Pages

agoda.com INT Lazada MY

Alhamdulillah. Rezeki berganda

Salam untuk semua. Setiap usaha yang kita laksanakan, laksanakanla dengan ikhlas. Setiap amanah yang dipertanggungjawabkan, buatla sebaik mungkin. Kadang kala kita tidak akan tahu bila tuhan akan membayar balik segala kebaikan yang telah kita beri. Dan sesungguhnya, kita tidak layak untuk meminta-minta supaya tuhan mengenang jasa kita. Sekiranya ada rezeki, maka adalah.
Terima kasih

Jika kawan-kawan masih ingat, sekitar Disember 2011 hingga Mac 2012, blog ini tidak berupdate dek kesibukan memangku tugas pegawai tadbir yang cuti bersalin. Biasala, jika cuti bersalin harus selama 90 hari. Aku dipertanggungjawabkan untuk memangku tugas Adjutan di hospital ini. Dan oleh sebab itu, aku layak untuk dibayar elaun tanggung tugas yang berjumlah satu per empat gaji pokok pegawai yang aku tolong tersebut.

So, permohonan untuk elaun tersebut telah aku buat dan melalui pasukan telah dipanjangkan ke Jabatan Arah aku. Alhamdulillah, perkara ini telah pun di panjangkan lagi ke peringkat atasan untuk endorsement sebelum pembayaran melalui gaji dibuat. Alhamdulillah, rezeki aku. Mungkin boleh bayar servis caj apartment aku di Bukit Jalil, KL. Rasanya dah tertunggak 4 bulan. Ahaks. Malas nak turun KL setiap bulan hanya nak bayar servis caj itu. Bayar sekali lump sum. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment