Pages

agoda.com INT Lazada MY

Had umur belia dihadkan kepada 30 tahun

Ini kisah yang aku baca dari akhbar Kosmo!. Yup, seperti tajuk entri ini. Had umur belia akan dihadkan kepada 30 tahun menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Menterinya iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memaklumkan bahawa usaha ini dilakukan supaya belia-belia yang ada di Malaysia boleh menjadi lebih matang ataupun cepat matang.

Bagaimana belia ini boleh matang? Had umur belia sebelum ini adalah dari 15 tahun hingga 40 tahun. Ramai belia ketika itu yang menjawat jawatan persatuan adalah pada lingkungan 30-an. So, apabila tiba masa nak memimpin negara ataupun negeri, belia ini telah berusia 50-an. So dengan pendekatan menghadkan umur kepada yang lebih muda, di andaikan yang belia baru ini akan lebih matang dan muda sewaktu memimpin tugas yang lagi berat.

Hmm..itu pendapat KBS. Aku cuma nak tanya, lepas umur 30 tahun ke atas diklasifikasikan sebagai tua ke? Alamak, next year aku dah masuk golongan 3 series.. Hahaha.. Apa-apapun, semoga pendekatan yang dirancang ini membuahkan hasil yang diharapkan.

No comments:

Post a Comment