehari kawan satu kolej dulu. Dulu aku belajar di Kolej Matrikulasi Londang, Melaka. Perkahwinan diadakan di sebuah dewan sekolah di Ipoh. Pengantin lelaki tersebut adalah kawanku dan memohon untuk aku menjadi salah seorang 'sword bearer' bagi memeriahkan perkahwinan beliau. 

Menantikan saat pengantin tiba
Yela, sekali seumur hidup je kan. Layankanla gambar-gambar dibawah ini. Kebiasaanya, upacara Sword Bearer akan diberikan kepada pegawai tentera yang masih didalam perkhidmatan. Sekiranya pegawai tadi seorang pegawai Tentera Darat, maka kebiasaannya anggota Sword Bearer juga terdiri daripada pegawai Tentera Darat. Berbeza dengan kawanku ini, disebabkan beliau seorang doktor dan pernah bertugas di hospital-hospital tentera, rumah sakit dan pusat kesihatan Angkatan Tentera memudahkannya mendapat anggota Sword Bearer daripada 3 cabang utama perkhidmatan ketenteraan. So, kami anggota Sword Bearer terdiri daripada pegawai Navy, Army dan Air Force.


Sword Bearer  memasuki dewan
Lihat gambar lagi.
Pengantin lalu bawah pedang. Penuh Simbolik
Tahniah buat sahabatku Kapt (Dr) Azlan dan pasangan, Dr Nabihah. Baguslah, seorang doktor perubatan dan seorang lagi doktor gigi. Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. Tahniah buddy!

Pengantin dengan Sword Bearer

4 comments:

  1. wah best kan. Macam wedding abg sye dulu .. abg saya Navy

    ReplyDelete
  2. Pegawai je ke boleh req ? Kalau yg baru lepas abes training 6 bulan tu, lpas tu die nk khwin x boleh req ek ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegawai berpangkat leftenan muda ke atas untuk tentera dan inspektor ke atas utk polis sis.. 😊

      Delete