Pages

agoda.com INT Lazada MY

Tanah Oh Tanah..Kenapa geran lambat dapat?

Tanah Oh Tanah. Kenapa harga tanah sekarang ni mahal ye? Adakah disebabkan spekulasi pemaju hartanah atau adakah benar negara kita semakin maju dengan keadaan tanah semakin sedikit. Atau adakah sebab kita mudah untuk mendapat pinjaman daripada bank yang membuatkan kita ketandusan tanah yang berharga murah.
Pecahan Lot-lot tanah untuk dimiliki
Aku merungut bukan sebab harga tanah tapi sebab aku sudah bayar lebih kurang RM 25K untuk sebidang tanah lot banglo di Melaka, berdekatan dengan rumah mak aku yang dibelinya disitu. Aku tak nafikan yang aku mungkin bertuah sebab dapat offer untuk beli tanah di kawasan itu dengan harga yang murah. RM 5 kaki persegi. Ianya dibuka khas untuk anak Melaka (walaupun aku bukan lahir di Melaka, cuma aku guna kuota mak aku). Masalahnya aku dah bayar habis. Aku berkehendakkan geran tanah tu dah ada pada aku buat masa ini. Cumanya ia tidak berlaku. Itu yang aku mengeluh dan merungut.
Telah di ratakan kawasan pokok kelapa sawitnya
Sudah hampir 2 tahun agaknya aku tunggu dengan penuh sabar. Bila telefon pejabat peguamm katanya telah diserahkan ke Pejabat Tanah Alor Gajah. Kali pertama aku telefon, katanya memang prosedurnya agak lambat, makan masa at least 2 tahun. Pergh!! lamanya... Tapi sebabkan mak dan ayah aku yang suggest untuk beli tanah itu, aku menurut je. Lagipun mungkin akan datang akan naik harga tanah disitu. Yerla berdekatan dengan MiTC Melaka, Kawasan Perindustrian Cheng  dan Pelan Solar Negeri Melaka. Itu yang buatkan aku optimis yang dalam tempoh 10 tahun, kawasan di situ akan membangun dengan pesat.
Sebelah kiri tanah aku, sebelah kanan tanah akak aku

Dijadikan cerita, mereka yang terpilih untuk beli tanah disitu hanyalah untuk golongan Bumiputera which aku sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka. Mostly, golongan professional katanya. Aku menurutkan sahaja. Tapi why lambat sangat ni nak terima geran tanah? Tolonglah cepatkan urusan ini. Sesungguhnya penantian itu suatu penyiksaan.
Dah cantik dah, geran je tak muncul-mucul

Kata orang; Pegawai Daerah adalah orang yang sangat berpengaruh. Betul ker? Kalau macam tu, tolonglah saya wahai Pegawai Daerah.

No comments:

Post a Comment