Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kenapa Perlu Menjadi Doktor?


Baru lepas membaca artikel Kenapa Mahu Menjadi Doktor daripada blog Ustaz Hasrizal iaitu di Saifulislam.com. Memang benar seperti yang ustaz perbincangkan. Mungkin kerana isteri ustaz juga seorang doctor, maka ustaz sendiri dapat menilai dan merasai kepayahan beristerikan seorang doctor.

Doktor pun boleh jadi PM. Salute!



Seperti aku, isteri juga merupakan seorang doctor di salah sebuah hospital kerajaan. Aku setuju dengan tanggapan bahawa pekerjaan doktor menuntut pengorbanan masa yang sangat ketara. Lebih-lebih lagi jika jawatan tersebut di wad ataupun OT (Wad Bedah) yang memerlukan tugas panggilan (on-call).

Doktor pun boleh jadi Chef. Salute!
Isteri pernah bekerja di OT selama lebih kurang 2 tahun. Dalam tempoh berikut, memang isteri sentiasa On-call. Walaupun memperolehi elaun on-call, tetapi adakah berbaloi dengan masa yang dikorbankan. Bila anda sudah berkahwin dan mempunyai anak, masa adalah satu komoditi yang sangat bernilai. Nilainya lebih daripada emas. Sebabnya mudah, dari masa terjalinnya keintiman dan kebahagiaan keluarga. Bukan aku nak salahkan pekerjaan itu, tetapi dalam konteks hal yang dibincangkan ini, aku beranggapan bahawa ada pekerjaan lain yang menuntut pengorbanan masa.

Jika anda menjawat Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) pun perlukan pengorbanan masa. Setiap pekerjaan memerlukan pengorbanan masa. Bukan hanya setakat doktor sahaja. Adalah tidak adil jika mengandaikan pekerjaan doktor ini adalah lebih ’susah’ berbanding pekerjaan lain. Ia memang susah tetapi dalam konteks dan ruang lingkup jawatan itu sendiri. Ia tidak boleh dibandingkan dengan pekerjaan lain. Dan golongan doktor juga tidak semestinya golongan yang ada ’kelas’ jika dibanding dengan jurutera dan jawatan-jawatan lain.

Berbaloikah jadi doktor? Jadi blogger pun masyuk?
Setiap dari kita ada tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Hatta tukang kebun juga boleh dikatakan susah pekerjaannya. Bahaya dan berat. Ialah jika dipatuk ular ketika menebas semak ataupun kecelakaan yang lain. Ada tugas yang terpaksa out-station. So, kita ada tugas dan peranan masing-masing. Ustaz di masjid juga ada tuags dan tanggungjawab.

Cumanya, mentaliti hidup masyarakat Malaysia ini sering mengandaikan bahawa pekerjaan doktor adalah lebih mulia dan baik atau lebih professional berbanding bidang lain. Sebab nya untuk menjadi doktor kenalah bagus keputusan kemasukan. Adakah ianya sebegitu? Berapa ramai yang jadi doktor walaupun result SPM@matriks@asasi mereka sebenarnya tidak layak pun. Hanya disebabkan ibu-bapa mampu, maka dihantar anak itu ke seberang untuk membuat bidang perubatan. Dan berapa ramai doktor diluar sana yang menjadi doktor hanya semata-mata desakan keluarga? Ramai. Ada yang aku jumpa pun ada. Sebenarnya niat dihati nak jadi IT specialist sebab minat komputer tapi mak ayah nak juga jadikan dia doktor. Sebab –sebab ini yang menyebabkan ramai doktor sekarang tidak lagi berprestasi tinggi seperti doktor dahulu.

Dan ramai doktor-doktor yang berkelulusan universiti tempatan yang mempersoalkan kualiti doktor lulusan dari universiti seperti di Rusia, India dan Indonesia. So, soalnya sekarang, kenapa mahu jadi doktor? Jika doktor diluar sana yang ingin menjadi doktor disebabkan niat-niat murni kedoktoran itu, maka berbanggalah anda kerana anda mengecapi impian itu. Tapi sekiranya anda terpaksa menjadi doktor, aku masih nak ucapkan bahawa anda adalah insan terpilih, tanamkan minat pada jawatan anda semula. Jadilah doktor yang baik.

