Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kenapa Pep Guardiola perlu membimbing Man Utd?

Salam untuk semua. Disini aku nyatakan sebab mengapa Pep Guardiola perlu membimbing Man Utd sebaik sahaja beliau habis berehat daripada membimbing Barcelona:-

1. Man Utd akan memberi kebebasan kepada Pep seperti yang pernah diberikan kepada SAF terutamanya dalam menentukan pemain mana yang perlu dibeli dan dijual. Tidak seperti Chelsea dan Man City yang pemainnya di'beli' oleh pemilik kelab.

2. Man Utd mempunyai ramai pemain muda yang boleh digilap untuk membina teras Man Utd di masa depan. Dengan Wayne Rooney yang boleh dianggap senior dapat dijadikan Kapten pasukan suatu hari nanti.

3. Man Utd mempunyai peminat yang ramai dari serata dunia dan ianya juga kelab paling kaya pada tahun 2011.

4. Ramai peminat Man Utd berharap pemain Man Utd dapat bermain lebih 'cantik' seperti pasukan dari La Liga.

5. Pep Guardiola mempunyai reputasi yang sangat baik seperti SAF dan beliau masih muda. Boleh membimbing Man Utd selama SAF pernah membimbing Man Utd.

6. Pep Guardiola perlu membuktikan dirinya boleh berjaya di arena BPL dan sekiranya beliau berjaya, maka reputasinya akan lebih baik berbanding pengurus 'muda' yang lain seperti Jose Mourinho dan Roberto DiMatteo.

7. Man Utd akan memberikan cabaran dan 'excitement' kepada Pep kerana SAF dapat bertahan lama disebabkan ini. Visi, Misi dan objektif kelab yang sentiasa dinamik dengan keperluan semasa.

8. SAF memerlukan pengganti yang benar-benar dapat meneruskan legasi kepimpinannya di Man Utd. Pep Guardiola is simply the answer.

8 point berikut adalah dari apa yang aku rasa. So Pep, welcome to Man Utd. I hope so.

2 comments:

  1. Sedih bila Pep Guardiola kuar dr Barca. huhu.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barca dah cukup hebat walaupun tanpa Pep. hehe

      Delete