Pages

agoda.com INT Lazada MY

Man Utd bakal terlepas kejuaraan kali ke 20 BPL?

Salam untuk semua. Pastinya anda semua dah sedia maklum yang Man Utd telahpun tewas dalam pertembungan 'derby' yang dianggap ibu kepada 'derby' yang sebelum ini, yang pernah ada di kancah Barclays Premier League. Sekali lagi pasukan aku tewas kepada jiran mereka yang sangat bising itu.

Penyokong fanatik Liverpool tentunya bergembira melihatkan Man Utd hilang punca dalam mencari gol dalam perlawanan tersebut. Aku  menyokong 'Red Devils' tidaklah lama mana, adalah dalam 7 tahun lepas. Apa yang buatkan aku minat bukan pemainnya, tetapi pengurusnya, Sir Alex Ferguson. Bukannya apa, aku kagum dengan kewibawaan dia membimbing kelab dan memimpin barisan pemain bintang, muda dan senior dalam pasukannya.

Itu yang buatkan aku terpaut, jika aku sokong pemain, dah lama aku akan sokong Real Madrid dan L.A Galaxy. Sebabnya Ronaldo dan David Beckham. Untuk musim ini, aku rasakan yang kejuaraan liga akan terlepas ke tangan Man City. Man Utd hanya perlu salahkan diri mereka sendiri yang tidak mengambil peluang setelah menduduki carta dengan kelebihan 8 mata suatu ketika dulu.

Melihatkan Man City yang kaya dengan wang ringgit dan pemain berkelas dunia, tidak mustahil Man City akan menjadi pasukan pilihan. Ianya amat ketara dengan jumlah perbelanjaan Man City terhadap pemain-pemain yang dibelinya. Aku bukanlah jeles dengan kelebihan Man City, aku cuma teruja untuk melihat kehebatan SAF mengemudi pasukan Man Utd sekali lagi tahun hadapan jika dia tidak bersara. 

Untuk itu, aku ucapkan selamat berjaya Man Utd, 'Glory Glory Man Utd'

No comments:

Post a Comment