Sebab aku percaya, apa sahaja alasan yang diberikan, takdir tuhan itu tak dapat kita tolak. Kita takkan dapat membaca apa yang akan terjadi pada masa depan. Mungkin doktor yang jadi sekarang sebab paksaan ibu-bapa adalah teruk, mana tahu dikemudian hari dia boleh menjadi doktor yang paling baik. Tiada yang mustahil di dunia ini. Tidak semestinya doktor itu pandai di zaman persekolahannya menjadi yang terbaik di masa depannya. Belum tentu juga. Banyak dugaan yang akan tuhan berikan atas nikmat yang dikurniakan.

Yang paling penting, dalam bidang perubatan, kita haruslah bekerja sama. Tidak kira doktor-farmasi-nurse-ma dan seterusnya. Semuanya perlu berganding bahu tolong menolong untuk berikan yang terbaik kepada pesakit. Janganlah pula mengatakan doktor lebih baik dari yang lain. Jika tiada jururawat yang membantu, susah hidup doktor-doktor yang ada. Begitula sebaliknya. Hidup ini simbiosis.

Persoalan ini terjadi kepada diri aku dahulu, ibu dan ayah sangat-sangat menginginkan aku jadi seorang doktor. Aku ragu-ragu ketika itu dan lemas dengan harapan ibu dan ayah sehinggakan aku bertanya, ’Kenapa perlu jadi doktor?’. Aku nak jadi orang lain. Bukan doktor. Tapi disebabkan tidak mahu mengecilkan hati ibu dan ayah, borang UPU aku letakkan juga jurusan perubatan di semua universiti yang ada mengajarnya. Selepas itu, barulah aku letakkan Jurusan Farmasi dan jurutera.

Benar, takdir tuhan tiada siapa yang dapat menolaknya. Tuhan berikan aku jurusan Farmasi di universiti yang aku tak pilihpun sebab tiada pilihan di borang UPU. Alih-alih aku menjadi pionner pelajar Ijazah Farmasi di UiTM. Siapa sangkakan? So, memang ada nilai dan akibat daripada apa yang kita pilih. Pilihan kita yang bakal membentuk kita apa yang kita inginkan. Bagi aku, aku ikut arus sahaja. Tak kuasa aku nak terkejar-kejarkan kemewahan dunia. Buat apa perlu ikut orang. Jika kita hanya mampu berkereta kecil, biarlah. Janji bahagia. Disebabkan tarikan duniawi yang membuatkan kita tewas dengan dugaan untuk tampil mewah sedangkan kita tidak mampu. Biarlah kita berpada-pada.

Dan soalan itu kembali kepada adik aku pula? Tak pasti adakah dia masih mahu menjadi seorang doktor ataupun tidak. Pendek kata, tanyalah apa kemahuan hati dan nilai kemampuan diri. Bersiap sedia dikemudian hari. Yang paling penting, kena bersyukur terhadap apa yang diberi.

P/S : Hanya tertanya-tanya, berapa ramai PM, Chef dan blogger boleh jadi doktor??

3 comments:

  1. semua kerja perlukan pengorbanan kan, adik saya bercita-cita nak jadi doktor. tapi tak tau lagi macam mana, sebab baru form 1.

    ReplyDelete
  2. Jika ada minat yg mendalam dan bersedia untuk bekerja keras, sedia korbankan masa dgn keluarga, tak salah untuk menjadi doktor. Ianya salah satu pekerjaan yg mulia. Tidak dpt digambarkan perasaan apabila seorang pesakit/relatives pesakit yg berterima kasih dan menghargai hard work kita dlm memberi rawatan kpdnya. Tetapi, kalau hendak jadi doktor tanpa minat atau sekadar mahu glamour, baik cari pekerjaan lain. Kerja doktor ni bukanla 1 pekerjaan yg glamour atau boleh bersenang-lenang.

    ReplyDelete
  3. Jika ada minat yg mendalam, sedia bekerja keras dan korbankan masa dgn kelluarga, tak salah untuk menjadi doktor. Tidak dpt digambarkan perasaan apabila seseorg pesakit/relatives pesakit yg berterima kasih dan menghargai susah payah kita dlm merawatnya. Tetapi, jika hendak jadi doktor sebab glamour tanpa minat, lebih baik cari pekerjaan lain. Doktor bukanlah 1 pekerjaan yg glamour atau untuk bersenang-lenang...

    ReplyDelete