Pages

agoda.com INT Lazada MY

Apakah itu ADFELPS?


ADFELPS adalah singkatan bagi Australian Defense Force English Language Profiling System. Ianya lebih kurang TOEFL atau IELTS untuk pelajar yang akan belajar ke luar negara. Aku berkesempatan untuk mengikuti ujian ini di Kementerian Pertahanan. Ujian ini diwajibkan kepada semua calon yang dicalonkan oleh Jabatanarah masing-masing untuk mengikuti kursus Ijazah Lanjutan di Australia.
ADFELPS


Ujian ini terbahagi kepada 4 iaitu reading, listening, writing dan speaking. Biasalahlah, ujian ini untuk menguji tahap keupayaan dan penguasaan bahasa inggeris pada para calon. Daripada pemerhatian aku, seramai lebih kurang 30 orang calon daripada para pegawai Tentera Darat dicalonkan dan tempat yang bakal diberikan hanyalah diantara 3 hingga 5 tempat.

Aku hanya lakukan yang terbaik pada hari ujian tersebut walaupun tiada persiapan yang boleh dilakukan, sebabnya dapat notis lambat dari pihak yang menganjurkan. So, terpaksalah aku bergerak ke KL pada sebelah petang yang sepatutnya aku dah keluarga pergi ke Bukit Merah untuk bercuti. Inilah pengorbanan yang terpaksa aku buat, mungkin aka nada hikmahnya disebalik yang berlaku.

Harap-harap lulus la dengan cemerlang
Difahamkan sekiranya calon layak ke Australia, pegawai terbabit boleh membawa isteri dan anak-anak semaksimum 3 orang anak. Elaun untuk isteri dan anak-anak juga diberikan. Aku pun tidak pasti adakah ianya betul atau tidak tetapi itulah maklumbalas yang aku dapat daripada senior-senior aku yang sama mengikuti ujian tersebut. Ada yang sudah repeat 5 kali ujian ini.

Keputusan yang dikehendaki adalah 7 flat bermakna untuk setiap ujian, calon dikehendaki mendapat gred 7 daripada 10 markah maksimum. Aku berdoa agar aku lulus ujian ini dan dipilih oleh Kedutaan Australia disini untuk pengalaman belajar di luar negara aku yang pertama bersama famili. Jika tidak terpilih pun tidak mengapa, aku tetap melanjutkan pelajaran ke bidang Master seperti yang aku ceritakan di entri ini.

InsyaAllah, sekiranya ada rezeki, tuah ayam Nampak di kaki, tuah manusia hanya DIA yang tahu.

3 comments:

  1. mesti payah ni sampai ada kena repeat 5 kali tuh.

    ReplyDelete
  2. mudahan bro melepasi setiap ujian yg nampaknya mencabar.

    ReplyDelete