Pages

agoda.com INT Lazada MY

Hargai keindahan alam ciptaan tuhan


Salam untuk semua. Diharap agar semua yang membaca blog ini gembira menjalani kehidupan seharian. Kadang-kadang kita akan berasa kecewa dengan kehidupan. Tetapi adakah kita wajar untuk berasa kecewa sedangkan apa yang berlaku itu tentu ada hikmahnya. Tuhan memang telah merencanakan corak hidup kita sebagai insan. Tetapi sudah tentu dia tidak akan mengecewakan hambanya melainkan hambanya sendiri yang mengecewakan diri mereka sendiri. Kadang-kadang, apa yang berlaku disekeliling kita membuatkan kita lebih dekat dengan-NYA. Cuma, kita haruslah rajin mencari kebesaran ilahi yang ada disekeliling kita. Hidup perlukan pemerhatian, hidup perlukan penghayatan dan hidup perlukan pengorbanan.

Wow, aktiviti yang bakal aku sertai untuk menghayati hidup ini adalah Putrajaya Urban Adventure Challenge 2012 yang bakal diadakan pada 3 Jun (Ahad) ini. Bukan hanya ingin menguji ketahanan fizikal tetapi ingin menghayati erti nikmat hidup ini. Cabaran ini terbuka kepada mereka yang berminat dan berusia lebih 18 tahun ke atas. Ada kategori Mixed Open dan Men Open, Media dan juga University/College. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 150 untuk satu tim yang mestilah terdiri daripada 2 orang ahli. Jika nak difikirkan, ianya memang murah.
Borang penyertaan PUAC 2012


Idea nak menyertai cabaran ini datang dari kawan lama aku yang kini bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Farmasi, UiTM. Sudah lama tidak berjumpa dengan sahabat ini yang pernah sebilik dengan aku selama hampir 3 tahun di rumah sewa kami di Shah Alam ketika alam universiti. Kini, masing-masing membawa haluan sendiri, aku bekerja dengan ATM dan dia bersama UiTM. Sahabat aku ini telahpun mempunyai segulung Ijazah Lanjutan dari sebuah universiti di Australia. Jika ada rezeki aku, mungkin aku juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke Australia seperti yang aku pernah ceritakan di entri ini.
1st Batch Pharmacist from UiTM

Ya, bila kita mengenangkan saat-saat sewaktu kita belajar, terasa rindu untuk kembali ke alam itu. Tetapi bila kita menginjak dewasa, matlamat dan hala tuju akan berubah mengikut takdir-NYA. Yang paling penting, semoga setiap persahabatan yang terjalin sewaktu alam persekolahan dapat dikekalkan. Ia bukannya seperti yang kebanyakkan kita fikir, selepas alam persekolahan, masing-masing akan lupakan jalinan persahabatan. Ia lebih kepada matlamat kehidupan yang berubah dengan tanggungjawab yang berbeza. Tapi, kenangan dan memori itu masih segar dalam ingatan. Bila peluangnya tiba dan betul, maka anda boleh kenang kembali kenangan itu seperti yang aku akan lakukan pada 3 Jun nanti.

p/s: Antara acara yang terlibat adalah larian sejauh 8 km, berbasikal (dengan tayar semi off road) sejauh 33 km, berkayak sejauh 1 km, berenang sejauh 100m dan biathlon sejauh 3 km. Untuk maklumat lanjut, layari website ini. Penyertaan akan ditutup pada 30 Mei 2012. Harap maklum.

4 comments:

  1. Terima kasih sahabat atas berbagi pengetahuan dan juga informasinya ini.
    Salam kenal dan salam persahabatan dari Indonesia

    ReplyDelete
  2. Mudahan bro pun berpeluang melanjutkan pelajaran seperti kawan bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sifu DH. Harapannya memang begitu. Tapi tawakal kepadaNYA

      Delete