Pages

agoda.com INT Lazada MY

Pesta Laut Pangkor 2012

Datanglah beramai-ramai
Macam yang pernah aku cakap dalam entri ini. Melawatlah negeri Perak tahun ini. Banyak aktiviti yang boleh dibuat dan dikunjungi. Seperti contoh Pesta Laut Pangkor 2012 yang akan diadakan di Lumut dan kawasan sekitarnya. Sure meriah nanti sebab ada gerai-gerai jualan, permainan, pertandingan dan bermacam-macam lagi sama seperti Karnival Jom Heboh yang dulu pernah sekali diadakan di Pangkalan TLDM, Lumut ini. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti ini.
Jom lawat negeri Perak
So, sebagai rakyat negeri Perak dan mempunyai kelapangan ini, aku nak buat sedikit promosi la untuk rakyat negeri luar sana berkunjung ke Lumut untuk sama-sama memeriahkan aktiviti ini. Bukan aku nak katala, sejak MB Datuk Zamri ni memerintah, banyak pembangunan dan peningkatan yang dibuat di negeri Perak, terutamanya area Manjung, Lumut dan Pangkor. Akan ada nanti Jaya Jusco terbesar di Perak yang hanya bersebelahan dengan Tesco dan Giant. Hospital-hospital swasta pakar juga akan didirikan.
Boleh juga like beramai-ramai
Memang bertuah pada yang ada aset di Seri Manjung. Memang mencanak-canak naik harga rumah disini. Anyway, back to the story again, Jom ramai-ramai berkunjung ke Lumut. Pesta ini akan bermula pada 27 April sehingga 29 April. Jumpa anda disana! Nak tahu lebih lanjut. Klik sini.

No comments:

Post a Comment