Pages

agoda.com INT Lazada MY

Selamat Hari Lahir Sultan Azlan Shah

Sultan of Perak
Hari ini seluruh rakyat negeri Perak bergembira menyambut hari lahir Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang ke 84. Sultan yang bagi pendapat aku adalah Sultan yang paling pandai dan kacak. Ya, kacak!. Tak Percaya, korang cuba browse internet dan tengok betapa kacaknya Sultan Azlan Shah. hehe.


Apa-apapun, aku berbangga menjadi sebahagian daripada rakyat Perak daripada tahun 1996 sehingga sekarang. Apa yang aku nak katakan disini bahawa negeri Perak memang kaya dengan produk-produk yang boleh membuat keuntungan. Produk pelancongan, perkhidmatan dan makanan. Semuanya ada di sini. Negerinya aman makmur, tiada persengketaan dan jauh dari kesesakan seperti di KL.

Kepada yang masih belum pernah jejakkan kaki ke Perak, aku nak tanya sikit. Biar betul??? Datangla ke Perak sempena tahun melawat Perak. Banyak yang boleh dilakukan disini. Tempat-tempat percutian pun banyak. Apa-apapun, Selamat Hari Lahir Tuanku. Semoga kekal sihat dan pemerintahan tuanku mendapat keredhaan dari-NYA.

Last but not least, thanks sebab bagi kami rakyat-rakyat Perak cuti sempena memperingati hari yang penuh bermakna ini. :)

No comments:

Post a Comment