Pages

agoda.com INT Lazada MY

Adakah anda pencuri line internet orang lain?


Bengang sungguh aku rasa hari ini bila terima emel berbunyi 'Psst...Rahsia internet percuma terbongkar'. Tengok sahaja tajuk memang membuatkan aku rasa nak klik sebab nak tahu macam mana dan bagaimana ia boleh terjadi. Biasalah manusia, ada naluri ingin tahu. Bila aku dah klik, ada satu link yang diberikan iaitu di SINI.

Memang aku pernah dengar tentang satu jenis alat yang boleh tarik internet seperti WiFi dan even boleh pecahkan kod pengguna yang menggunakan perkhidmatan internet Wifi. Aku adalah salah seorang yang menggunakan perkhidmatan P1Wimax. Apa yang aku perasan, line internet aku semakin tidak 'bermaya' dan lambat tidak seperti baru dahulu. Ini yang buat kadang-kadang aku menyampah dengan P1 WiMax. Yuran dibayar setiap bulan tetapi perkhidmatan amat menyedihkan.
 
Sebagai pengguna yang buta IT, aku hanya akan terus menyalahkan perkhidmatan P1WiMax. Tapi disebabkan mungkin ada sebab mengapa ianya terjadi seperti penyalahgunaan athena ini. Maka itu aku kurang pasti. Yang pasti, P1WiMax perlu membendung perkara sebegini daripada berlaku sebelum ianya menyusahkan pihak anda. Dan adakah gangguan internet yang terjadi di rumah aku disebabkan perkara ini. P1 kena lakukan sesuatu sekiranya benar.
 
Memanglah banyak peralatan canggih seperti ini boleh didapati. Cuma, adakah adil kepada mereka yang membayar yuran setiap bulan tetapi prestasi yang diperolehi mengecewakan. Dan bagi aku, mereka yang menyalahgunakan alat ini adalah manusia yang mementingkan diri sendiri. Mungkin anda bijak kerana tidak membayar sedikit pun, tapi sekiranya ada mereka yang mencuri line wifi aku, aku tidak akan sesekali menghalalkannya. Ianya sesuatu yang tidak boleh aku terima. 
Benarkah alat ini mampu tarik line?

Cuba baca petikan yang terkandung pada emel yang aku perolehi itu
 
Sebuah ciptaan teknologi tinggi yang mampu untuk menarik signal WIFI  dan anda boleh
guna tanpa masalah  WALAUPUN WIFI TERSEBUT MEMPUNYAI PASSWORD

Contoh:
Wifi Kedai Mamak..
Wifi Mc Donald/KFC dan seangkatan dengannya
Wifi Jiran-jiran (tidak digalakkan..hehe)
Dan macam-macam jenis wifi lagi..pendek kata..janji WIFI/Wireless

Sengaja di besarkan word yang aku highlightkan tu. Untuk apa? untuk melariskan penjualan alat ini. Kat sini pun dah buatkan orang terfikir untuk buat benda 'jahat'. Katakanlah line wifi yang ditarik tu daripada McD/KFC atau kedai-kedai mamak yang bagi free, still aku rasa ianya perbuatan yang pentingkan diri sendiri. Tidak adil kepada mereka yang juga menggunakan line wifi yang sama. Entahlah, apa kata anda? Kata aku: Bloody Hell!!

 

2 comments:

  1. :-) Yes memang ada alat yang mampu memecahkan kod Wifi ni.. dan alat diatas hanyalah satu antena yang berjaya tarik signal wifi pada jarak yang jauh.. dan dibekalkan sekali dengan Live CD linux yang boleh hack password ni..

    Pernahlah mencuba teknik ni.. dan berjaya.. tapi sekarang tidak lagi.. dah taubat.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk, kene ingat bro perasaan mereka yang bayar line internet dan berharap line yang diberi setara dengan apa yang dibayar. nasib dah tobat. Terbaik :)

      Delete