Pages

agoda.com INT Lazada MY

Australia- Here I Come




Apa perasaan anda jika anda dicalonkan oleh majikan anda atau bos anda untuk ke luar negara supaya dapat melanjotkan pelajaraan anda? Mestilah gembirakan. Itulah perasaan yang aku alami kini. Baru je tadi aku dimaklumkan bahawa nama aku telah tercalon untuk mengikuti pengajian Master of Management Studies in Logistic di University of New South Wales.

Bunyinya memang kedengaran baik. Tetapi ada natijahnya. Memang aku merancang untuk menyambung pengajian Postgraduate selepas 5 tahun bekerja dan menimba ilmu menguruskan Jabatan, orang perseorangan dan sebagainya. Tetapi bidang yang aku ingin sambung itu adalah Master of Clinical Pharmacy since aku memegang Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Mengikuti pengajian berkaitan Farmasi adalah lebih relevan sekiranya mengambil kira ijazah yang aku ada. Itu adalah dari segi perspektif bidang dan tugas.
Terima kasih pihak Jabatanarah BPK


Selama 5 tahun aku bekerja di bawah naungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sedikit sebanyak aku perlu akur yang bidang lojistik amatlah diperlukan demi mentadbir dan mengatur urus keperluan mereka di bahagian depan dan belakang. Maksud depan adalah golongan infantry dan belakang adalah golongan support party seperti perubatan, bekalan dan selenggaraan. Aku tidak tahu adakah ia benar, ada yang mengatakan bahawa Panglima Angkatan Tentera US adalah mereka yang pakar dalam bidang lojistik. Ini adalah kerana, untuk mengatur gerak sekumpulan askar di bahagian hadapan memerlukan keperluan lojistik yang mencukupi. Baik dari segi bahan makanan, senjata, perubatan dan lain-lain perkara yang mungkin remeh tetapi sangat penting yang mungkin boleh menjamin kemenangan sekiranya berlaku peperangan ataupun konflik.

Adakah aku akan jadi pelajar universiti ini?
Dari ilmu strategi peperangan dibantu dengan pengetahuan pengurusan lojistik membuatkan askar dibahagian hadapan yakin dengan kemampuan diri sendiri dan dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Itulah scenario di US. Jika anda mengikuti blog ini, memang aku pernah mention yang aku hanya menurut takdir ku. Daripada aku di zaman matrik sehinggakan ke peringkat universiti, aku tidak memilih secara langsung bidang yang aku ikuti. Ianya takdir atau kebetulan yang cukup manis bila di kenang.

Minat aku lebih menjurus kepada pentadbiran sebenarnya seperti golongan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik). Cuma aku bertuah kerana dapat peluang menguruskan Jabatan Farmasi di hospital aku bertugas. Pelbagai masalah dan ragam yang membuatkan aku matang walaupun belum sampai waktunya. Aku terpaksa memikirkan perihal anggota dan staf bawahan aku melebihi kepentingan diri aku. Itu adalah realitinya. Sebabnya, tiada keputusan yang lebih penting daripada keputusan yang membabitkan anggota dan staf anda seperti yang aku pernah tulis di entri INI.

Aku tidak pasti samaada aku terpilih ataupun tidak untuk mengikuti program tersebut. Cuma aku berharap pihak atasan aku iaitu Tentera Darat  memberi aku peluang tersebut. Sebab bukan senang untuk kita belajar logistic lebih-lebih lagi daripada lojistik ketenteraan negara asing. Sudah semestinya itu menjadi pengalaman aku yang tak mungkin aku lupakan. Program ini adalah dibawah program Malaysian Australian Joint Defence (MAJD). Harapan aku tidaklah begitu tinggi disebabkan mungkin persaingan untuk mengikuti program ini adalah sangat tinggi. Aku mungkin terpaksa bersaing dengan Pegawai-pegawai Tentera daripada Kor Ordnan DiRaja. Kor Ordnan adalah kor yang menjaga aspek lojistik dalam sesebuah ketumbukan ketenteraan.

Disebabkan aku adalah dari Kor Kesihatan DiRaja, mempelajari ilmu lojistik ini boleh diaplikasikan dalam mengurus aspek lojistik kesihatan seperti dinegara-negara Afganistan dan negara-negara bergolak dimana askar Malaysia ditempatkan untuk membantu mereka membangunkan sistem. Dan program ini sangat berguna sekiranya aku ingin menjadi salah seorang pengurus dalam industri farmaseutikal Malaysia suatu hari nanti. Jalan halatuju aku menampakkan cahayanya disitu.

Walauapa-apapun yang terjadi, aku perlu bersyukur yang bahawasanya, pengarah aku telah mencalonkan aku. Itupun sudah cukup baik dan aku bersyukur. Ia menunjukkan bahawa keperihatinan dan tanggungjawab pengarah demi membentuk pegawai-pegawai bawahannya dan seterusnya anggota-anggota yang terlibat. Aku ucapkan terima kasih kepada Pengarah Farmasi ATM untuk peluang sebegini. Sekiranya tiada rezeki aku, aku tetap akan teruskan pengajianku dalam Master of Clinical Pharmacy pada tahun hadapan. Terima kasih.

2 comments:

  1. tahniah, peluang yg baik tu, jangan sia2kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sifu. InsyaAllah jika ada rezeki adala. :)

      Delete